Pages

Saturday, April 30, 2011

Menyingkap Pengertian Sumpah

Assalamualaikum WBT,salam hujung minggu.

Tidak mahu dikatakan seorang yang tidak alert dengan current issue,jadi saya luangkan sedikit masa saya dengan ilmu2 yang pernah saya belajar dulu.Demi kelestarian ilmu saya copy pastekan saja dari blog G Drakulicious untuk tatapan dan pedoman kita bersama..

Pengertian Sumpah

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).

Sebab Turun Ayat:
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika turun ayat 87 Surah Al-Maidah (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas), lalu kaum yang dulunya telah mengharamkan ke atas diri mereka menggauli isteri-isteri mereka dan mengharamkan ke atas diri mereka dari makan daging, mereka bertanya: Ya Rasulallah, apakah yang kami patut lakukan terhadap sumpah-sumpah yang telah kami ucapkan itu?

Maka turunlah ayat di atas (Al-Maaidah 5:89). Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah)

Maksudnya: Allah tidak akan menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu ucapkan sedangkan kamu tidak bermaksud bersumpah, seperti kata seseorang yang tidak bermaksud sumpah: Tidak, demi Allah; Memang betul, demi Allah. Kata-kata sumpah yang tidak bermaksud sumpah seperti ini tidak ada hukumannya, iaitu di dunia tidak perlu dikaffarat, dan di akhirat tidak akan disiksa oleh Allah.
tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja

Maksudnya: Tetapi Allah akan menghukum kamu jika sumpah yang kamu ucapkan itu benar-benar dengan maksud sumpah dan kamu bertekad akan melaksanakannya lalu kamu langgar ketetapan sumpah itu Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak

Maksudnya: Jika sumpah tersebut dilanggar atau bercadang untuk melanggarnya maka orang yang bersumpah itu mestilah membayar kaffarat sebagaimana berikut Memberi makan sepuluh orang miskin. Ukuran makanan tersebut ialah seperti makanan yang biasa kita berikan kepada keluarga kita. Tidak memadai jika lebih rendah mutunya atau kadarnya dan jangan pula berlebih-lebihan seperti jamuan Hari Raya. Menurut Imam Abu Hanifah: Juga boleh kalau memberi makan untuk seorang miskin selama 10 hari. Memberi pakaian sepuluh orang miskin. Keadaan pakaian berbeda-beda menurut negeri masing-masing. Oleh itu, kebiasaan (‘urf) dalam masyarakat bolehlah dijadikan sebagai ukuran umpamanya: Seluar dengan kemeja, sarung dengan baju kurung dan sebagainya Memerdekakan seorang hamba sahaya. Para Fuqahaa berbeda pendapat tentang hamba (budak). Imam Malik, Syafi’I dan Ahmad mensyaratkan budak tersebut mestilah beriman. Sedangkan Abu Hanifah berkata: Memadai walaupun budak itu kafirKetiga-tiga jenis kaffarat di atas tidak diwajibkan tertib tetapi kita bebas memilih salah satu daripadanya. Tetapi yang afdhal ialah jika dimulai dari bawah, iaitu memerdekakan seorang hamba atau memberi pakaian sepuluh orang miskin atau memberi mereka makan. (Lihat hadis di bawah Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari Maksudnya: Barangsiapa tidak sanggup melakukan salah satu daripada tiga jenis kaffarat di atas maka diwajibkan ke atasnya berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
Ibnu Mardawiyah meriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika ayat kaffarat di atas diturunkan, Huzaifah bertanya: Ya Rasulallah, kami diperbolehkan memilih? Jawab Rasul (sallallahu alaihi wasalam):
“Kamu boleh memilih, jika kamu merdekakan seorang hamba, jika kamu mahu berikan pakaian, jika kamu mahu berikan makanan. Dan bagi yang tidak memperolehinya maka wajib ke atasnya puasa selama tiga hari berturut-turut”.
Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu
Maksudnya: Demikianlah kaffarat sumpahmu jika kamu bersumpah dengan nama Allah atau dengan sdalah satu daripada Nama-namaNya lalu kamu langgar atau bercadang hendak melanggarnya. Dan peliharalah sumpahmu, janganlah dia digunakan dalam perkara yang remeh-remeh dan janganlah banyak bersumpah, lebih-lebih lagi jika sumpah tersebut mengandungi unsur-unsur dusta. Jika kamu telah bersumpah, jangan kamu lupakan sumpahmu itu. Dan jangan kamu langgar sumpah itu kecuali karena darurat ataupun jika ada kemaslahatan yang nyata di balik pelanggaran itu.
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya)
Maksudnya: Demikianlah Allah menerangkan hukum-hakam agamaNya dan selok-belok syareatNya supaya kamu dapat mensyukuri ni’mat-ni’matNya dengan cara yang disukai dan diredhaiNya. Dan selanjutnya berhak mendapat tambahan kurnia dan ihsan daripadaNya.
Sumpah Dan Persolannya:
Sumpah dan kaffarat melanggarnya merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam yang wajar diketahui oleh setiap penganutnya supaya mereka boleh beragama dengan lebih sempurna. Di antara persoalan yang patut kita ketahui antaranya ialah:

1. Dilarang bersumpah dengan selain Nama-Nama Allah atau Sifat-SifatNya. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Barangsiapa yang bersumpah, janganlah ia bersumpah kecuali dengan (Nama atau Sifat) Allah”.
[HR Bukhari dan Muslim]
Termasuk juga dalam larangan ini bersumpah dengan Nabi, Ka’bah, Wali, Nenek moyang dan lain-lain lagi.

