Pages

Friday, December 31, 2010

MENANTI DETIK 2011...

Assalamualaikum..WBT..

Awal kalam,syukur tak terhingga pada Yang Maha Kuasa kerna mengurniakan kekuatan dan keupayaan dalam menyusun kata dan menitip bicara diruang yang telah lama saya tinggalkan ini.

Kadangkala saya rasakan bukannya tidak diberi kesempatan ,namun seakan ada saja halangan untuk tidak menzahirkan sebahagian suara hati untuk diterjemahkan disini..Mungkin mim alif lam sin kot... :-)..!!

Okeylah sebagai penutup tirai 2010...Alhamdulillah,saya panjatkan kesyukuran padaNya kerana hari-hari yang ditempuhi penuh pengajaran dan pengalaman berguna buat saya.Antara gembira dan sedih,bahagia derita semuanya asam garam dan perencah rasa dalam menempuhi sebuah kehidupan...Setelah dikenang,semuanya memang cukup indah...

Menghitung detik 2011,saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam hidup saya.Mohon dikurniakan kesihatan yang baik,kemajuan dalam kerjaya dan kejayaan dalam semua sudut."Berkatilah dan rahmatilah hidupku ya Allah..."

Celebrate countdown kat KLCC???owhh itu bukan budaya kami..Just duk kat umah sambil wish2 pada rakan taulan itu ajess..

Lastly,moga kita semua memperolehi kerahmatan dan kasih sayang Allah dalam semua perkara yang kita lakukan.InsyaAllah...Mia Paling suka lirik ni dalam lagu InsyaAllah Maher Zain...Dont despare and never loose hope,coz Allah is always by your side....inshaAllah...InshaAllah..InshaAllah..You'll find your way...

Tuesday, December 21, 2010

Monday, November 15, 2010

Bicara Kata...Sebelum Raya Aidiladha.


Assalamua'laikum...mungkin ni last N3 before back to home sweethome tomorrow morning..atau bila rajin menyelubungi diri ada lagi N3 malam ni...huhuhu..

Okeyla sangat serius ketika ini.Now,sebagaimana yang kita semua tahu sekarang musim haji.Hari ni merupakan hari ke8 dalam bulan zulhijjah.Kita amat disunatkan untuk berpuasa pada bulan ni.

Apa yang mahu sangat dikongsikan dengan teman2 menjelang musim haji ni ialah tentang cerita sekeping hati seorang saya.Bila sahaja tiba musim haji,hati terus dipagut sayu bercampur sebak lantas mutiara jernih itu laju sahaja mengalir.

Ikhlas saya katakan saya amat mudah merasa sebak dan sedih bila mendengar kawan2 sekerja satu sekolah yang terpilih dan dimurahkan rezeki menunaikan haji pada tahun ini.

Semuanya bercampur baur antara syukur dengan rezeki dan kurniaan yang diperolehinya dan sebak tatkala memikirkan ITULAH JUGA DAMBAAN DUA ORANG TUA SAYA DARI DULU LAGI...

Perkara itulah yang sering berlegar2 dalam minda saya,"BILA PULAK GILIRAN MAK DAN ABAH SAYA??"..."Ya Allah Engkau Maha Mendengar,Moga Engkau memakbulkan doa permohonan seorang anak ini"

Bila berpeluk cium ngan kakak2 bakal haji ni kan takde lain yang dorang bisikkan..."Akak doa Farah cepat bertemu jodoh ya.."

Huhu...betapa prihatinnya kakak2ku ini..Sebenarnya kakak2 ni dah sama baya ngan my mom.Itu yang membuatkan saya sangat sebak...

"Semoga Kalian semua memperolehi haji yang mabrur"

Okeylah Sempena Raya korban yang bakal menjelang kurang dua hari lagi..Saya dengan rendah hati memohon kemaafan andai ada terlanjur kata,terlepas bicara saat saya asyik bertrilogi (karangan)...Sekudus doa moga kita semua memperolehi kerahmatan dan kasih sayang dariNya...Fahami makna KORBAN dari perspektif yang lebih jelas.

Pengabdian CINTA pada Pencipta CINTA...

Assalamu'alaikum WBT...Rasa agak ralat sedikit bila ruangan yang diwujudkan ini telah banyak menceritakan perkara2 yang melalaikan sahaja.Walhal tujuan sebenar lahirnya blog ini adalah bertujuan untuk mengeksperimentasikan kepuasan sendiri selain tujuan sebenar adalah untuk menjadi da'ie yang sekurang2nya bangkit untuk sama2 berjuang dibawah trademark "amar makruf nahi munkar".

Tapi takpelah kan,tersedar jugak daripada tak tersedar langsung...huhuhu~cause Allah always by myself~Okess ini semua saya copy paste sahaja,semoga kita semua mendapat manfaat dan pahala daripada apa sahaja yang kita kerjakan...

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. 

 Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda. 

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


 JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA. 

Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. 


Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. 

 

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

 

 Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi). 

 

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

 

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

 

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

 

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

 

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

 

 Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya. 


Sunday, November 14, 2010

Tiba-tiba saya teringat..

Kenapalah jadi lagu ni..
Lagak macam budak kecik layaknya..
Huisshh kenapa sihh???

Tetiba ingatan saya
begitu rancak mengulang tayang saat2 indah di lokasi2 ini..

Saya begitu rindukan 
tempat ini...
rindu saat indah 
dan memori bahagia di situ...

Saya Rindu
bumi 
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Rindu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi(FBMK)
Latar Siswa
Sanggar Bahasa
Rindu jugakk 
pada 
Bangunan Pentadbiran
Dewan Besar
Perpustakaan
Kawasan dan ruang yang pernah saya jejaki bersama teman2..
satu lagi 
"flat ikan"
lokasi fotostat utama...

Rindu jugakks pada
transport yang setia membawa kami
ke sana ke mari
Bas warna Biru turquoise itu...

Rindu sangat saat itu,
Saya juga terlebih rindu 
Bukit Ekspo
tempat jogging di petang hari
sambil ambik buah mangga
my feveret fruit...

Juga tempat kami 
possing..
ala..ala model gitu...

Teringat gak
saat berpagi2an ke Bukit Ekspo
untuk 
kurikulum berkredit QKB...

Ingatan saya juga sedang asyik
menslide show segala memori inidah 
di 
Ruang makan tengah Kafe Kolej 12
rindu
Saat bertarawikh
di Surau Kolej...
Owhhh Rinduss...

Saya rindu saat 
makan2 kat Kolej 12
rindu jugakk pada bilik 422,P1...
dari semester 1 hingga semester 6..
saya tetap setia tinggal dibilik itu..
Demi untuk 
terus mengabadikan kenangan 
hari pertama
saya ditinggalkan mak abah...

Saya juga amat rindukan
"air degang"
Kolej 12...
huhuhu... tak cukup duit syiling
p tukar ngan kawan..
semata2 nak beli  "air degang"
kul 2 pagi...

Rindu jugakks pada
tempat membeli belah ituss
The Mines...

Segalanya telah saya tinggal..
Kenangan itu,cerita itu..
Semuanya tinggal sejarah...

Sejarah yang cukup indah untuk dikenang...

Saya sangat teringat
segala pahit manis kenangan sepanjang 
3 Tahun di Kampus UPM...

Dan saya ada juga menyimpan impian
untuk kembali semula ke situ suatu hari nanti...

Bukan untuk menyambung pengajian 
tapi sekadar mengungkap kembali kenangan2 bahagia
yang pernah saya lalui sepanjang musim kenangan...

Saya bangga menjadi produk keluaran UPM

Penangan Pilihanraya Kecil Galas...


Macam dah basi ceghita ni..
tapi tak pa lah nak story de mory jugakkk.
suka hati sayalah kan 
blog saya..
(huhuhu... macam angkuh je this statement...)

Idokk ler..
saja jess nak kongsi pengalaman ngn kengkawans..

