Pages

Sunday, October 24, 2010

Bila saya diuji...

Assalamualaikumm..alhamdulillah semakin hari saya kian diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi semua ini dengan lebih cekal dan tabah..sebenarnya saya rasa benar2 teruji dengan pelbagai perkara2 pelik yg brlaku dalam minggu ini saja, sehingga merencatkan terus keseronokan untuk saya menulis.

Walau bukan dalam ruang maya ini,saya tetap jua mengaplikasikan "keseronokan" saya dalam ruang yang lain..Yess buku catatan..Pahit manis rencam kehidupan yang melewati hidup saya.

Sebahagian perkara ada baiknya tidak perlu dikongsikan dan sebahagian lagi amat wajar untuk dinilai kebaikannya.Malah dilempar jauh2 keburukan dan kebejatan yang melingkarinya.

Terkadang kitalah yang selalu jadi penasihat dan consultan yang baik bila kawan2 dirundung masalah,kitalah juga yang menjadi pendamai yang baik bila berlaku pergaduhan diantara taulan dan kitalah jugakk yang akan membisikkan kata-kata keramat bila teman-teman kian rebah dan tak bermaya menghadapi ujian yang mendatang.

Seronok menjadi penasihat,gembira menyelesaikan masalah dengan buah fikiran kita.Dan apa yang lebih membahagiakan bila dapat mendamaikan hati seorang isteri yang berjiwa melankolik bila berdepan dengan suami yang terlampau workaholic.Damai juga bila dapat menasihati adik2 agar bersifat lebih baik,belajar rajin2 untuk kejayaan hari esok.

Namun itu semua untuk orang lain,bila kita sendiri yang berada di situasi itu hanya airmata sahaja peneman dikala duka,pahit maung menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba.Terkadang apa yang lebih payah bila perlu berhadapan dengan situasi ditelan mati mak diluah mati bapa.

Subhanallah,benar-benar menduga kesabaran hambanya.

Saya tidak pernah menolak dan menidakkan realiti kehidupan bahawa semua insan tidak dapat lari dari masalah,namun bila ianya datang bertubi-tubi seakan sudah hilang kekuatan untuk mendepaninya..Alhamdulillah, mulia dan bertuahnya dilahirkan sebagai Muslim bilamana pada Mu tempat aku memohon pengharapan,moga wujudnya suatu miracle yang dapat mendamaikan hati yang keluh kesah ini.

Kitab suciMu terkandung pelbagai hikmah,jika dibaca dan diamalkan.Wujud satu ketenangan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata.Maha suci Allah aku benar-benar beriman diatas kebenaran kitabMu ya Rabb..

Perit untuk dilakarkan,sukar untuk digambarkan.Tekanan demi tekanan.Namun kini saya mahu menyerahkan sepenuh kepasrahan atas apa sahaja yang mendatangi.Saya percaya dan saya amat yakin bahawa sayalah insan terpilih itu berdasarkan terjemahan ayat " Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu memikulnya"..Sayalah dikalangan terpilih itu..Syukur alhamdulillah.Walau pedih dan  amat perit aku redha ya Rabb..Moga hikmah yang tersembunyi itu akan menenggalamkan keresahan dan kedukaan yang telah dilalui.

"Teguran demi teguranMu" memang benar-benar menundukkan keangkuhan seorang hamba,menyembah sujud,menadah syukur atas peringatan penuh kasih dariMu..terlerailah air mata seorang hamba memohon agar dikurniakan ketabahan dan keberlapangan dada dalam menghadapi semua ini.. 

Kesakitan

Kemiskinan

Kekayaan

Kehilangan

Kesibukan

Keresahan

~ Sebahagian ujian yang sering melatari hidup insan~

Dari Jendela Usang Tulip Ungu..


No comments:

Post a Comment