2. Diperbolehkan kita melanggar sumpah jika difikirkan lebih membawa kebaikan tetapi wajib membayar kaffarat sumpah. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
“Jika kamu bersumpah, lalu kamu berpendapat selainnya adalah lebih baik, maka ikutilah mana yang lebih baik dan tunaikan kaffarat (melanggar) sumpah itu”.
[HR Bukhari dan Muslim]
Dan dalam lafaz hadis yang lain pula:
“…maka tunaikan kaffarat melanggar sumpah, kemudia ikutilah mana yang lebih baik itu”.
[HR Abu Daud dan An-Nasaai]
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas kita diperbolehkan menunaikan kaffarat samada sebelum melanggar sumpah ataupun sesudah melanggarnya.

3. Jika ditinjau dari sudut “apa yang disumpahkan” maka sumpah terbagi kepada beberapa bahagian:
Pertama: Bersumpah ke atas perbuatan yang wajib dilakukan atau haram meninggalkannya. Sumpah jenis ini lebih menguatkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka sumpah jenis ini haram dilanggar, malahan jika dilanggar maka haramnya akan berganda seperti bersumpah tidak akan meninggalkan solat atau tidak akan berzina.
Kedua: Bersumpah meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram. Sumpah ini wajib dilanggar karena sumpah jenis ini adalah haram. Umapamanya bersumpah akan memutuskan silaturrahim dlsb.
Ketiga: Bersumpah akan melakukan perkara sunat (mubah) atau akan meninggalkan perkara makruh. Ini adalah sumpah taat. Sunat hukumnya ditunaikan dan makruh jika dilanggar. Umpamanya: Setelah bersumpah tidak akan makan makanan tertentu lalu sumpahnya dilanggar karena menghormati tetamu.

4. Sumpah ada tiga jenis: Sumpah Laghaa, Sumpah Mun’aqad, Sumpah Ghamuus.
Sumpah Laghaa: Bersumpah tetapi tidak dengan maksud sumpah. Seperti kata seseorang: Demi Allah, kamu mesti hadir. Sumpah jenis ini tidak dihukumkan sumpah.
Sumpah Mun’aqad: Sumpah dengan sengaja dan memang bertekad kuat akan melaksanakannya. Sumpah jenis ini jika dilanggar wajib membayar kaffarat seperti kehendak ayat di atas.
Sumpah Ghamuus: Dinamakan juga dengan Shaabirah, iaitu “Sumpah Dusta”. Sumpah ini bertujuan hanya untuk menipu dan khianat. Sumpah jenis ini termasuk dosa besar. Ghamuus maknanya: melemaskan atau membenamkan, karena pelakunya akan dibenamkan ke dalam api neraka. Wal-iyadzu Billah.
Firman Allah: "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki (mu) sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar."
(An-Nahl 16:94)
Rujukan:

1. Fiqhus Sunnah Jld III – Said Sabiq
2. Tafsir Al-Maraghi – Imam Al-Maraghy
3. Zaadul Masiir Fii ‘Ilmit Tafsir Jld. II – Ibnu Al-Jauzy

Thursday, April 28, 2011

Persis...

Kerumitan yang dialami
Persis
kita berjaya mengangkat sebuah batu besar
yang menghalang laluan kita selama ini..

Sukar sebenarnya,
dengan kudrat yang tak seberapa ini..

Namun,
dengan tekad yang jitu
dan berbekalkan semangat yang masih bersisa
saya gagahkan jua diri
untuk mengangkat batu besar itu..

Kini,
Saya boleh meneruskan perjalanan saya
dan
tiada lagi halangan dihadapan..

Kalau adapun
saya harap dengan halangan batu besar yang pertama
menjadi pengajaran dan pengalaman berguna
menempuhi onak ranjau pada perjalanan dihadapan sana..

Syukur,syukur dan syukur
tanpa kekuatan ini
saya tidak tahu bagaimana mungkin saya akan
sampai ke destinasi yang bakal dituju...

Disebalik batu besar itu
saya jumpai sebutir permata yang amat berharga
saya sukakan permata itu
namun ianya bukan milik saya
saya rasa mahu meletak semula permata itu...

TAPI
saya rasa saya sudah mula suka pada permata itu
saya mahu gilap permata itu agar ianya lebih bersinar
indah, terjaga rapi dan bercahaya..

Mujurlah
saya cepat2 tersedar
jika barang itu bukan hak milik saya
tidak sekali2 saya tegar mengambilnya..