Ceghitanya camni..
lastweek sy ngn kwn sy balik kg..
nak dijadikan cerita saya balik 
pada 04 November 2010
bersamaan...tet..tettt
haa..apa lagi
bersamaan ngan tarikh PilihanRaya di Galas laa...

Maka,dalam perjalanan tu 
we are togeder2 tak habis2
duk berdoa moga  dipermudahkan urusan
especially perjalanan melalui 
Gua Musang..
Sebenarnya malaiihh nak bersesak ngan jem sepanjang 
laluan Bandar Gua Musang...

Okess,lebih kurang pukuii
5.30 petang sampailah dibandar Gua Musang..
Sementara mypren solat,
saya sempatlah melihat panorama yang 
begitu asing di bumi 
Gua Musang...
"Makk aii ramainya manusiaa..."
Saya bermonolog sendiri.
lautan manusia...

Setel my pren solat
kitorang decide nak makan dekat2 situ ja..
bukan apa takut lewat sampai...

Inilah benda yang nak diceritakan
Intro bukan main panjang...
(Tulip..tulip.....)

Saya order nasi putih dan ayam goreng serta semangkuk kecik "sup kosong"
(Pengertian yang lebih jelas sup itu sangatlah simple mimple)
~sup tanpa cili,tanpa daun sup dan tanpa bawang goreng...!!~
dan neslo ais...

Harganya RM10.50

Sebelum ni kan,saya tak pernah pun 
tanya harga makanan secara spesifik 
bila saya makan di mana2 kedai makan..

Tapi hari tu boleh pulak saya
tanya satu2
sebab terlampau terkejut..

Sebenarnya,
bukan nak berkira sangat 
tapi rasa agak tidak berbaloi...

Hakikatnya,
Saya jenis yang SANGAT TAK KISAH
walau terpaksa bayar MAHAL 
jika makanan itu SEDAP

Tapi yang hari tu
tersangatlah....
tak boleh nak cakap apa
hanya DIA yang tahu

Seorang kawan yang dikira kakak,
Cikgu satu skul..
Orang kawasan Galaslah
dia cakap
adik dia kata
"Sapa2 yang makan kat Kedai Makan tu 
mesti sumpah seranah punyelah..."

Saya ada snap gambar kedai tu,
emmm tak perlu nak publish2 lah kan..
tak baikk nanti
tutup periukk nasi dia plakk...

Sampai macam tu sekali 
penangan election nihh..
huhh sungguh
terasa penangannya...
Dushhh...!!

Friday, November 12, 2010

Kemana tumpahnya kuah,Kalau tak ke nasi...

Sebenarnya kan..kan
Kalau nak ceritas bab2
Kemana tumpahnya kuah kan..
Memang tak kemana...
selalunya akan ke nasi..
Kecualilah
pada 
hamba Allah yang loqlaq 
maka
tumpahlah kuah tadi ke lantai..

Jadi,
sesiapa pun sebenarnya 
tak boleh nk
menidakkan pepatah ini..


Ceritanya macam ni,last entry saya pernah cerita

my little sister ni sangat sukekan 

kek hari jadi...

Jumpa ja kedai kek mesti nak 

sebiji kek hari jadi...

Sebenarnya sikap demikian bertitik tolak

dari sikap kakaknya jugakkk..

Buktinya befday mia harleena 

26.Disember.2010

tetapi kakaknya

telah menterujakan diri 

tempah kek untuk dia...

walau bulan depan sebenarnya tarikh befday si kecik nihhh...

~So,Jangan tumpahkan kuah ke lantai ye..ceduk elok2 masukkan dalam pinggan nasi...~

.

.

.

(",)

Thursday, November 11, 2010

Kejutan..Saya hampir menangis.

Tulip Ungu...

Kronologi: Beberapa hari sebelum itu.
Orang sibuk nak tempah kek 
untuk Mia Harleena
dia pun sibuk nak 
tempah kek untuk anak dia..

Maybe sama..
nak celebrate befday her son..
~fikir saya..~

04.November.2010
She : "Farah , 11.3o pagi jangan lupa masuk bilik mesyuarat..."
Me : "Okayy kak.."..(suspenn ada benda lagi ke x setel..orang dah takde aura dh nk 
wat keje..sat g kul 12.oo tengahari nak bertolak balik kg..)
~semangat bertugas pagi hr tu sehh~

Dalam duk sibuk nak thumb print sblm balik,
Masukla bilik mesyuarat sat..
Mana tau  "perkara tu" boleh disetelkan dengan segera..

Rupa2nya...
kejutan ini...
Aduhaiii...syahdunya
saya rasa sangat sebak dan hampir mengeluarkan airmata..

Kehadiran saya begitu dihargai semua..

Terima kasih my sista,Kak Alwani
kejutan ini
sangat mengesankan buat insan 
bernama
Tulip Ungu.....

Tulip yang sangat malu2 kucing nak mmpamerkan wajah..

Perhatikan pada alat yang digunakan untuk memotong kek(pisau yg dicilok dr opis..huhuhu..)

Untuk kesekian kalinya

Terima Kasih untuk segalanya Teman....


Tuesday, November 09, 2010

Diserang Selsema..

Mode : Tidak bermaya..
Masih mengalami sisa-sisa demam selsema
selepas kena hujan
masa
balik kg 4 hr lepas..

Syahdu benar bila perlu bertemankan
panadol dan milo panas ni..

Namun,
perlu kuatkan semangat 
gagahkan diri ke sekolah
kerana 
banyak kerja belum selesai lagi..

Misi harus diteruskan....

Yaa...
Pembikinan sijil 
sempena 
Hari Anugerah Cemerlang(HAC)
10.November.2010

Hahh..tu la, sapa suruh balik kampung...

Tuesday, November 02, 2010

Sangat Touching ahh...



Hadiah pemberian kawan..

emm very2 touching la
sempena ulangtahun kelahiran ke 26
saya menerima hadiah sebuah buku
"Indahnya Hidup Bersyariat.."

setelah sekian lama mencari
dan
hampir nak order melalui online..

Terima Kasih sahabatku
Hermawarney Salleh..

Saya sangat suka buku ni..

Saya pernah baca buku ni kat Surau,
baca sepintas lalu..
sangat tidak sempat nak baca sampai habis..

Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan
dan rujukan tentang kemusykilan hidup
bermula dari detik
KELAHIRAN
hingga saat
KEMATIAN
seorang insan......

Malah,saya akan terus ingat kata-kata awak
yang sedikit sebanyak sama dengan luahan hati kecil saya..

"Bila baca buku ni rasa macam sangat sikit ilmu yang kita ada.."

Signifikannya nak menunjukkan banyak lagi perkara 
dan hukum hakam yang kita 
tidak tahu dan buat2 tak tahu...

Tenkiuss sesangat dan sangat terharu,
bila benda yang kita sangat2 nak 
direalisasikan tanpa disangka-sangka...

Sekudus doa,moga hubungan ini
terus kekal selamanya...

walaupun awak akan 
meninggalkan saya tak lama lagi...

Wish awaii pun tak pa kan..

"Selamat Pengantin Baru"

Maher Zain punyess ni 
we raise our hand
"Barakallah hulakuma wabaraka
'alaikuma wajam'a bainakuma 
fi khair..."

~Tulip Ungu yang gumbira~

Sunday, October 31, 2010

26 Tahun Menyambung Kontrak...

Alhamdulillah...
Sebenarnya agak sukar untuk diterjemahkan dengan
kata-kata.Namun Dia Maha Mengerti apa sahaja yang tersembunyi 
di dalam hati ini..

Pertama sekali syukur kehadratNya..
kerana hari ini
Tahun ke 26 masih diberi 
RUANG dan PELUANG
menyambung 
KONTRAK NYAWA
denganNya..

Syukur tidak terhingga dengan limpah rahmatNya
saya masih mampu berdiri,
diberi kesempatan menyedut udara
diberi ruang merealisasikan impian
dikurniakan
kekuatan...
Yaa...kekuatan untuk segala perkara..
Kekuatan dan ketenangan..
yang sering saya 
DAMBAKAN...

