Mengakui perkataan manusia itu berasal daripada perkataan arab "nasiya" yang bermakna lupa,maka dengan sendirinya manusia itu tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan yang satu ini..
Agak Pelik,
Malah begitu Memelikkan...
Bila 5 hingga 6 kali saya melakukan kesalahan yang sama...
Awalnya ketika menulis di papan hitam saya tulis tarikh hari ini 6/7..
Setelah beberapa ketika saya belum perasan lagi.
Kemudian saya dapati ruang yang saya perlukan tidak mencukupi,lalu saya padam semula tarikh tadi dan saya masih melakukan kesalahan yang sama menulis tarikh 6/7/2011.
Subhanallah,
Kesilapan masih juga berlaku ketika proses menanda buku,saya masih setia menulis 6/7/2011 berserta signature "nur.."
Haisshh...
Di sebelah petangnya ada Kokurikulum Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dengan aktiviti yang dijalankan hari ini ialah 'Kemahiran Menjahit Karung Batu Seremban',pada ruangan tarikh dan tanda tangan guru sekali lagi 6/7/2011 megah terpatri pada buku rekod aktiviti kokurikulum ahli-ahli PPIM...
Kenapa dan mengapa sukar saya rungkaikan...
Tapi seingat saya 6 Julai setiap tahun adalah Befday My BestFriend (Nira Bt Che Hassan)~ Ra, moga kamu baik2 saja ya..
No comments:
Post a Comment