Pada perkiraan saya,
Itulah jalan terbaik yang harus saya lakukan..

~ Lama sudah tidak mensasterakan diri~TU

Wednesday, April 27, 2011

N3 Three in One..

Salam,

Emosi terganggu..

Awal pagi emosi saya begitu terganggu dan agak dramatik sedikit tatkala saya membaca satu blog yang mengisahkan tentang ibu muda (26 tahun x silap) yang baru sahaja kehilangan suami tercinta sebulan yang lalu.

Sambil mata ralit menatap coretan 'mawarnafastari',halwa telinga juga dihidangkan dengan lagu "Ayah aku rindu padamu" dendangan Mawi , satu kolaborasi yang begitu meruntun hati.Detik membaca cerita sedih dan duka lara ibu muda yang terpaksa membesarkan dua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran seorang suami,sebak didada sang pembaca,sukar menggambarkan andai penulis diuji dengan ujian sedemikian hebat.Subhanallah tak terdaya rasanya melalui situasi itu seorang diri.

Sudah lama sebenarnya saya mengikuti blog beliau,meletakkan diri pada keadaan puan mawar,sungguh setiap kali membaca blog beliau membuatkan saya sangat mudah menangis.Sukar,payah dan susah untuk gambarkan dengan kata-kata saat kita mula mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga lantas orang yang kita sayang 'diambil' secara tiba-tiba.Ohh tiada perkataan terbaik rasanya yang mampu diberikan pada insan ini melainkan moga terus sabar dan tabah.Moga ganjaran hebat dariNya akan kamu perolehi kelak.

Semoga suami beliau tergolong dalam golongan hamba2 yang soleh.

******

Pernah tak???

kalian jumpa seseorang yang sangat biasa2 saja mukanya tidaklah hensem sangat dan tidaklah sejelita dan seanggun ratu cantik,tidaklah juga putih melepak dan bukanlah semacho aktor2 hindustan...

TAPI

Bila memandang wajahnya kita rasa sangat damai,tenang dan bahagia.Rasa sangat senang dengan kehadiran dan kewujudan orang itu.Ada garis kedamaian dan cahaya kebahagiaan tatkala memandang wajah insan itu.

Rasanya apakah amalan soleh orang itu sehingga ketenangan itu seakan jelas terpancar???

Apakah dia seorang yang sangat suci dan bersih hatinya,

Tidak bersangka buruk dan mengata orang,

Suka doakan kebaikan orang,

ataukah orang yang tidak pernah lekang drpd mengingati nilai kasih sayang sesama makhluk...

Rasa nak sangat jadi orang macam tu kan?? Lebih afdhal saya istilahkan sebagai 'orang wajib'.Makna 'orang wajib' ialah perlu dan orang sangat menyenangi kehadiran kita.Wajib ada..!! Kalau 'orang sunat' pulak takde pun takpa..! Manakala 'orang haram' pula ,kalau boleh takdak langsung...!

Mari kita sama2 jadi 'orang wajib' ya semua!!

Ada petunjuk kasih sayang Allah antara 'Orang wajib,sunat,harus,makruh dan orang haram'..Dan agaknya dimanakah kita???

******

Terlebih dahulu maaf dipinta,saya manusia biasa yang punya cacat celanya.Namun saya mahu zahirkan juga tuntutan rasa ini..Saya pun bukan perfect sangat ya,maaf,maaf dan maaf...

1) Saya rindukan sahabat2 saya yang dulu begitu setia menjunjung syariat Allah.Mengenakan hijab di kepala dan begitu megah dalam norma hidup seorang yang sangat berpegang pada perintahNya.warga ex-maahad ahmadi alert please!

2) Satu perkongsian yang masih saya ingat kalau nak berdoa (tentang jodoh ni) doalah macam ni "Ya Allah ya Tuhanku jika 'dia' terbaik buatMu terbaik juga buatku dan insyaAllah terbaik bagi orang-orang sekelilingku , kau bukakanlah pintu hatiku kearah itu ". Ok kata peguam Syarie itu lagi selalu yang berdoa "Kalau dia terbaik untukku....." sebenarnya terbaik untuk kita belum tentu terbaik untuk orang2 sekeliling kita,jadi utamakan berdoa dengan bait dan ayat macam kat atas tadi..Yang membaca entri ini~ harapan agar anda memperoleh manfaat drpd tulisan ini..Akuilah "Perancangan DIA lebih baik".

3) Lagi perkongsian (semuanya datang secara spontan dan tidak spesifik pd satu bidang jaa..) Anak-anak yang sudah berkerja, walaupun ibubapa anda lebih daripada mampu dan tidak berhajatkan wang hasil titik peluh anda, NAMUN anda perlu juga menghulurkan hasil kerja anda itu walau sedikit pun kerana terdapat NILAI KEBERKATAN pada setiap sen yang anda hulurkan untuk mereka.Percayalah..! Kasih saya bukan barang komoditi yang boleh dijual beli,Kasih sayang adalah nilai sebuah perhubungan..Hargai kewujudan mereka wahai anak2 sama ada dalam doa dan apa keadaan sekalipun.Cik Nur Farahiah~ saya sayang kamu selamanya..