Ucapan Terima Kasih juga 
pada semua sahabat handai..
yang sudi menyimpan tulus kudus ingatan kalian pada saya.

Tak kiralah melalui Fb,mesej,inbox... and Call..

Saya doakan limpah rahmat dan kasih sayang Allah
jadi milik kita bersama...

"Jaga Hak Allah,nescaya Allah jaga hak kita"

Thank You My Bestfren from Bangi...
30 minit awaii wish befday untuk i..
(nk suruh i cpt tua la tue..)

Insan yang melahirkan saya..
My Lovely Mother, 2 minit awaiii htr sms..
Wish my befday..
Tenkiuss jugak..
Kakak sayang mak selamanya...
(tenkiuss krn sgt memahami..)

Tenkiuss jugakk buat Abah tersayang...
Abah:Selamat Hari Jadi Kak...
Me: Tima Kasih abah,hr jd yg ke berapa bah??
Abah:hehe...Abah pun x ingat..
Me:...Huhu sampai hati abah x ingat..ke 16 tahun la abah..
(Lelaki memang suka memikirkan perkara2 makro,
berbanding pompuan suke pikir bnda mikro...(",)...)
Tak mengapa..bahagia jugakk..

Yang paling mengesankan sms from 
my little sista form 1...(Tella)
"Selamat Hari Jadi untuk kakakku yg ke 27..
(kak baru 26 la adikk...)
semoga panjang umur dan mendapat rezeki yang halal"

Saya sangat bimbang dengan ayat yang last itu..
REZEKI YG HALAL...

Semoga terpelihara kehalalannya...
(nanti saya hurai lainkali cerita tentang
rezeki yg halal yang pernah diceritakan
oleh my pensyarah maktab)

Tenkiuss jugaklaa pada my bestfren from Bangi and Puchong
kerana sudi menghabiskan masa seharian  bersama saya
hari ni...

Terima Kasih sudi berkongsi susah senang bersama...

Last sekali,tiada lain yang saya harapkan dalam hidup 
saya melainkan dikurniakan kerahmatan dan kasih sayang Allah
sepanjang masa..

Dikelilingi insan2 yang menyayangi saya dan insyaAllah akan terus 
menyuburkan cinta kasih saya pada semua..

31 OktOber 1984 ,permulaan kehidupan 
sebuah anugerah satu kurniaan..
seribu pengharapan...

Ya Rabb..
Alhamdulillah...
Redha untuk segalanya...


Saturday, October 30, 2010

Bahagia sehh..


Once upon a time,little sister ni sangat susah when her sis suruh
sebut i love u kakak...sangat payah
sehingga
perlu dipaksa-paksa.

Tetapi,ada suatu ketika bila angin dia baik.
Mudah saja dia sebut..

MIA SAYAAAAANGGGG KAKAK....
MIA SAYAAAAAANG KAKAK...

Apess lagiss kakak dia rasa
berbunga riang
dan
bahgia sangat2 sehh..

Tanpa disuruh tanpa dipaksa,beliau menuturnya tanpa rasa sangsi..
ceawwahh...

(",)

Friday, October 29, 2010

Soalan Lazim...Soalan Tipikal Melayu..!

Bagaimana mahu memulakan ya..?? Emmm..okessla kita pergi kepada definisi perkataan dulu.Sejak sekian lama saya duk jumpa istilah ni,namun saya perlukan pengertian yang lebih jelas tentang istilah ini..Jadi saya perlu mengambil masa untuk mencari pengertian disebalik perkataan Tipikal..


Memandangkan saya tak punya Kamus Dewan,jadi saya perlu berpergian ke Library skul untuk mencari makna disebalik perkataan Tipikal.Sebelum tu saya ada belek2la Dictionary English Melayu yang ada kat umah.Tak jumpa perkataan Tipical yang ada hanyalah perkataan Tip yang membawa makna menyinggung.


So,disaat kefreean dan takde kereliefan sempatla saya menghambakan diri di Library barang sekejapan,semata-mata mahu mencari makna Tipikal.Apa yang saya jumpa makna Tipikal dalam Kamus Dewan membawa maksud Lazim atau biasa.


Maka dengan ini saya mempunyai sebulat keyakinan untuk menghurai panjang lebar tentang Soalan Tipikal Melayu yang memang telah lama berakar umbi dalam diri masyarakat melayu.Jujur saya katakan Soalan Tipikal Melayu lebih banyak menyinggung hati dan perasaan serta nurani orang yang ditanya.(setuju ke idak..??..kalau x setuju plz respond)


Dulu kini dan selamanya soalan ini memang membelenggu dan membelit diri.Kalau yang bergelar bujang atau anak dara persoalan tentang kahwin benar-benar mengguris perasaan terutama bagi yang telah meningkat umurnya.Soalan sedemikian seolah-olah suatu penghinaan terhormat."Kau bila lagi nak naik pelamin??","Lambatnya nak makan nasi minyak kau...!", " Ni bila nak kawen ni??orang lain dah beranak pinak.."


Itu berkaitan dengan kahwin,bila dah kawen sibukla pulak tanya.."dah berisi ke??","berapa bulan sekarang",dah berbadan dua ke??"..Bagi pasangan yang telah terealisasi apa yang dihajati (maknanya dah dapat anak @ akan dapat anak),soalan sedemikian memang dinanti-nantikan.Tapi bagi yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi belum dikurniakan zuriat,soalan sedemikian benar-benar mengganggu emosi dan mengancam sanubari.Luluh hati jika persoalan tentang itu asyik ditanya setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga..


Soalan Tipikal Melayu tidak akan habis disitu,seterusnya bila dah ada anak orang akan tanya bila nak dapat menantu dan bila nak dapat cucu...Begitulah rantaian hidup kita.Tidak habis-habis dipersoalkan kesinambungan dan kelestarian hidup yang akan bertemu pangkalnya bila kita akan menghadap Pencipta.Namun persoalan lain pula akan timbul..."Ma Rabbuka..??"..Siapa Tuhan Kamu??..Apa agama Kamu??..Siapa Nabi Kamu??..


Rentetan hidup yang sentiasa berdepan dengan persoalan bermula dari UPSR,PMR,SPM dan STPM..begitulah juga signifikannya dengan soalan tipikal melayu yang memang bertubi-tubi mendatangi kita.Terkadang ianya hadir bagai ditusuk sembilu tajam dan adakalanya ia datang seperti sukma yang menikam...Kesabaran jualah penguat diri.Moga ianya suatu pertanyaan ikhlas dan harap bukannya penghinaan jelas..!


Sebenarnya,bila memandang dari satu sudut persoalan-persoalan yang ditanya tidak lebih daripada ingin menonjolkan keprihatinan dan sikap ambil berat seseorang kepada kita.Namun bila kita telah mind setting awal2 lagi ianya sebagai satu stigma maka isme-isme tentang itu kita anggap sebagai negatif dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memalukan kita..


Jadi seharusnya sikap close minded tadi ditukar kepada sikap yang lebih open minded terutamanya bila berhadapan dengan soalan-soalan cepu emas.Jelaskan juga ekspresi jawapan kepada persoalan-persoalan tadi dalam ruang lingkup yang lebih menonjolkan cerminan sebenar orang yang berilmu dan berpendidikan.Supaya wujud sedikit kolaborasi antara kematangan dan kebijaksanaan dalam menangkis ketipikalan (rasa tersinggung) akan persoalan yang dilontarkan.


Tuesday, October 26, 2010

Layar Keinsafan




Bila saya rasa sangat lemah dan tidak berupaya berhadapan dengan bermacam-macam situasi yang menduga saya lebih suka mendengar lagu-lagu bercorak kerohanian dan ketuhanan macam ni sebab saya rasa dengan cara ini saya seolah-olah diberi kekuatan dan ketenangan menghadapi semua ini dengan lebih tabah..


Alhamdulillah...
Untuk kesekian kalinya saya rasa kian tenang melalui ujianNya..

Sunday, October 24, 2010

Bila saya diuji...

