Pages

Friday, April 08, 2011

Ekspresi Rasa..

Salam,

Bercerita sebahagian ekpresi rasa (tidak semua ya..!) yang sering saya alami merupakan motif dan tujuan utama wujudnya ruang kesayangan saya ini..kadang-kadang ianya mengusik jiwa,sebahagian lagi mengundang nestapa malah jarang2 menggamit bahagia..

Melalui kehidupan seharian pelbagai rasa dan keadaan sering kita lalui.Sedih, gembira ,dukacita dan pelbagai lagi masalah dan fenomena fitrah seorang insan.Terkadang kita dibawah dan adakalanya kita diatas..

Opps kembali kepada tajuk kita tadi,

Kadangkala ada yang bertanya Mia Harleena tu anak saya yang ke berapa?? kenapa selalu duk cerita pasaii dia,tak takut jatuh saham ke??

Of kos tidak, dan saya tidak bimbang tentang itu.Sering saya mahu luangkan sedikit waktu senggang yang saya ada untuk mencoretkan rutin tipikal seorang anak kecil.Saya sangat menyukai kanak2..(Mungkin sebab itu Allah takdirkan saya menjadi pendidik di Sek. Rendah..).

Keterujaan saya bercerita tentang my little princess adalah sebagai coretan suka2 ajer..Bila beliau sudah besar kelak dan mungkin ketika itu saya telah tiada mungkin beliau akan terpegun dan terharu dengan rasa kasih dan sayang saya pada dia.

Coretan suka2 ini sedikit sebanyak menjadi 'kepuasan sejati' pada saya saat saya begitu rindukannya..Sungguh, ianya kepuasan yang tidak boleh dijadikan bahan komoditi sewenangnya..Saya menyenangi rasa yang saya alami ini..

All Praises to Allah..All Praises to Allah..

Terbaru,
My Bonda bercerita tentang perangai my kesayangan yang begitu meminati Channel Zee cerita Hindustan kat Astegho..

Masa cuti hari tu my sista kuasa 3,Nur Farahiah ada bercerita tentang Habit terbaru my mia yang sangat suka menonton ceghita hindustan,sampai si kakak perlu menemani beliau hingga jam 1 pagi ...Sampai tersengguk-sengguk si kakak yang menunggu..aduhai sayang...

Hari ni bonda cakap,

"Sis,ada budak tu kan makin melampau minat dia dgn ceghita hindustan"

Bonda menambah, "Sampai pukul 2 pagi mak tunggu dia kat ruang tamu no 2,boleh dia dengan khusyuk dan tawadhuknya menonton Zee sorang2 kat ruang tamu no 1"

Untuk rekod,ruang tamu no 1 dan ruang tamu no 2 kedudukannya agak jauh sedikit..

" Haisshh musykil2 apa yang ditontonya?? berani sungguh menonton tv sengsorang!"

Bila cerita ni dikhabarkan pada saya tadi,

Secara automatik otak saya mula ligat berfikir "Apalah yang best sangat ceghita hindustan tu" getus hati saya.

Tiba-tiba " Hurmm baru saya ingat my mia sangat suka dengan tarian,joget atau nyanyi2, maybe beliau konsentrate nonton hindustan pasaii benda ni kot.."

Saya rasa telahan saya tidak salah kerana saya mengetahui siapa dia Nur Damya Harleena Bt Din.

No comments:

Post a Comment