4) Sering kita menganggap masalah ialah suatu kerumitan dan kepayahan hidup yang sangat menyerabutkan untuk dilalui padahal masalah adalah satu platform terbaik untuk
'menyungkurkan' nilai keegoan seorang hamba.Disebalik masalah yang kita alami tersimpan seribu satu hikmah dan nilai kasih Allah pada kita sama ada sebagai kafarah dosa-dosa silam kita atau sebagai landasan terbaik untuk dijadikan langkah dominan nilai tambah kepada iman kita.
Dari kecik mybunda titipkan kata2 ini untuk saya "Jangan bersedih kalau kamu takde kasut,ada orang lain yang lebih hebat diuji dengan ketiadaan kaki" camtulah lebih kurang ayat dia.~Tulip Ungu yang Redha..

5) Last sekali, tekad dalam hati setiap hari mahu jadi orang baik yang menyenangkan semua orang.Kehadiran kita umpama pemberi cahaya bukan pengundang nestapa.Semuanya bermula dari diri kita,tindak tanduk dan kata-kata kita.Mohonlah keredhaan dan kerahmatan dariNya.."Wahai hati yang dilanda gundah, tenanglah sabarlah damailah dalam pelukan mawaddah warahmatan dari al-KhaliQ"~ untuk saya dan insyaAllah untuk anda juga..

~setelah sekian lama..penulis~

Sunday, April 24, 2011

kias cinta



KIAS CINTA ~ SUHAIMI

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia



Saturday, April 23, 2011

Saya suka kata2 ini..

Mendengar Ceramah Motivasi
Prof. Dr Muhaya Mohammad
sering saya tunggu2..

Saya sangat sukakan kata2 ini

"Senang sahaja nak tahu Key Perfomance Indeks (KPI)
kita dengan ALLAH,tengok macam mana
berapa ramai orang sayang kat kita,
itulah jua kasih sayang Allah pada kita"

Maknanya bila kita disayangi dan disenangi
oleh semua makhluk dilangit dan dibumi
itulah jua 'petunjuk' kasih sayang Allah
pada kita...

Wallahua'lam...

Countdown..!

Alhamdulillah
saya masih disini..

Semalam 22 APRIL 2011
tarikh tutup
permohonan pertukaran guru antara negeri

Dan saya...Hurmm..
Tidak membuat sebarang permohonan
dan masih setia disini
Di tanah keramat Sungai Buloh ini

Tiada apa yang saya
pinta kecuali rahmat dan kasih sayang DIA
walau dimana saja saya 'dicampak'

~hampir 4 tahun menanam kasih pada warga SKBBSB,
moga buah kasih sayang terus mekar ranum
dan segar sepanjang musim~

Friday, April 22, 2011

"Malu Tapi Mahu"

Assalamualaikum..WBT..

Saya sangat meminati bidang kaunseling dan psikologi namun perkembangan dan kemajuan kearah itu sering terencat dek kerana rasa malu yang sangat menebal dalam diri saya.

Saya tidak tahu adakah kerana kurang keyakinan untuk bercakap atau sikap malu kepada benda-benda yang tidak masuk akal lain..

Gundah rasa,tapi saya rasa mahu sangat bercakap sebagai seorang motivator terbaik yang memiliki bait kata2 yang indah yang mampu mengubah dan membuat anjakan pada diri individu lain agar berubah kearah yang lebih baik.

Saya cukup mengkagumi siapa sahaja yang petah berkata2 dikhalayak ramai secara spontan,sungguh saya akui DIA belum bekalkan saya kekuatan seumpama itu..

Namun hari ini,seizin kasihNYA diberi sedikit kekuatan untuk motivasi pagi jumaat.Antara perkara penting yang sempat saya 'ngomelkan' dihadapan 1000 lebih murid dan hampir 70 orang guru pagi tadi:

Sebelum itu saya warning,semua mesti beri perhatian pada apa yang saya cakapkan dan saya akan tanya balik kat kelas nanti...(hah sangat buat2 garang..Grrrr)

1) Siapa yang tak baca Quran hari ini?? 98% angkat tangan tak baca quran..Ini bermakna anda tak sembahyang subuh pagi tadi kerana dalam solat kan ada ayat surah al-Fatihah dan surah al-Fatihah adalah ayat Quran.(Mereka terperangkap dengan soalan saya~ itu baru warm up~)

2) Adab2 islam kalau bukan orang islam siapa lagi yang nak amalkan??? Adab bukannya untuk mengongkong kita tetapi untuk memandu dan memimpin kita kearah kehidupan yang lebih bertatasusila.Kalau kita semua amalkan adab islam nescaya tidak akan berlaku perpecahan dan orang islam semakin kuat.