Assalamualaikumm..alhamdulillah semakin hari saya kian diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi semua ini dengan lebih cekal dan tabah..sebenarnya saya rasa benar2 teruji dengan pelbagai perkara2 pelik yg brlaku dalam minggu ini saja, sehingga merencatkan terus keseronokan untuk saya menulis.

Walau bukan dalam ruang maya ini,saya tetap jua mengaplikasikan "keseronokan" saya dalam ruang yang lain..Yess buku catatan..Pahit manis rencam kehidupan yang melewati hidup saya.

Sebahagian perkara ada baiknya tidak perlu dikongsikan dan sebahagian lagi amat wajar untuk dinilai kebaikannya.Malah dilempar jauh2 keburukan dan kebejatan yang melingkarinya.

Terkadang kitalah yang selalu jadi penasihat dan consultan yang baik bila kawan2 dirundung masalah,kitalah juga yang menjadi pendamai yang baik bila berlaku pergaduhan diantara taulan dan kitalah jugakk yang akan membisikkan kata-kata keramat bila teman-teman kian rebah dan tak bermaya menghadapi ujian yang mendatang.

Seronok menjadi penasihat,gembira menyelesaikan masalah dengan buah fikiran kita.Dan apa yang lebih membahagiakan bila dapat mendamaikan hati seorang isteri yang berjiwa melankolik bila berdepan dengan suami yang terlampau workaholic.Damai juga bila dapat menasihati adik2 agar bersifat lebih baik,belajar rajin2 untuk kejayaan hari esok.

Namun itu semua untuk orang lain,bila kita sendiri yang berada di situasi itu hanya airmata sahaja peneman dikala duka,pahit maung menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba.Terkadang apa yang lebih payah bila perlu berhadapan dengan situasi ditelan mati mak diluah mati bapa.

Subhanallah,benar-benar menduga kesabaran hambanya.

Saya tidak pernah menolak dan menidakkan realiti kehidupan bahawa semua insan tidak dapat lari dari masalah,namun bila ianya datang bertubi-tubi seakan sudah hilang kekuatan untuk mendepaninya..Alhamdulillah, mulia dan bertuahnya dilahirkan sebagai Muslim bilamana pada Mu tempat aku memohon pengharapan,moga wujudnya suatu miracle yang dapat mendamaikan hati yang keluh kesah ini.

Kitab suciMu terkandung pelbagai hikmah,jika dibaca dan diamalkan.Wujud satu ketenangan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata.Maha suci Allah aku benar-benar beriman diatas kebenaran kitabMu ya Rabb..

Perit untuk dilakarkan,sukar untuk digambarkan.Tekanan demi tekanan.Namun kini saya mahu menyerahkan sepenuh kepasrahan atas apa sahaja yang mendatangi.Saya percaya dan saya amat yakin bahawa sayalah insan terpilih itu berdasarkan terjemahan ayat " Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu memikulnya"..Sayalah dikalangan terpilih itu..Syukur alhamdulillah.Walau pedih dan  amat perit aku redha ya Rabb..Moga hikmah yang tersembunyi itu akan menenggalamkan keresahan dan kedukaan yang telah dilalui.

"Teguran demi teguranMu" memang benar-benar menundukkan keangkuhan seorang hamba,menyembah sujud,menadah syukur atas peringatan penuh kasih dariMu..terlerailah air mata seorang hamba memohon agar dikurniakan ketabahan dan keberlapangan dada dalam menghadapi semua ini.. 

Kesakitan

Kemiskinan

Kekayaan

Kehilangan

Kesibukan

Keresahan

~ Sebahagian ujian yang sering melatari hidup insan~

Dari Jendela Usang Tulip Ungu..


Friday, October 22, 2010

Sesungguhnya saya amat menyayangi dia..




Hahh, ada "Sesungguhnya" kt depan nak mntaukidkan bahawa saya sangat2 menyayangi ,merindui dan mengasihi dia...

(",)....(",)....(",)....(",)....Rindu ama kamu Mia Leena..

Sedang memikirkan something spesel for your bufday,namun your sis dh kmbali ke KL ms bfday kamu tu...

Thursday, October 14, 2010

Menangani ketegangan...

