Pages

Friday, August 31, 2012

Rindu Serindu Rindunya...


Assalamualaikum WBT..
Kaku rasanya,lama benar tak menulis.Haishh tak boleh jadi ni.Sedangkan semua ini adalah sebahagian daripada rutin hidup saya suatu ketika dahulu.

Ringkas kata,tajuk diatas sedikit sebanyak telah menterjemahkan betapa rindu serindu rindunya pada hamparan ruang ini,namun apakan daya sejak awal bulan 7 pindah rumah baru,saya dapati line internet kat sini ta berapa clear.Putus asa jadinya.Tak keruan my luv bila saya ceritakan keadaan ini.Kesian dengan keboringan yang akan menaungi diri saya sepanjang seharian beliau di opis.

Alhamdulillah,Allah itu maha mendengar..port didepan sofa ni agak laju dan memudahkan saya surf internet sekaligus dapat mengisi kelapangan masa saya.

Agak lama juga tanpa khabar berita..namun percayalah saya hanya mampu mnjenguk tanpa dapat post apa2 cerita disini.Banyak yang mahu dikongsikan.

~Kehidupan seorang yang baru bergelar isteri.
~Ramadhan pertama with myluv.
~Alahan yang x berapa teruk dibulan ramadhan,syukur..tp xleh nk kurangkan loya sbb posa.
~Detik Bahagia bakal ibu,alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan.

Oooh,banyak sungguh cerita suka duka yang cuba mahu saya kongsikan disini.Namun bila bercampur dengan keadaan yang kurang stabil ini ianya sekaligus membantutkan semangat untuk menulis.

Berenti dulu ya,lain kali saya sambung.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Ampunkan segala dosa saya.Merdeka!!