3) Saya ceritakan tentang keberkatan ilmu yang awak perolehi berkaitan sikap dan tingkah laku awak serta tutur kata awak dalam kelas.Selalulah mohon kemaafan pada guru,moga memperolehi keberkatan ilmu berpanjangan.

4) Pernah dengar perkataan "anak murid"??,siapa yang membahasakan anak murid pada awak??..Haa..mestilah CIKGU kerana hebatnya kasih seorang IBU.."Saya rasa hebatnya kasih saya pada adik2 saya,tapi kasih ibu pada anak2 lebih hebat..! " sebab itulah diistilahkan 'anak murid' dan bukan 'adik murid',jadi hargailah kasih seorang guru pada anda..Masa mereka lebih banyak bersama anda daripada anak2 mereka sendiri...

5) Saya sangat sukakan analogi ini,sangat teruja saya mahu kongsikan perbandingan ini pada pagi jumaat yang mulia ini..Terima Kasih Tuhan memberi ilham ini kepada saya :-)

"Saya nak tanya suka tak kalau orang bagi awak hadiah???"

"Suka..!",mereka menjawab..

"Ishhk suka sebenarnya kalau orang bagi hadiah kat kita,sukar nak gambarkan perasaan itu betapa seronoknya.Dalam setahun berapa kali awak dapat hadiah??? Saya pasti mesti sekali ja kan masa befday dan kalau ada rezki masa dapat 5A dapatla satu lagi hadiah"

"Saya menambah sebenarnya hari2 awak dapat hadiah..Hari2 ada aja benda baru yang awak dapat,iaitu ILMU...5 hari seminggu 20 hari sebulan awak dapat hadiah..Bertuahnya awak..Jadi seharusnya hubungan antara 'pemberi hadiah' dan 'penerima hadiah' perlulah terjalin dengan baik sekali..Begitulah analoginya seorang guru yang begitu bersemangat dan seronok nak memberikan "azimat" berguna pada awak semua setiap hari..

6) Ok..saya tutup 'ngomelan' pagi tadi dengan ulang ringkasan isi-isi penting apa yang saya perkatakan tadi..Semoga mereka semua memperolehi manfaat berguna.

ThanQ Allah kerna kurniakan saya kekuatan pada perkara yang satu ini..

"Mak ,adik nak tolong boleh??"

My love saya ni kan,
seringkali ada saja perkara dan celoteh manja beliau
yang membuatkan saya
bahagia dan seronok
dan rasa tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya..

alkisahnya...

Pada suatu tengahari yang tenang,
Sedang my bunda sibuk memasak didapur basah
rumah kami
tiba-tiba datang seorang budak kecil yang
sangat petah berkata-kata

"Mak,adik nak tolong boleh??"

(Saya yang dikejauhan mendengar dialog seumpama itu
rasa tak sabar nak cium orang kecik
yang menuturkan kata2 sedemikian...)

Dek kerana kesibukan my
bunda menyiapkan
makanan
maka my bunda tidak mengendahkan permintaan si kecil tadi...

Lalu setelah selesai
proses kung kang kung kang didapur
my bunda pun melangkah naik ke dapur kering kami..

Alangkah terkejutnya my bunda
apabila melihat baju yang telah dikeringkan dan tunggu untuk
disidai je, telah dibasuh semula oleh 'bibik kecil' kami...

Sungguh terharu bercampur nak tergelaks
mengingatkan bantuan ikhlas 'sang bibik' yang begitu tulus
mahu meringankan beban si bunda...

"Nur Damya Harleena,kenapa cepat sangat membesar??
kakak belum puas bermain dengan kamu"

Thursday, April 21, 2011

Demi Masa...

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan
kerna ia takkan kembali

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
1) Sihat sebelum Sakit
2)Muda sebelum Tua
3) Kaya sebelum Miskin
4) Lapang sebelum Sempit
5) Hidup sebelum Mati

Oh MASA...

Tuesday, April 19, 2011

1994..


1994...
Setenang air di kali
begitulah damainya hati saya ...

Kerana ketika itu saya hanyalah anak kecil
yang tidak perlu memikirkan
rencah masa depan
rencam yang mendatang
percaturan dan perjuangan dalam sebuah kehidupan..

1994 nan indah
Saya hanyalah seorang anak kecil yang bebas
bermain dan berlari
dalam dunia seorang kanak2
yang sangat bahagia dan riang sekali..

penuh dengan keseronokan
terasing dari konfrontasi dan polemik jiwa
sungguh indah
waktu itu...

Konsol hidup seorang kanak-kanak
tenang,bahagia,seronok dan indah
pelengkap analogi rasa
kerana itulah transformasi sebuah kehidupan

Namun,kini saya bukan lagi anak kecil
di usia 10 tahun.
saya sudah dewasa
banyak perkara yang selama ini
tidak saya fikirkan
telah membelenggu fikiran saya..

Interpretasi sering tersalah kan??
tapi ianya bukan satu stigma untuk cuba terus mentafsir..
cuma tipikalnya emosi rasa
sering signifikan dengan gelodak jiwa...