" Ya Allah Ya Tuhanku,aku mohon dengan limpah inayahmu jua kasih sayangmu padaku..Perteguhkanlah imanku,perkukuhkanlah kesabaranku dan aku mengharap moga Engkau kurniakan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini.Sesungguhnya tiada daya serta upaya melainkan dengan izinMu jua.Ya Allah rahmatmu melangit luas,ni'matmu menggunung tinggi,kasihmu tidak bertepi,ku tahu walau tanpa perlu aku meratap menangis menghadapi situasi sukar ini,diriMu telah arif lagi mengetahui setiap yang berlaku dilangit dan dibumi.Namun,rintihan ini adalah tanda ketaatan jua pengharapan dari seorang hamba kerana ku tahu hanya padamu jua tempatku memohon pertolongan..di Malam Jumaat yang penuh barakah ini,ku mohon moga dihadirkan ketenangan dan kedamaian dalam menghadapi semua ini.Ku sedar didatangkan ujian bagi menguji keimanan  dan aku juga arif ditimpakan musibah bagi menilai tahap kesabaran seseorang insan..Maha suci Allah semua ini benar2 membuatkan aku teringat padaMu,akur akan kekuasaanMu dan tunduk atas arahanMu...Namun pada masa yang sama aku amat mendambakan segenggam tabah yang bisa menggamit kekuatan dan kesyukuran diatas "teguranMu"...Ya Rabb untuk kesekian kalinya damaikanlah hatiku,tenangkanlah jiwaku dalam akur sujud padaMu"


~~~Kepasrahan seorang hamba~~~

By Tulip Ungu..

Sunday, October 10, 2010

Semuanya dihujung jari kita...

Tidak pernah menolak hakikat dunia tanpa sempadan,semuanya di hujung jari sahaja.Malah perlu juga disedari bahawa semudah memetik jari jugalah dosa terpalit pada diri kita.Mungkin inilah jua sedikit suara hati sahabat saya yang telah menzahirkan kedukaannya atas atas apa yang terjadi.

Kita pernah sama-sama menuntut  di Maahad Ahmadi Tanah Merah,pernah sama2 menerima azimat dan keramat yang sama untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Belum cukupkah lagi semua itu.Takkan yang basically tentang aurat pun anda begitu dangkal??

Begitu bangga dan megah mempertontonkan rambut kepada umum.Yang asas macam tu pun awak dah lupa,macam mana pula dgn yg lain?? Nauzubillah,nipisnya iman kita..Begitu mudah dipermainkan oleh dakyah Yahudi yang memang sejak dulu lagi berniat mahu memesongkan ummat islam.

Jujur saya katakan,saya agak malu untuk menegur "berkenaan perkara itu" walaupun dengan sepupu saya sekalipun.

Demi kasih dan sayang saya pada semua sahabat saya dan saudara seagama dengan saya.Sedarlah ,bangunlah. mereka telah berjaya mengalpakan kita,telah membuta tulikan hati dan perasaan kita.Sehingga perkara yang terang-terangan dosa kita buat tak tahu saja.

Simpanlah,jagalah dan tutuplah sebahagian lagi rahsia  yang hanya eksklusif untuk dipertontonkan pada "insan yang halal bagi kita"sahaja.Apa lagi yang menjadi kerahsiaan kalau anda tidak bijak untuk mengatur dan membeza antara private and public.Tak perlu dipertontonkan.Kita bukannya Public figure.Yang bergelar figura pun sehabis boleh mahu menutup "kebanggaan yang sebenarnya akan menjadi keaiban".Analogi yang lebih jelas "Makanan yang tertutup lebih bersih daripada makanan yang terbuka".Cuba pelajari konotasi disebalik ayat ni..Mahukah kita makan nasi yang dah dihurung lalat,nak ke kita minum air yang dimasuki semut??..Semestinya tidak,jadi apa salahnya jika nasi dan air tadi ditutup agar kesucian dan kebersihannya tidak perlu diragui lagi.

Semoga pendidikan agama yang kita terima selama ini dapat dijadikan perisai dan sempadan untuk kita menepis anasir-anasir buruk yang akan memalukan kita sendiri.

Walau agak sedih dan terkilan dengan semua ini,namun saya berharap semoga kita semua terus  diberi petunjuk dan hidayah dariNya.Moga2 mereka menyedari kesilapan mereka.

Sedar,sebagai hambaNya saya pun bukan cukup perfect sangat tapi sekadar teguran dan kekesalan saya tentang apa yang terjadi.Seakan rigidnya saya,tapi itulah kenyataan dan realiti dunia tanpa sempadan..Semuanya terzahir megah...!

Sekian...Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh www.TulipUngu.com.

Antara Dia dan Kek

Memang sesuaii sangat N3 antara dia dan cake.Budak kecik didalam gambar ini amat pantang bila lalu depan kedai kek.Lalu saja depan kedai kek pasti akan keluar ayat ini berkali-kali "Kak,tu kek ebis bedday to you mia..kak belila.."(automatik jd kek dia..)

2 3 kali ayat itu akan keluar dari bibir mungil pemilik nama Nur Damya Harleena sambil menarik2 baju her sis.Maka pelengkap ayatnya ialah "okey2 kak beli" kalau tidak maka berlakulah drama airmata kat citu huhuhu...selain daripada memang tak leh gerak ke mana2 selagi tak beli..

Yang tak tahannya,bukan tarikh befday beliau pun,beliau cukup terkinja nak jugakk.Maka, kalau selalu bawak dia p bandar,secara automatik wujudlah kek hari jadi dlm freeze walau xda hr jadi sapa pun bln tu..(jika tersalah lalu depan kedai kek brsama dia la..!)




Hemm,gambar masa clbrate befday umur setahun dan 2 tahun..Yang ni terpaksa di cropkan coz my sis tak pakai tudung..

Demikianlah sikap beliau yang sangat obses pada kek befday..Mungkin kecomelan kek ditambah dengan warna warni membuatkan budak2 begitu suka.Jadi tidak hairanlah jika kek hari jadi hari ni ada bermacam-macam pesen siap boleh letak gambar sndiri kat kek..Pastu ngapp muka awak sendiri masuk dalam mulut...


10.10.10

10.10.10

Tiada apalah sangat yang nak dikongsikan tentang tarikh 10.10.10 melainkan kecomelan dan kekiutan nombor yang ada padanya.Bagi pendokong bulan ni rasa macam dah serasi sangat ngan nombor 10 ni,cuma bila ada kombinasi yang cantik gitu,rasa macam rugi pulak kalau tak dedicate something kat ruang nihh..

Emm so cute,sebab itulah Syeikh Muzaffar dan Dr Harlina ambik tarikh ni untuk melakar sejarah wedding of the year untuk semua.Sesuwaii gitu dan mudah untuk diingat.

Tiada apa yang lebih istimewa bagi saya melainkan rasa syukur tak terhingga pada "Pemilik Cinta Agung" itu kerna masih memberi ruang dan peluang untuk saya mengecap ni'mat hidup didunia ini.

Bulan 10 begitu keramat buat saya,seizin "Pemilik Cinta Agung" itulah sempat jua saya menjengah dunia (sbb dh hujung bln kan).Syukur ni'mat kepada Tuhan yang memberi Rahmat. 

Okesslah..kat bawah ni saya nak panjangkan sikit pengertian antara NIKMAT dan NI'MAT ya..

Perhati betul2 NIKMAT dlm bahasa arab hurufnya (Nun qaf mim ta) membawa maksud BALAS DENDAM dan MALAPETAKA .

Manakala NI'MAT bahasa arab (Nun Ain mim ta) memberi makna KURNIAAN dan ANUGERAH. 

Hanya berbeza pada huruf  dah jadi makna lain...

Okess..


Thursday, October 07, 2010

Open Your Eye




Sangat menyukai lagu ni..Mungkin kawan-kawan jugakss harus meluangkan sedikit masa mendengar lagu ni.(Barakallah dan Awaken pun best jugakks..!)

Open your eye~Menceritakan tentang kekuasaan dan keagungan Allah yang ada depan mata kita..tak terbanding nilaiannya.Pergerakan bulan,bintang dan matahari mengikut aturannya,tumbuh-tumbuhan membesar,haiwan-haiwan membiak dan hidup.Semuanya dibawah bidang kuasaNya.


Tanyalah pada diri,Belum cukupkah lagi bukti-bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah??Jawapan sudah ada.Walhal banyak sekali tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaanNYA.Mengapa kita masih menidakkan..Apakah kita yang BUTA?? Setiap detik setiap saat dengan izinNya jualah kita dapat menatap dan menghayati seterusnya perlu terbit dalam hati "betapa kerdilnya aku,berbanding DIA"


Jangan terus leka dalam tadahan doa kita "Alhamdulillah",ayat keramat syukur yang paling mudah daripada hamba pada Penciptanya...

Wednesday, October 06, 2010

"Wanita dimata Lelaki"

Ada saje benda yg nak ditulis...


