Pages

Sunday, January 31, 2010

Sana Helwah Ya Gamil...

Selamat Hari Lahir istimewa untuk sahabatku Siti Munirah Mat Hassan yg aku kenali sejak tahun 2001.
Semoga Tahun ke 27 kehidupanmu menjanjikan sesuatu yg terbaik dan sentiasa terbaik buatmu teman..

Disaat kita mula2 kenal
Tahun 2001
Tanah Maahad Ahmadi,Tanah Merah
Menjadi saksi sejati
Pertemuan hamba2 ini
Terpatrilah ikatan sebuah persahabatan
Berhempas pulas dalam perjuangan SPM

Seterusnya 2002
Ukhuwah itu terus bersemi kukuh
Gandingan tenaga bersama
Perjuangan belum selesai
STAM ,
jambatan mahabbah itu
terus terbina utuh
alhamdulillah,kita masih bersama

2003
Saksi kasih seorang sahabat
Terus menerus saling mmberi semangat
Perjuangan perlu diteruskan
Impian bersama itu harus digenggam
Nun dari jauh
Impian itu semakin hampir dengan kita

Tahun 2004
Akhirnya kecemerlangan jd milik kita
Syukur pd Si Pemberi...

Bumi keramat UPM
Kita masih bersama
Kita masih mmburu CITA
3 tahun memerah otak
Demi mmperolehi keputusan terbaik
Akhirnya,Ijazah dalam genggaman kita..
Selamat tinggal UPM
2007, Bye bye Kampus hijau...

Namun 2008 hadir,
Kita tidak lagi bersama
Aku di IPGM Kampus Teknik
dan Muni IPGM Kampus P.islam
Tapi hubungan kita tidak pernah renggang.
Itulah yg aku harapkan..

Posting Lak,
takla jauh sgt Muni di Subang Berstari
Aku lak kt Bndar Baru Sg.Buloh..
Kita masih boleh saling menziarahi

Thankz friend,
Kerna sudi berdamping denganku dikala susah senang

Alhamdulillah hampir 10 tahun jalinan ukhuwah ini terus kukuh...

Saturday, January 30, 2010

Berdebar je rasa...

Dua tiga hari kebelakangan ini
aku rasa cukup tak tenteram
berdebar je rasa
kenapa diriku mcm ni??

Apa sebenarnya
yang bakal dan telah terjadi pdku
jiwaku rasa sangat serabut
apa sebenarnya yg aku fikirkan..

Lantas ku capai
Kitab suci itu
Alhamdulillah,beberapa ketika
aku rasa tenang dan damai...

Namun,
diriku disapa kekusutan sekali lg
kadang-kadang debaran tu semakin kencang

Rasa cukup berat menanggung semua ini,
Namun aku tidak dapat lari
Berdepan dengan situasi begini..

Namun,
tiada lain yang ku cari
hanya berserah dan berdoa padaNya
Moga diriku diberi kekuatan
jua ketenangan jiwa...

KINI,
baru kutahu betapa mahalnya
harga sebuah ketenangan..

Ya Allah,
Kumohon ketenangan dariMu
Ketenangan IMAN
Ketenangan HATI
Ketenangan JIWA
Ketenangan BERIBADAH KEPADAMU...

Ya Allah,
kembalikan semula ketenangan yg pernah aku kecap
Suburkanlah ketenangan iman keatas hambamu ini
Semoga hambamu ini terus bertenang menghadapi ujianMu
Dan rasa tenang dan damai dalam kehidupannya...

Friday, January 29, 2010

packing me'macking'...

baru separuh nihh..

apa bendalah..

Teman setia dikala susah dan senang..

entah ape2...

hahh,ni baru baju kurung...
aduhhh...ari ni rasa penat yg amat cz bnyak barang yang perlu di kemas,dibungkus n masuk kotak.Ya Allah permudahkanlah urusanku...

Rasa mcm tak byk sangat barangku tapi ms duk ngemas2 gini rasa mcm banyak sesangat...


Maka,
Penghijrahan pun bermula
Semoga ianya,
Menjanjikan 1001 kebahagiaan buatku...

Esok,pindah...
Setelah 2 tahun 1 bulan kt Astana Mutiara Apartment..
Segala memori itu kekal dalam lipatan kenangan..
Suka duka tawa riang gundah gulana
Bersemi kukuh dalam sanubariku..


Thursday, January 28, 2010

Pertemuan,dugaan..

Alhamdulillah hari ni selesai dan terjawabla jua segala penantianku selama ini.
Setelah hampir sebulan menanti'nya' akhirnya detik dan waktu itu tiba jua..