Oh bahagianya menjadi
seorang kanak2 kan..!

Monday, April 18, 2011

Mahu lari dari masalah..


Alangkah indahnya hidup kita kalau masalah itu adalah sejenis "objek",yang apabila kita lari atau menjauhkan diri darinya (objek) dengan sendirinya masalah itu akan lenyap dan hilang dari membelenggu akal dan fikiran kita..

TAPI tidak Allah jadikan begitu,kerana "Setiap penyakit ada ubatnya,dan setiap kekusutan ada cara untuk merungkainya".

Sebalik warna hidup yang melatari kanvas sang kertas,terselit seribu satu hikmah mengapa dan kenapa semua ini terjadi..Cuba dan cuba untuk terus menilai,kenapa pada saat dan ketika ini..kenapa bukan dari dulu lagi...dan kenapa ianya terus membelenggu..rungkai hikmahnya wahai hambaa...

Dilema...Pengabdian dalam mengenali diri dari bias cahaya seorang hamba..

Istikharah jalan terbaik..

Sunday, April 17, 2011

Salju di Danau Rindu..

Masa belajar kat Serdang dulu
saya suka dengan lagu ini..

Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...

*
*
*

Hari ini 17 April 2011, saya kembali suka pada lagu ini..

Because Of You..

Kerana saya milik KAMU
semuanya dibawah aturanMU
datang dariMu dan kembali pun kepadaMu Ya Rabb
Saya Pasrah...

*
*

Mahu menulis,
Tapi bukan sekarang...

***
"Kita rasakan perancangan kita sudah cukup baik,
Hakikatnya perancangan DIA adalah
LEBIH BAIK"

*
*
......

Friday, April 15, 2011

Kerana Jagung..

Assalamualaikum..WBT..

Beberapa hari lepas saya ada menulis status mengenai perasaan dan keterujaan saya untuk makan makanan yang berasaskan jagung.Selain daripada air jagung,bubur kacang hijau campur jagung buatan mak yg paling best di alam maya, saya juga sangat mahu makan dadih jagung..

Hari ni puaihh saya keliling dalam Giant Selayang cari Serbuk Dadih perisa Jagung,namun saya sangat kecewa kerana yang ada hanyalah perisa coklat,cappucino,bandung,buah-buahan dan vanilla..Sesungguhnya perisa itu tidak saya mahukan saat ini,walaupun hakikatnya saya adalah peminat tegar Coklat..huhu..sungguh frust..!


Untuk tidak berasa sangat terkilan kami beli sahaja 1 tin Jagung berkrim dengan seribu harapan jika singgah di mana2 kedai runcit kami akan segera dapatkan Serbuk dadih perisa Jagung..

Okey,tentang jagung ini juga wujud satu cerita kasih sayang sesama insan..

Beberapa hari lepas saya ada menulis status tentang jagung,
Esoknya sangat meriah kat kantin sekolah apabila sebahagian guru pakat dok order air jagung..

Tengah dok kalut,haishh ramainya order air jagung..

Rupa2nya ini semua gara2 status saya menyebabkan rakan-rakan saya turut terliur dan meraikan halwa rasa untuk sama2 mengecapi indahnya meneguk air jagung + ais yang dibuat kaw..kaww..untuk kita aje..

Apa yang membuatkan saya lebih terharu mereka sudi pula buat jamuan minum2 air jagung pada hari ini..

Beberapa hari sebelum,

"Ok Farah,apa kata kita pilih satu hari untuk kita minum air jagung yang kaw..kaw buatan kita sendiri yang siap ada jagung berkrim dalam tin ??" Kata Kak Yusliza pada saya..

"Nanti akak beli jagung dalam tin" Kak yus menambah.

"Saya Ok ja kak,nanti saya beli perisa jagung"

"Akak plak bawak susu.." Kata kak Maizatul Azira..

"Ok set hari jumaat ni" Kami semua decide hari untuk jamuan yang ala kasih sayang gitu...

Adusshh..rupanya kuatnya penangan jagung dalam erti kasih sayang sesama kami,terima kasih diatas kesportingan hampa semua kakak2ku...lain kali saya buat status Nasi Kerabu plak lepas ni kita set hari plak bila nak buat Pot Luck kat Sekolah..

Wednesday, April 13, 2011

Ayraa Qaleesya Binti Fairuz Hisham

Assalamualaikum...
Nama saya Ayraa Qaleesya
Saya anak keempat
kepada pasangan
Noor Diana dan Fairuz Hisham..

CanteQ tak nama saya??
Mak cik sayalah yang beria-ia
nak letak nama ni
macamlah saya ni anak dia kan!!

Takpelah saya suka nama ni
lagipun maknanya elok
"Penglihatan yang tulus dan suci"

Ayraa with her grandma...

Ayraa with her mom..."sejuknya ummi"

Terima Kasih kepada Mak Cik Tulip Ungu saya
yang bersusah payah meng'google'kan nama saya,
mencari perkataan terbaik utk saya dan mematrikan
panggilan keramat ini untuk saya..