Kat rumah( kg ler ) setiap bulan majalah yang wajib dan setia dilanggan ialah Mingguan Wanita,Seri Dewi dan Keluarga,Harmoni,Mastika,Anis dan al-Islam..


Jarang-jarang kadang-kadang mak beli lah jugakk majalah Humor kegemaran dia Ujang dan Gila-Gila.


Saya sekarang macam dah terikut perangai my mum and my sis bila beli majalah Seri Dewi dan Keluarga , ruangan yang paling pantas nak dibelek ialah slot "Wanita dimata Lelaki" tulisan Abdul Jalil Ali.Macam pembawaan pulakk, rasa rugi kalau lambat baca..


Penulisan yang sungguh santai dan ringan namun sarat dengan ilmu dan pengalaman yang berguna.Sampai tergelak sengsorang saya baca.Saya sebenarnya susah nak gelak bila baca majalah, hatta majalah humor Ujang dan Gila-Gila yang terkenal dengan tag Lawak Antarabangsa tu.Tapi bila baca tulisan Abdul Jalil Ali cepat saja nak tergelak sampai keluar air mata..


Bukan niat nak promot dan saya pun tak pernah dibayar komisen untuk semua ini,tapi saya nak syorkan pada kengkawan dapatkan Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Oktober cover depan Siti Nurhaliza..Anda juga pasti tergelak seperti saya bila baca hasil tulisan Abdul Jalil Ali dibawah tajuk "Wanita 3G,2G dan 1G" terselit jenaka sinis yang membina.


Saya tak nak hurai panjang pasai ni sebab bila anda baca sendiri baru anda akan rasa terkesan dengan realiti yang kita hadapi kini.Tererla dia menulis,nak jadi terer macam dialah.Patutlah mak tak pernah miss nak beli buku tulisan dia dan tak pernah ketinggalan menyarankan kpd  saya  agar membaca slot "Wanita di mata Lelaki" di setiap keluaran.


Tuesday, October 05, 2010

Cerita Bergambar...


Tak sempat nak update N3 buat masa ni...Bagi menjawab persoalan teman2 dari pelosok dunia. ceawwahhh...okeyy,Zasss kita layan..

From al kelantanese." Bakpo awok delete gamba2 dale profile,saya tengok ado gmbr adik awok mia leena jah"

From utagha.."ni awat ni hang dok padam abis sume gmbar dlm profile fb??hari tu byk.."

all my frenzz yg masih buntu bertanya siapa Tulip Ungu ungkapan kalian, " Saya bukak dlm fb awak nak tahu sapa dia Tulip Ungu,check gambar2 kat Profile ada budak kecik Nur Damyaa  Harleena (ingatkan anak awak...)~ chett telahan yg salah..!,last2 tahu jugak.kamu rupanya..,tapi kenapa tak bubuh gambar awak..??"

Dammnn!!

P/S: Masih kelu untuk menjawab persoalan teman2..


Sunday, October 03, 2010

Hujung Minggu Yang Panjang

Gambar ni takde kaitan langsung dengan drama ini.Segala olahan adalah datang dari keboringan dan kebuntuan penulis, ianya tiada hubungkait dengan pokok yang masih hidup dan pokok yang telah kiookk atau mengalami kepupusan...


CUMA,


Renung pada keagungan ciptaanNya,rasai kesegarannya,tilik keunikannya dan yang penting sekali hayati keindahan warna UNGU yang melatari hidupnya...(Buah anggur ke camni?? mcm bukan jekk..!)

Sebenarnya....ada 3 Open hOuse,tapi tak pergi pun..huhuhu..SOrry manyak2 sama Orang-Orang Quarters Guru Sg. BulOh,Saujana Utama dan Puncak Alam..Ampun maaf dipinta mensuci rening dosa...Terima kasih tak terhingga kerana sudi menyimpan ingatan pada saya, InsyaAllah tahun depan saya pergi...(buleh plak postpone2..)


Hujung minggu ni rasa macam panjang sangat..(hehehe baru pergi kpd tajuk kita..)..Basically lah kan when lonely menyelubungi diri rasa macam lama sangat masa berlalu...1 2 3 4 5 rasa macam amat keSIPUTan waktu itu bergerak....lamanya menunggu detik.Patutla orang boleh jadi sasau ya bila boring nihh..


Untuk tidak membuang masa,actually nak wish Selamat tutt..tutt..jugak kepada My Lovely Frenzz Hermawarney pada O2 Oktober 2O1O hari tu..Moga berbahagia hendaknya...Yezza sebenarnya ada bunga bahagia dan rasa ketenangan  bila jadi anak yang taat ni.....Congrate..Barakallah Lakuma..


Saturday, October 02, 2010

"Doa Ramadhan" yang mengesankan

Lama benar rasanya saya tak memperhambakan diri depan TV.Entahlah kenapa,nak kata rancangan kat tv tak best tak jugakk.Aura rasa nak menengok tu agak menurun sikit meternya.Tapi bila time berita tu saya sehabis boleh tidak mahu ketinggalan dengan isu-isu semasa nasional dan global.Ini bermakna saya tengok tv masa berita sahaja..!


Namun kelapangan waktu hari ini,membuatkan saya benar-benar mahu meluangkan masa yang ada untuk memahami jalan cerita "Doa Ramadhan".Sebenarnya saya lebih suka menonton sesebuah cerita secara seorang diri kerana saya rasa pada ketika itu saya mampu meletakkan diri saya pada keadaan itu.( padahaii malu tengok ramai2,takut orang nampak kita nangis..huhuhu)


Hakikatnya sesebuah cerita atau drama yang diterbitkan memang sarat dengan mesej dan ilmu yang ingin disampaikan.Namun apabila cerita itu ditonton dengan suasana yang hingar bingar dan penonton yang tak reti nak berenti bercakap,jadi pembawaan mesej yang ingin disampaikan itu jadi kurang jelas malah tidak sampai langsung kepada penonton.(Salah siapaa??..habaq maii..)


"Doa Ramadhan" benar-benar berjaya membuatkan mutiara jernih itu mengalir dan membuatkan saya sebak.Sebuah trilogi maya yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya melalui hidup tanpa kehadiran seorang ayah.Isteri yang digantung tak bertali ini terus setia berkorban jiwa dan raga demi penghidupan dua anak yang gersang kasih seorang ayah.


Si ayah yang mempunyai seorang lagi isteri di Kuala Lumpur begitu bergelut dengan dilema antara tanggungjawab kepada anak dan isteri di kampung dan dalam masa yang sama mahu menjaga hati si isteri muda yang lebih urban dan moden ini.


Okey,sebenarnya bukan itu yang saya mahu highlight kan tentang "Doa Ramadhan".Yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan ialah mengenai scene ini.


Anak kedua kepada pasangan tadi tidak pernah merasa sedikit pun kasih sayang dari ayahnya.Jadi setelah dia mula bersekolah,dia sering menjadi ejekan kawan-kawannya yang mengatakan "Aiman takde ayah..Aiman takde ayah.." Jadi si bongsu ini merasa amat sedih dan sering membawa diri menangis dibawah gertak @ titi@ jambatan..Menangis tersedu sedan mengenang nasib diri yang "tidak berbapa" ini...


Esoknya ramadhan menjelma,petang sebelum 1 Ramadhan..si adik bertanya kakak..


Adik : Kakak pernah bagitahu adik gaji ayah kat Kuala Lumpur RM6000 sebulan,jadi sehari gaji ayah berapa ya kak???

Kakak : Ohh kalau sebulan RM6000 kita bahagilah 30 hari,jadi gaji ayah RM200 sehari..

Adik : RM200..banyak tue..


Sepanjang ramadhan si adik bersusah payah mengumpul duit,menolong menjual kuih dan menyusun selipar di masjid.Ini semua demi mencukupkan wang tabungan yang diinginkan iaitu sebanyak RM200 sebelum syawal menjelma.


Si adik juga sering diceritakan oleh maknya, bahawa mintalah apa sahaja dengan Allah pada bulan Ramadhan nescaya DIA akan perkenankan.Tanpa berlengah kerap kali jugaklah permohonan ini adik panjatkan "Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMU kau perkenankanlah doaku untuk berjumpa ayahku..sekali saja pun tak apelah..Ya Allah makbulkanlah doaku.."


Yang lebih mengesankan bila permintaan si adik yang mahu sangat ke Kuala Lumpur untuk bertemu ayahnya.Tatkala berjumpa berderailah air mata menyaksikan dakapan kasih penuh kasih sayang dan segunung rindu si anak yang benar2 mendambakan kasih ayah...


Adik : Ayah, ni Aiman ada bawak duit RM200 nak pinjam ayah untuk sama-sama beraya dengan kami pada kali ini.Gaji ayah sehari kan RM200?? jadi Aiman rasa duit ini dah cukup untuk membolehkan ayah bersama kami sehari..Sehari pun takpe,bolehkan ayah..


Ayah : (Terkedu menatap not-not RM1 yang tebal itu...)


Demikianlah sucinya hati seorang anak kecil itu kerana sudah puas meratap menangis menunggu kepulangan si ayah 10 tahun lamanya.Inisiatif sendiri yang diambil benar-benar mengusik hati saya dengan nilaian usaha yang ditunjukkan.


