Assalamualaikum..WBT..
Saya sangat meminati bidang kaunseling dan psikologi namun perkembangan dan kemajuan kearah itu sering terencat dek kerana rasa malu yang sangat menebal dalam diri saya.
Saya tidak tahu adakah kerana kurang keyakinan untuk bercakap atau sikap malu kepada benda-benda yang tidak masuk akal lain..
Gundah rasa,tapi saya rasa mahu sangat bercakap sebagai seorang motivator terbaik yang memiliki bait kata2 yang indah yang mampu mengubah dan membuat anjakan pada diri individu lain agar berubah kearah yang lebih baik.
Saya cukup mengkagumi siapa sahaja yang petah berkata2 dikhalayak ramai secara spontan,sungguh saya akui DIA belum bekalkan saya kekuatan seumpama itu..
Namun hari ini,seizin kasihNYA diberi sedikit kekuatan untuk motivasi pagi jumaat.Antara perkara penting yang sempat saya 'ngomelkan' dihadapan 1000 lebih murid dan hampir 70 orang guru pagi tadi:
Sebelum itu saya warning,semua mesti beri perhatian pada apa yang saya cakapkan dan saya akan tanya balik kat kelas nanti...(hah sangat buat2 garang..Grrrr)
1) Siapa yang tak baca Quran hari ini?? 98% angkat tangan tak baca quran..Ini bermakna anda tak sembahyang subuh pagi tadi kerana dalam solat kan ada ayat surah al-Fatihah dan surah al-Fatihah adalah ayat Quran.(Mereka terperangkap dengan soalan saya~ itu baru warm up~)
2) Adab2 islam kalau bukan orang islam siapa lagi yang nak amalkan??? Adab bukannya untuk mengongkong kita tetapi untuk memandu dan memimpin kita kearah kehidupan yang lebih bertatasusila.Kalau kita semua amalkan adab islam nescaya tidak akan berlaku perpecahan dan orang islam semakin kuat.
3) Saya ceritakan tentang keberkatan ilmu yang awak perolehi berkaitan sikap dan tingkah laku awak serta tutur kata awak dalam kelas.Selalulah mohon kemaafan pada guru,moga memperolehi keberkatan ilmu berpanjangan.
4) Pernah dengar perkataan "anak murid"??,siapa yang membahasakan anak murid pada awak??..Haa..mestilah CIKGU kerana hebatnya kasih seorang IBU.."Saya rasa hebatnya kasih saya pada adik2 saya,tapi kasih ibu pada anak2 lebih hebat..! " sebab itulah diistilahkan 'anak murid' dan bukan 'adik murid',jadi hargailah kasih seorang guru pada anda..Masa mereka lebih banyak bersama anda daripada anak2 mereka sendiri...
5) Saya sangat sukakan analogi ini,sangat teruja saya mahu kongsikan perbandingan ini pada pagi jumaat yang mulia ini..Terima Kasih Tuhan memberi ilham ini kepada saya :-)
"Saya nak tanya suka tak kalau orang bagi awak hadiah???"
"Suka..!",mereka menjawab..
"Ishhk suka sebenarnya kalau orang bagi hadiah kat kita,sukar nak gambarkan perasaan itu betapa seronoknya.Dalam setahun berapa kali awak dapat hadiah??? Saya pasti mesti sekali ja kan masa befday dan kalau ada rezki masa dapat 5A dapatla satu lagi hadiah"
"Saya menambah sebenarnya hari2 awak dapat hadiah..Hari2 ada aja benda baru yang awak dapat,iaitu ILMU...5 hari seminggu 20 hari sebulan awak dapat hadiah..Bertuahnya awak..Jadi seharusnya hubungan antara 'pemberi hadiah' dan 'penerima hadiah' perlulah terjalin dengan baik sekali..Begitulah analoginya seorang guru yang begitu bersemangat dan seronok nak memberikan "azimat" berguna pada awak semua setiap hari..
6) Ok..saya tutup 'ngomelan' pagi tadi dengan ulang ringkasan isi-isi penting apa yang saya perkatakan tadi..Semoga mereka semua memperolehi manfaat berguna.
ThanQ Allah kerna kurniakan saya kekuatan pada perkara yang satu ini..
No comments:
Post a Comment