Saya akan jaga nama
baik saya
sebagai tanda kasih saya pada si pemberi nama..

***
~Siapakah penulis coretan ini??~

Tuesday, April 12, 2011

Petikan...

Salam Subuh Yang Hening,

Di pagi yang mulia ini suka saya memetik peringatan ini,Status yang ditulis oleh seorang penulis dan penceramah yang sering membincangkan isu-isu islam kontemporari.Selalu saya rujuk blog dan buku beliau jika ada keraguan dan kurang jelas tentang sesuatu isu baru.Peringatan ini untuk pedoman dan ingatan kepada diri sendiri sebenarnya..

"Buat semua penulis, khususnya WARTAWAN akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web & yg sepertinya. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN/LAPORAN anda boleh menambah jutaan dosa, gaji HARAM & murka Allah bila sengaja MENCIPTA CERITA X BENAR @ laporan akibat kajian x berhati2. Boleh menambah PAHALA berjuta2, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kpd manusia. Justeru, pilihan ditangan masing2."- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Monday, April 11, 2011

Nak ni..nak ni..!!

Salam,

Saja mahu berkongsi rasa ngan kalian semua..
rasa sangat2 nak makan makanan berasaskan JAGUNG


keJAGUNGan
Saya Mahu Kamu...!!

Masa on da way nak pi pejabat YB Bushro tadi saya ternampak
bubur kacang hijau dijual digerai-gerai..
tapi tak dak jagungla..
umm..yummy..yummy..

Nasib baik air jagung boleh beli hari2..
Urmmm sgt best..!

Saturday, April 09, 2011

Berfaedah VS Tidak Berfaedah..

Antara yang berfaedah dan tak berfaedah yang mana perlu disetelkan dulu?? (hurmm...soalan untuk budak umur 3 tahun..)

Berfaedah :

1) Minit Mesyuarat Hari Ini (09 April 2011)
2) Draf Soalan Ujian April 2011
3) Siapkan Kertas Kerja untuk Kem 16 April 2011
4) Analisis Markah (98 % siap)

Tapi masa senggang sering didominasi penggunaannya untuk perkara,

Tidak Berfaedah :

1) Fesbuking..king
2) Blogging..
3) Editing Picturinggg..
4) ...........bla..blaa..

Bukan tak pernah dengar phrase " Masa Itu Emas",tapi bila nak buat benda berfaedah ni rasa macam 'mim alif lam sin' jaa...selalu tangguh2..haisshh..sangat tidak bagus ya anak..!

Kalau dah nama Selebriti (Ohh Perasannya..!)

Salam,

Mahu mengimbas kembali kenangan
18 tahun yang lalu..

Ada kenangan mengusik jiwa di sini...

Kini,tempat ini saya jejaki lagi..


1,2...3

Okey..Senyum..!

Tak tau nak tengok mana dah,cameraman ramai sangat..

Diburu peminat...hehehe..

Ingat Usop Wilcha je ramai peminat???

Kami pun sama..

***
Brought to you by Tulip Ungu Production Sdn.Bhd..

Friday, April 08, 2011

Ekspresi Rasa..

Salam,

Bercerita sebahagian ekpresi rasa (tidak semua ya..!) yang sering saya alami merupakan motif dan tujuan utama wujudnya ruang kesayangan saya ini..kadang-kadang ianya mengusik jiwa,sebahagian lagi mengundang nestapa malah jarang2 menggamit bahagia..

Melalui kehidupan seharian pelbagai rasa dan keadaan sering kita lalui.Sedih, gembira ,dukacita dan pelbagai lagi masalah dan fenomena fitrah seorang insan.Terkadang kita dibawah dan adakalanya kita diatas..

Opps kembali kepada tajuk kita tadi,

Kadangkala ada yang bertanya Mia Harleena tu anak saya yang ke berapa?? kenapa selalu duk cerita pasaii dia,tak takut jatuh saham ke??

Of kos tidak, dan saya tidak bimbang tentang itu.Sering saya mahu luangkan sedikit waktu senggang yang saya ada untuk mencoretkan rutin tipikal seorang anak kecil.Saya sangat menyukai kanak2..(Mungkin sebab itu Allah takdirkan saya menjadi pendidik di Sek. Rendah..).

Keterujaan saya bercerita tentang my little princess adalah sebagai coretan suka2 ajer..Bila beliau sudah besar kelak dan mungkin ketika itu saya telah tiada mungkin beliau akan terpegun dan terharu dengan rasa kasih dan sayang saya pada dia.

Coretan suka2 ini sedikit sebanyak menjadi 'kepuasan sejati' pada saya saat saya begitu rindukannya..Sungguh, ianya kepuasan yang tidak boleh dijadikan bahan komoditi sewenangnya..Saya menyenangi rasa yang saya alami ini..

All Praises to Allah..All Praises to Allah..

Terbaru,
My Bonda bercerita tentang perangai my kesayangan yang begitu meminati Channel Zee cerita Hindustan kat Astegho..