Umm,damaikah hati seorang bapa melepaskan tanggungjawab membesarkan anak-anak begitu sahaja ?? Ingat, Kekayaan tidak pernah sekali-kali dapat membeli kebahagiaan,namun makanan emosi pertama yang harus disuap ialah kasih sayang.Rencatlah kehidupan tanpa kasih dan sayang,bergelodaklah perasaan tanpa perhatian dan meranalah jiwa jika tiada kemaafan.Jangan cuba menyingkirkan fitrah dalam diri kita kerana fitrah kasih itu telah lama wujud sebelum adanya kita.


Sekadar beremosikah saya?? umm tidak sama sekali..Saya tidak mahu sebahagian masa saya dihabiskan dengan menonton cerita tadi begitu sahaja,saya mahu menggeledah konflik disebalik rapuhnya institusi kekeluargaan hari ini berpunca daripada mana,adakah berpunca daripada perempuan atau jugak bermula daripada lelaki itu sendiri.


Friday, October 01, 2010

Berpesan pesan...



Muslim women in hijab...
:: Pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat,pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH , pesan pada NALURI jangan mengeluh dan kecewa, tiada daya dan rezeki melainkan dari ALLAH ::

Thursday, September 30, 2010

Antara Orang Itu,Orang-Orang Itu dan Itu Orang..!

Bagaimana mahu memulakan cerita ya?? Tapi,jujur saya katakan untuk menjadi seorang pencerita yang baik orang yang mahu bercerita itu perlu ada ditempat kejadian dan orang yang mahu bercerita itu juga harus mengetahui fakta dan kenyataan mengenai sesuatu perkara menerusi pembacaan..!


Namun,itu sahaja saya rasa belum mencukupi..! Keyakinan untuk mengenengahkan sesuatu isu itu juga lebih penting.Walaupun cerita itu hentah macam ape hentahh,tapi keyakinan perlu ada.


Jauh saja saya melangkah ada sahaja perkara-perkara atau kejadian yang berlaku didepan mata saya.Saya sebenarnya bukan jenis suka jaga tepi kain orang tapi semacam anugerahNYA saja perkara itu berlaku didepan mata saya..Seolah-olah DIA mahu memberi gambaran yang jelas kebenaran beberapa artikel yang pernah saya baca.Owwhh realiti,kadang-kadang sukar dimengerti..


Sebelah kiri saya Orang Itu sedang duduk tunduk di bawah terik mentari hanya sedikit sahaja dilindungi oleh Billboard yang gah dengan iklan komersial.Menadah tangan memohon simpati,andai dapat sedikit rezeki dapatlah diisi kekosongan perut.Jika tidak, maka redha sahajalah jalannya..


Manakala disebelah kanan saya pula,diadakan sebuah majlis hari raya gilang gemilang dengan makanan yang pelbagai.Dihadiri oleh Orang-Orang itu yang begitu megah dengan pakaian dan penampilan yang penuh glamor.Gemerlapan dan menawan sekali dan diserikan lagi dengan nyayian.Owwhh cukup terhibur sekali Orang-Orang Itu.Beruntung mereka.. bisik Itu Orang..!


Sayang sekali,kedaifan dan kelemahan Orang Itu tidak pernah di sedari oleh Orang-Orang Itu.Entahlah tidak disedari ataupun buat-buat tak sedar.Tempat yang sama tapi keadaan yang berbeza,nasib juga berbeza..Ohh sungguh kita memang benar-benar berbeza..! Suasana kiri dan kanan telah menzahirkan kehidupan antara dua darjat dan ketika itu juga Itu Orang mula mengingati bait kata-kata sebuah artikel yang pernah Itu Orang baca..Yupps benar sekali tidak perlu disangkal lagi..!


Sambil Itu Orang meneruskan perjalanan yang masih bersisa,Itu Orang masih ralit memandang Orang Itu walau hanya dari jendela simpati.Itu Orang juga turut tidak lupa memandang Orang-Orang Itu yang sedang asyik dan leka dengan majlis penuh kemewahan dan kegembiraan.


Orang Itu,Orang-Orang Itu dan Itu Orang,dunia kita memang berbeza namun disisiNya kita sama sahaja..Hanya amalan membawa kita ke syurga.


P/S: Itu Orang adalah Penulis..
Orang Itu dan Orang-Orang Itu ialah Pendokong Cerita.

Tuesday, September 28, 2010

Obsesi Terlampau...



Memang OBSESI TERLAMPAU bila semua benda nak kaler ungu jekk..! Semua benda berasaskan kaler ungu kelihatan begitu menarik dan sangat2 membuatkan saya tertarikss..Owwhh Ungu,Kamu benar-benar buat saya terkesima...!

Friday, September 24, 2010

Cerita Monyet...

Semalam merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan.Nak dijadikan cerita saya ditugaskan untuk menjaga calon di bilik kuarantin.Bilik kuarantin sangat dikecualikan untuk dijaga oleh Preggy Mummy,almaklumlah preggy mummy ni sensitif sikit especially bila melibatkan baby dalam kandungan.


Dan sememangnya setelah dirotate,memang hari terakhir adalah giliran saya dibilik kuarantin setelah dua hari sebelumnya saya bertugas dibilik biasa..Menjadi pengawas dibilik kuarantin tiada masalah kerana hanya seorang sahaja calon.Seakan dipermudahkan jugakk sebab calon yang diserang 'chicken pop' ini jugak merupakan pelajar harapan sekolah,kelihatan beliau cukup bersedia menjawab peperiksaan..


Okessla kita pergi kepada cerita monyet..


Sedang asyik mengawas,mata saya melilau ke luar kelas.Asyik melihat beberapa ekor monyet melompat dari dahan ke dahan makan buah belimbing..Mulanya sekor dua ekor rupa-rupanya banyak sampai berpuluh-puluh ekor.Mulanya takut jugak tapi nasib baiklah bukannya dekat sangat.Asyik menghayati simfoni Alam..Namun beberapa ekor monyet telah mencuri tumpuan saya..


Macam kita jugakkss..


Seekor anak monyet yang berjaya mencuri makanan telah berjaya membawa makanan dengan megahnya dihadapan gerombolan monyet yang lain.Namun tak semena-mena datang seekor lagi monyet yang sama baya dengannya membontoti dia dari belakang,cepat2 dia lari agar makanan yang berjaya dicuri tadi tidak perlu dikongsi dengan monyet lain.


Kemudian datang lagi monyet yang lain mungkin adiknya untuk mendekatinya atau sekurang-kurangnya meminta secebis makanan yang ada,namun sepantas kilat dia melompat ke pagar sekolah dan menjauhkan diri dari monyet lain agar makanan tadi hanya dapat disantap olehnya sahaja tanpa dishare-share..


Mungkin umurnya baru mencecah 2 tahun sebab kelihatan sikap keakuan dan kekedekutan yang begitu menebal dalam dirinya..


TAPI,


Bila monyet betina lalu (rasanyalah..,adalah tanda2 yang menunjukkan dia itu monyet betina..owhh sensor..!) tak pulak dia menjauhkan diri atau menyorokkan makanan yang ada kat tangan..selamba sahaja makan,tanpa perlu mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri..Atau mungkin jugakk monyet betina itu mak dia,takkan mak nak rampas makanan anak pulakk kann..


Kasihnya ibu monyet..


Cerita ibu monyet pulakk dalam dok kalut lompat sana lompat sini,berkejar sana berkejar sini anak tetap setia dalam dukungan..susah kot mana pun nak manjat,anak menjadi keutamaan..Betapa kasihnya ibu monyet pada anaknya..


Ummm kalaulah saya ada kamera canggih itu,nak saja saya snap gambar sekumpulan monyet itu dari jendela kelas.Mesti cantikkan..Namun apakan daya saya tak mampu nak memiliki gajet pujaan saya itu..Owhhhhh DSLR..


Nampak buah mangga lah pulakk..


Dalam duk menunggu countdown punya time,dan dan tu saya ternampak pokok mangga..lebat bukan main buahnya..kecur liur dibuatnya.Rasa masa tu jugakks nak p ketuk umah tuan rumah nak mintak beli buah mangga tersebut..isshh teruk betul kegilaan saya pada buah-buah asam...


Umm...terasa seakan anugerahNYA pulak bila diberi peluang dan kesempatan menatap kejadian demi kejadian menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah sekaligus menerobos ke liang hati betapa bersyukurnya kita dikurniakan pancaindera untuk melihat..

Wednesday, September 22, 2010

Dua berita gembira yang berbeza..