Dup dap dup dap jantungku..
Bangun pagi2 solat subuh 6.30,
Baca buku ckit...apa2 yg patut di baca
Kul 8 solat sunat dhuha
Baca Quran...ayat kursi n surah waqiah jgn lupa
SMS mak n abah mohon restu dimudahkan segala urusan..
Doakan kejayaan anakmu..

Hati dh tak keruan
SMS gud luck dr kwn2 pmbakar smangatku
2 hari dah x lalu mkn
breakfast td ngn coffeemix x hbs pun secawan
sekeping roti gardenia pun rasa mcm susah nk telan

jantungku berdetap lg
pelbagai nada dan irama
salam kasih salam sayang
kata2 keramat teman serumah
sebelum kakiku melangkah keluar

aaaahhh makin suspen,
Dugaan sebuah pertemuan semakin hampir


Alhamdulillah...
hampir 5 jam penantianku
jam 2.15 petang terpaterilah sebuah kisah
aku di temuduga oleh seorang pegawai pelajaran dari Johor
Syukur soalannya tidakla sesusah mana..

Sesungguhnya,
Temuduga perlantikan SPP ni,
sungguh melucukan
dan menyimpan 1001 rahsia
yang cukup manis untuk diriku sebagai seorang pendidik
Ini semua telah mengajar aku,
bahawa kita sepatutnya berfikir dan terus berfikir
dalam pelbagai cabang...bukan hanya selapis jer
dan memandang sesuatu perkara itu untuk kepentingan pihak yg lebih rmai
serta jgn terus "menghalalkn" apa2 kesalahan.
Bertindaklah sebagai penegur or "murabbi"
dalam apa keadaan sekalipun...!!!

Thanks Tuan Haji,
atas ilmu yg diberikan hari ini...

TAPI,
ada satu peristiwa yg melucukan hari ni,
habis je tmdg perlantikan SPP td
lebih kurang 3.10 ptg
aku mengalami kelaparan yg teramat sgt
cz 2 hr x mkn nasi..
Rasa nk pitam dah
Nasib baik x kena solat zhor duduk...
Rasa mcm nk pengsan...

syukur,lepas solat...
kami p makan n ronda2 bndar shah alam...

(Suspen,berdebar, selesaiiii, lapar, meronda...)

Monday, January 25, 2010

Selamat Hari Jadi Abang..

Rasa macam dah terlambat nk wish Hari Jadi untuk abang kandungku Noorul Saffuan yang menjangkau umur 27 tahun pd 23 Januari lepas.
kami 2 beradik lahir selang setahun jer.diriku lahir thn 1984, abangku lahir tahun 1983.
Selamat Hari Lahir abg wan,moga terus matang dan dewasa dlm menempuhi ranjau hidup.

"Jadilah baik walau sukar untuk menjadi yang terbaik,namun kebaikan dimatamu tidak semestinya baik dimata orang lain!!!"

Wednesday, January 20, 2010

Abah rehat umah...

Pukul 10 tadi abah call,aku ngah masak.
Masuk bilik call abah balik cakap ngn Mia Leena
Tau aper mia cakap
Dia cakap Kak nangis huhu..2 kali dia cakap benda sama.
huh malu aku ngan abah..
aku nangis pun coz rindu kt si kecik tu la...
Waaaaawaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tapi,
jiwa aku agak tak tenteram ckit
abah cakap abah x sihat..

Ari tu pun sebelum aku mai KL
Abah baru je segar demam n dia nk p jumpa dr. Permata Hijrah
nak check rabun dia makin teruk...
Tup tup ,
Tadi abah kata x berapa sihat
Sakit kaki gout hari tu lum baik

Aku cepat rungsingla
Nak balik kemehe, ada program kt skul hr sabtu ni...
Tugas....Bertugas....

Apa2 pun aku doakan moga abah cepat sembuh
Kami anak2 masih ketagihan kasihmu bah
Sayang kami padamu tiada penghujungnya
Selaut kasihku jua padamu abah
Setulus doaku diakhir sujudku jua buatmu mak dan abah.
Kami Sayang Abah...

Tuesday, January 19, 2010

Sape boleh TOLONG???

Diriku masih ada masalah dalam pembinaan blog ni.
Sapa boleh tolong?
Sapa2 sudi membantu?
Sumbangan ilmu dari sapa2 amat diharapkan...
Ada satu dua benda lagi perlu ditambah kt dashboard ni.

