Pages

Tuesday, April 19, 2011

1994..


1994...
Setenang air di kali
begitulah damainya hati saya ...

Kerana ketika itu saya hanyalah anak kecil
yang tidak perlu memikirkan
rencah masa depan
rencam yang mendatang
percaturan dan perjuangan dalam sebuah kehidupan..

1994 nan indah
Saya hanyalah seorang anak kecil yang bebas
bermain dan berlari
dalam dunia seorang kanak2
yang sangat bahagia dan riang sekali..

penuh dengan keseronokan
terasing dari konfrontasi dan polemik jiwa
sungguh indah
waktu itu...

Konsol hidup seorang kanak-kanak
tenang,bahagia,seronok dan indah
pelengkap analogi rasa
kerana itulah transformasi sebuah kehidupan

Namun,kini saya bukan lagi anak kecil
di usia 10 tahun.
saya sudah dewasa
banyak perkara yang selama ini
tidak saya fikirkan
telah membelenggu fikiran saya..

Interpretasi sering tersalah kan??
tapi ianya bukan satu stigma untuk cuba terus mentafsir..
cuma tipikalnya emosi rasa
sering signifikan dengan gelodak jiwa...

Oh bahagianya menjadi
seorang kanak2 kan..!

No comments:

Post a Comment