Teruja mahu mendedicate something kat ruang nihh..bila dalam minggu ni saya dikhabarkan dengan dua berita gembira yang berbeza.Pertama melibatkan my fren yg sy kenai masa di UPM dan sama2 mengikuti kursus KPLI kat IPGM KL, Kak Norlida Mohammad.Tahniahh kak da,jaga baby baik2..


Kedua,Dedikasi untuk teman yang baru saya kenali tiga tahun.Hermawarney Salleh.Tahniah,Congrate and mabruk alaik..Percayalah kebahagiaan awak kebahagiaan saya jugak.Opps sekadar itu sahaja..nanti kita wat Press Conference..


Tahniah untuk keduanya,moga kebahagiaan dan kerahmatan Allah mengiringi perjalanan hidup kalian.

Monday, September 20, 2010

Esok,Pertempuran Bermula..

Mulai besok 21 september 2010,maka bermulalah pertempuran sengit murid2 tahun 6 bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.Bermula 21 hingga 23 september 2010.


Dikesempatan ini,saya mahu mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid SK. Bandar Baru Sungai Buloh dan kepada semua adik2 yang bakal mengambil peperiksaan tersebut.


Sedikit nasihat,lakukan yang terbaik.Jangan sia-siakan peluang ini begitu sahaja.Mulakan dengan Bismillah,bila lupa lekas2 selawat moga diberi petunjuk dan hidayah dariNYA.Kerana hidayah itu milikNYA,maka dengan DIA ajelah kita memohon.
Moga kejayaan jadi milik anda...!


Selama UPSR berlangsung,secara automatik kehidupan 4 hari saya tanpa warga SKBBSB sebab saya perlu menjadi pengawas peperiksaan disekolah lain,dan secara tidak langsung turut bertugas pada waktu pagi..ummm..saat yang paling saya tunggu.Syiookk kerja pagi sebenarnya sebab petang boleh buat kerja lain pulak..

Sunday, September 19, 2010

KAGUM...

Huissh selagi x coret,selagi itulah hati ini bagai memaksa-maksa agar ditulis cerita tentang kekaguman saya pada beberapa individu ini.Hemm..okessla..


INDIVIDU PERTAMA

Saya tidak pernah kenal dan tidak pernah bersua muka dengan individu ini,saya hanya mengenali beliau melalui siri penjelajahan saya dari blog ke blog..Tapi her husband satu universiti dengan saya dan kami pernah satu kuliah masa Subjek kenegaraan.Saya sangat mengkagumi keperihatinan dan kesetiaan beliau menulis perkembangan dan cerita anak-anaknya.Dari awal kelahiran sehinggalah anaknya membesar.Puteri sulung berusia hampir dua tahun dan yang kedua si hero berusia hampir setahun.


Setia membaca cerita dan ralit menatap foto anak2nya,bermula daripada lahir,pandai senyum,tumbuh gigi,pandai bercakap,bertatih dan berlari semuanya tercoret indah.Setiap saat perkembangan anaknya tidak pernah terlepas untuk didedikasikan dalam ruang penuh bermakna www.kaumilikku.blogspot.com.Syabas pada Kak Suhana..


Mungkin,bila saya dah berkeluarga kelak saya juga akan turut mengikut jejak langkah beliau yang tidak pernah terlepas untuk merakamkan setiap saat indah yang dilalui bersama keluarga tercinta.Especially telatah dan ragam si kecil yang macam2 ni..


INDIVIDU KEDUA


My bestfren..tinggal kat shah alam.La ni nak cerita pasaii kekaguman dengan keberanian beliau.Huhh berani sungguh mak cik ni skang,namun jauh disudut hati saya teramat kagum dengan perkembangan dia sekarang nihh..


Kawan saya yang satu ni teramatlah takut dan tak pernah pun bawak motor.Katanya takut..!! Tapi apa yang paling kami sahabat solute kat dia sekarang ni,baru je dapat lesen keta bulan 3 hari tu,tapi sekarang dah lebih advance daripada saya yang dah 8 tahun punya lesen..


Meluncur laju dengan WTS 2646,macam naik keta dengan Alex Yong..ataupun sama macam naik Metrobus ke Kotaraya..Huisshh laju bangat..!


INDIVIDU KETIGA


Yang ni saya nak kata kagum tak jugak,nak kata jelik tak jugak sebab benda ni halal dalam islam..Macam mana ekk..okessla kagum lah jugak dengan kemampuan beliau..(walau dalam hati rasa kurang kagum..huhuhu)


Musim raya memang banyak mempertemukan kita dengan insan2 yang telah lama terpisah.Ruang dan kesempatan itulah kita nak bertanya khabar.."awak keje kat mana sekarang ni??","dah kawen ke belum??","anak berapa orang"..


Namun raya baru ni jugakk mengejutkan saya dengan perkhabaran ini..Salah seorang sahabat saya yang satu kelas dengan saya dari year 1 hingga form 1 dah berkahwin dua.Kalau dah satu kelas dari year 1 lagi maknanya sama umurla..Subhanallah terkejut bukan kepalang..Namun kuasa Allah mengatasi segalanya..ummm tak mau KOMEN lebih2 ahh..Lantak dialah semoga dia memperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kagum jugakk ke??..emmm Wallahua'lam..


Itulah cerita tentang kagum.Sedikit kelebihan yang ada pada orang lain sangat2 membuatkan saya kagum dan adakalanya terpegun..!

Antara AKU dan SAYA..

Mungkin sesuatu yang pelik bila anda membaca story disebalik entry2 saya yang terdahulu, kemunculan awal dlm berblogger ni saya membahasakan diri saya,aku..Hakikatnya sayalah manusia yang paling susah nak membahasakan aku bila bercakap dengan kawan-kawan.


Awalnya saya membahasakan aku kerana saya merasakan tiada sesiapa pun yang sudi membaca blog marhain ini kerana ia tidak lebih bertujuan untuk dijadikan diari peribadi saya sahaja.Malah pada permulaannya saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun saya terlibat aktif dalam berblogger.Jadi my blog ni diwujudkan seolah2 saya bercakap sendiri.Namun ,hakikatnya sahabat2 yang terdekat dengan saya amat mengetahui bahawa saya amat menyukai dan meminati bidang penulisan.Bukan mahir sangat pun tapi sekadar memenuhi hobi masa lapang.


AKU,sebenarnya kata ganti nama diri sedemikian tidak lain dan tidak bukan sebagai kata ganti nama diri pertama.Kita sebagai hamba Allah pun berdoa dan memohon sesuatu dariNYA dengan membahasakan diri kita aku.Namun saya merasa amat sensitif dengan perkataan aku terutama sekali bila seseorang yang baru saya kenal membahasakan dirinya aku dengan saya.Agak tercalar sikit kat dalam ni(hati) bila perkataan itu terpacul dari mulut kenalan baru.Kalau dengan kawan lama its ok..!


Lumrah dunia,bukan semua orang sama dengan kita.Apa yang dirasakan sebagai satu stigma buat kita tidak pula dianggap sesuatu yang menjengkelkan buat orang lain.Itu hanyalah sekilas pandangan peribadi dan satu transformasi dalam diri saya untuk tidak lagi menggunakan perkataan aku bila menulis..Rasa lebih sopan dan beralas bila dibahasakan saya.


"Mak,SAYA nak pergi bandar ni.."(susah jugak nak sebut..) Tapi bila "Mak,ORANG nak keluar ni.." atau "Bah,ORANG nak g umah kawan ni"..agak berbeza bila ngan mak abah,bila kita lebih mesra dengan perkataan ORANG daripada SAYA..!


Masa kat Institut Perguruan dulu pun rasa cam agak kasar bila kawan dikalangan keJAWAan ini mebahasakan kau aku..Mengambil masa jugak untuk membiasakan diri dengan cara dorang bercakap.Maklumlah masa tu hari first daftar kat maktab KL,tup tup ada yang tanya "eh,kau bilik no berapa?? aku bilik ni..."..Hahh tak ke terkejut dengan tak kenaii batang hidung tupp tupp cakap ngan kita camtu..agak tersentak..Namun apabila dah lama mengenali semua itu boleh diterima dengan baik..Tapi first impression tu agak tersentak ulu hati..Tapi sampai kesaat ini,macam payah sangat nak cakap ngan dorang KO AKU..berat mulut..Baik guna AWAK SAYA..


Sebenarnya perkataan aku tersangatlah normal terutama dari kalangan penduduk sabah dan sarawak.Malah diorang turut membahasakan aku walaupun dengan guru sekalipun.Sebab itulah kita amat digalakkan untuk merantau kerana jauh perjalanan luas pemandangan dan kerana disitulah jugak kita dapat mengetahui bahawa "Lain padang maka lainlah belalang" dan seterusnya akan mengajar kita untuk membuka mata dan menerima budaya dan cara hidup orang lain tanpa rasa prejudis dan dalam masa yang sama tetap teguh dengan prinsip hidup kita..


AKU dan SAYA suatu makna yang sama,namun mempunyai signifikasi yang berbeza..