Pages

Wednesday, April 27, 2011

N3 Three in One..

Salam,

Emosi terganggu..

Awal pagi emosi saya begitu terganggu dan agak dramatik sedikit tatkala saya membaca satu blog yang mengisahkan tentang ibu muda (26 tahun x silap) yang baru sahaja kehilangan suami tercinta sebulan yang lalu.

Sambil mata ralit menatap coretan 'mawarnafastari',halwa telinga juga dihidangkan dengan lagu "Ayah aku rindu padamu" dendangan Mawi , satu kolaborasi yang begitu meruntun hati.Detik membaca cerita sedih dan duka lara ibu muda yang terpaksa membesarkan dua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran seorang suami,sebak didada sang pembaca,sukar menggambarkan andai penulis diuji dengan ujian sedemikian hebat.Subhanallah tak terdaya rasanya melalui situasi itu seorang diri.

Sudah lama sebenarnya saya mengikuti blog beliau,meletakkan diri pada keadaan puan mawar,sungguh setiap kali membaca blog beliau membuatkan saya sangat mudah menangis.Sukar,payah dan susah untuk gambarkan dengan kata-kata saat kita mula mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga lantas orang yang kita sayang 'diambil' secara tiba-tiba.Ohh tiada perkataan terbaik rasanya yang mampu diberikan pada insan ini melainkan moga terus sabar dan tabah.Moga ganjaran hebat dariNya akan kamu perolehi kelak.

Semoga suami beliau tergolong dalam golongan hamba2 yang soleh.

******

Pernah tak???

kalian jumpa seseorang yang sangat biasa2 saja mukanya tidaklah hensem sangat dan tidaklah sejelita dan seanggun ratu cantik,tidaklah juga putih melepak dan bukanlah semacho aktor2 hindustan...

TAPI

Bila memandang wajahnya kita rasa sangat damai,tenang dan bahagia.Rasa sangat senang dengan kehadiran dan kewujudan orang itu.Ada garis kedamaian dan cahaya kebahagiaan tatkala memandang wajah insan itu.

Rasanya apakah amalan soleh orang itu sehingga ketenangan itu seakan jelas terpancar???

Apakah dia seorang yang sangat suci dan bersih hatinya,

Tidak bersangka buruk dan mengata orang,

Suka doakan kebaikan orang,

ataukah orang yang tidak pernah lekang drpd mengingati nilai kasih sayang sesama makhluk...

Rasa nak sangat jadi orang macam tu kan?? Lebih afdhal saya istilahkan sebagai 'orang wajib'.Makna 'orang wajib' ialah perlu dan orang sangat menyenangi kehadiran kita.Wajib ada..!! Kalau 'orang sunat' pulak takde pun takpa..! Manakala 'orang haram' pula ,kalau boleh takdak langsung...!

Mari kita sama2 jadi 'orang wajib' ya semua!!

Ada petunjuk kasih sayang Allah antara 'Orang wajib,sunat,harus,makruh dan orang haram'..Dan agaknya dimanakah kita???

******

Terlebih dahulu maaf dipinta,saya manusia biasa yang punya cacat celanya.Namun saya mahu zahirkan juga tuntutan rasa ini..Saya pun bukan perfect sangat ya,maaf,maaf dan maaf...

1) Saya rindukan sahabat2 saya yang dulu begitu setia menjunjung syariat Allah.Mengenakan hijab di kepala dan begitu megah dalam norma hidup seorang yang sangat berpegang pada perintahNya.warga ex-maahad ahmadi alert please!

2) Satu perkongsian yang masih saya ingat kalau nak berdoa (tentang jodoh ni) doalah macam ni "Ya Allah ya Tuhanku jika 'dia' terbaik buatMu terbaik juga buatku dan insyaAllah terbaik bagi orang-orang sekelilingku , kau bukakanlah pintu hatiku kearah itu ". Ok kata peguam Syarie itu lagi selalu yang berdoa "Kalau dia terbaik untukku....." sebenarnya terbaik untuk kita belum tentu terbaik untuk orang2 sekeliling kita,jadi utamakan berdoa dengan bait dan ayat macam kat atas tadi..Yang membaca entri ini~ harapan agar anda memperoleh manfaat drpd tulisan ini..Akuilah "Perancangan DIA lebih baik".

3) Lagi perkongsian (semuanya datang secara spontan dan tidak spesifik pd satu bidang jaa..) Anak-anak yang sudah berkerja, walaupun ibubapa anda lebih daripada mampu dan tidak berhajatkan wang hasil titik peluh anda, NAMUN anda perlu juga menghulurkan hasil kerja anda itu walau sedikit pun kerana terdapat NILAI KEBERKATAN pada setiap sen yang anda hulurkan untuk mereka.Percayalah..! Kasih saya bukan barang komoditi yang boleh dijual beli,Kasih sayang adalah nilai sebuah perhubungan..Hargai kewujudan mereka wahai anak2 sama ada dalam doa dan apa keadaan sekalipun.Cik Nur Farahiah~ saya sayang kamu selamanya..

4) Sering kita menganggap masalah ialah suatu kerumitan dan kepayahan hidup yang sangat menyerabutkan untuk dilalui padahal masalah adalah satu platform terbaik untuk
'menyungkurkan' nilai keegoan seorang hamba.Disebalik masalah yang kita alami tersimpan seribu satu hikmah dan nilai kasih Allah pada kita sama ada sebagai kafarah dosa-dosa silam kita atau sebagai landasan terbaik untuk dijadikan langkah dominan nilai tambah kepada iman kita.
Dari kecik mybunda titipkan kata2 ini untuk saya "Jangan bersedih kalau kamu takde kasut,ada orang lain yang lebih hebat diuji dengan ketiadaan kaki" camtulah lebih kurang ayat dia.~Tulip Ungu yang Redha..

5) Last sekali, tekad dalam hati setiap hari mahu jadi orang baik yang menyenangkan semua orang.Kehadiran kita umpama pemberi cahaya bukan pengundang nestapa.Semuanya bermula dari diri kita,tindak tanduk dan kata-kata kita.Mohonlah keredhaan dan kerahmatan dariNya.."Wahai hati yang dilanda gundah, tenanglah sabarlah damailah dalam pelukan mawaddah warahmatan dari al-KhaliQ"~ untuk saya dan insyaAllah untuk anda juga..

~setelah sekian lama..penulis~

No comments:

Post a Comment