Masa cuti hari tu my sista kuasa 3,Nur Farahiah ada bercerita tentang Habit terbaru my mia yang sangat suka menonton ceghita hindustan,sampai si kakak perlu menemani beliau hingga jam 1 pagi ...Sampai tersengguk-sengguk si kakak yang menunggu..aduhai sayang...

Hari ni bonda cakap,

"Sis,ada budak tu kan makin melampau minat dia dgn ceghita hindustan"

Bonda menambah, "Sampai pukul 2 pagi mak tunggu dia kat ruang tamu no 2,boleh dia dengan khusyuk dan tawadhuknya menonton Zee sorang2 kat ruang tamu no 1"

Untuk rekod,ruang tamu no 1 dan ruang tamu no 2 kedudukannya agak jauh sedikit..

" Haisshh musykil2 apa yang ditontonya?? berani sungguh menonton tv sengsorang!"

Bila cerita ni dikhabarkan pada saya tadi,

Secara automatik otak saya mula ligat berfikir "Apalah yang best sangat ceghita hindustan tu" getus hati saya.

Tiba-tiba " Hurmm baru saya ingat my mia sangat suka dengan tarian,joget atau nyanyi2, maybe beliau konsentrate nonton hindustan pasaii benda ni kot.."

Saya rasa telahan saya tidak salah kerana saya mengetahui siapa dia Nur Damya Harleena Bt Din.

Wednesday, April 06, 2011

Ada apa dengan 6/7??

Mengakui perkataan manusia itu berasal daripada perkataan arab "nasiya" yang bermakna lupa,maka dengan sendirinya manusia itu tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan yang satu ini..

Agak Pelik,

Malah begitu Memelikkan...

Bila 5 hingga 6 kali saya melakukan kesalahan yang sama...

Awalnya ketika menulis di papan hitam saya tulis tarikh hari ini 6/7..

Setelah beberapa ketika saya belum perasan lagi.

Kemudian saya dapati ruang yang saya perlukan tidak mencukupi,lalu saya padam semula tarikh tadi dan saya masih melakukan kesalahan yang sama menulis tarikh 6/7/2011.

Subhanallah,

Kesilapan masih juga berlaku ketika proses menanda buku,saya masih setia menulis 6/7/2011 berserta signature "nur.."

Haisshh...

Di sebelah petangnya ada Kokurikulum Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dengan aktiviti yang dijalankan hari ini ialah 'Kemahiran Menjahit Karung Batu Seremban',pada ruangan tarikh dan tanda tangan guru sekali lagi 6/7/2011 megah terpatri pada buku rekod aktiviti kokurikulum ahli-ahli PPIM...

Kenapa dan mengapa sukar saya rungkaikan...

Tapi seingat saya 6 Julai setiap tahun adalah Befday My BestFriend (Nira Bt Che Hassan)~ Ra, moga kamu baik2 saja ya..

Sunday, April 03, 2011

Sehabis Boleh..

Assalamualaikum WBT..

Sering saya perlu spend sebahagian masa saya untuk melontar sebahagian hujjah,cetusan rasa dan pendapat pada ruangan ini.Kekangan masa dan tugasan yang perlu dihantar on the dot membuatkan saya tidak berkesempatan 'mengintai' dan mengupdate something kat sini..(tak da orang paksa pun kann..!) Hakikatnya banyak sangat benda yang mahu dikongsi..

Untuk waktu ini ingin saya jelaskan disini bahawa saya tidak sekali-kali akan memaparkan hasil kerja orang lain tanpa menulis dari sumber mana saya perolehi atau kredit from someone2..Sehabis boleh saya mahu menonjolkan nama sumber tersebut,kerana hakikat yang paling jelas walaupun kita tidak kesempatan meminta izin bertulis untuk share, sekurang-kurangnya kita tidak mengeksploitasi hasil kerja orang lain sewenang-wenangnya.

Selain itu ianya juga menggambarkan ketulusan dan kejujuran kita bahawa apa yang kita copy paste itu bukan hak cipta kita dan sebagai penghargaan kepada hasil tulisan tersebut apa salahnya kita paparkan nama dan dari sumber mana kita perolehi agar cara kerja kita kelihatan lebih beretika.

Untuk rekod,sehabis boleh saya mahu tegaskan pada diri saya sendiri apa sahaja hasil ciptaan,pandangan dan sumbangan dari orang lain akan dicatatkan namanya disini.

Sekian,Khidmat Masyarakat ini dibawakan Oleh Tulip Ungu @ Hunaa.

Friday, April 01, 2011

Antara Saya,Dia dan Kamu...

Titipan Kasih antara Saya,Dia dan Kamu

I feel so blessed when i think of you
and i ask Allah to bless all we do
you are my sister,and my friend and my strength
And i pray we're together in Jannah...

wif my beloved little princess and my niece at the porch

"Ya Allah,make my Damya a good muslim Ya Allah"

"Ya Allah pimpinlah kami menuju jalanMu,tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Jalan yang Kau beri Rahmat.."