Tolonggggggggggg Tolongggggggggg
Masih dalam proses godek2.
Apa yang patut di tambah slps ni..

Sunday, January 17, 2010

PELIK!!!

NOOR FARAWAHIDA
Pelik bin Ajaib..
Namaku NOOR FARAWAHIDA BINTI DIN

TETAPI
Aku lebih suka di sapa dengan panggilan FARA atau Cik Daa atau Da jer

TOLONGLA
Jangan panggil aku WAHIDA or IDA.
Aku sangat tidak menyukai panggilan itu,banyak yang aku temui dalam nama itu..

WAHIDA
Maknanya SATU
Tapi aku merasakan satu kekasaran andai pangkal nama tu ada huruf W
Ada la sorang dua WAHIDA yang pernah aku kenal perangainya kurang menyenangkanku(mungkin kebetulan!!)
Diriku akan berubah mood serta merta...

IDA lak..
Aku membayangkan pompuan yang gedik n ngada2(tp x semua k!!!)
Tapi aku memaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang tak suka lau orang panggil aku IDA.BENCIIIIIIIIIII

Lau kat Umah lak,
Sumer panggil aku KAK.
Padahal aku anak ke 3,biasa yang sulung dipanggil kak.

P/S: Ini cuma pandangan dan pendirianku jer,tanpa gangguan dan dorongan anasir luar!!.

Selamat Hari Lahir Abah


Selamat Hari Lahir Buat Abah tersayang yang memasuki angka 56 Tahun pada 15 Januari lepas.Rasanya belum terlampat lagi untuk aku coretkan dalam ruang usang ini bagi mengucapkan sekalung Terima Kasih yang tak terhingga kerana bersusah payah mencari rezeki bagi membesarkan kami adik beradik.Thanks a lot my dad atas segala pemberianmu kepadaku selama ini.Curahan kasih sayang ,didikan yang berguna,hamparan "kesenangan" yang insyaAllah tidak akan melekakan aku...Terima Kasih abah...Sayang abah sangat2!! Semoga abah terus tabah membesarkan kami adik beradik.Akan ku balas segala jasamu ,walau aku tahu sehingga akhir nyawa pun takkan terbalas segala jasamu padaku...Harapan moga abah terus diberi kekuatan dan keupayaan dalam beribadah dan mendekatkan diri padaNya...Moga kami dibekalkan keteguhan sebagai "QurratuAini" yang menjadi dambaan semua ibubapa...

Monday, January 11, 2010

Haru,celaru dan keliru

Posing bebas...

Terkinja2 kat Taman Mardi cameron Highland



Fuhhh indahya dikelilingi bunga..


Ronda2 tanah rata Brinchang

KELIRU

Sebenarnya aku berada dalam keadaan keliru sekarang..kerana apa??? kerana salahku jua...Aku terlampau sedih dan kesal dengan apa yang berlaku lalu aku ceritakan semuanya pada teman baikku..semuanya aku ceritakan padanya,aku memang amat percayakan temanku yang sorang ni.Memang apa2 jua yang melingkari hidupku sama ada cerita sedih atau gembira dialah orang pertama yang aku cari...

CELARU

Namun dari semalam hingga ke saat ini aku merasakan tidak patut aku ceritakan sumer kesedihan aku padanya..Sememangnya tidak patut,nanti apa pula telahannya pada aku..Namun percayalah teman aku bukannya suka2 nak ngadu cerita tapi mengenangkan perkara ini terlalu mengganggu hidupku lantas dikaulah sahabat yang kurasakan cukup sesuai untuk aku certikan sumer ini..Celaru fikiranku mengenangkan sumer ini.Temanku,aku harap kau tak salah sangka ngan aku..

HARU dan TERHARU

Terharu dengan kesetiaanmu menjadi pendengar setia...Tiada secebis niat pun membenci dia..perasaan itu tidak pernah hadir dari hati yang sebenar tapi keadaan yang mendesak dan terdesak merosakkan ukhuwah yang terjalin sejak sekelian lama ini..Temanku,aku sayang akan persahabatan tulus ini,aku rindu kemesraan kita dulu,aku damba hilai tawa yang pernah kita lalui bersama,aku kenang dan ingat segala jasamu padaku dan aku jua menyanjungi sikapmu yang suka menolong kawan2 yang dalam kesulitan..Teman baikku,sesungguhnya marilah kita sama2 bertekad menyuburkan semula tautan mahabbah kita bersama lewat usia itu,kerana kalianlah teman sedari kecil dan sahabatku dunia akhirat...

Apa yang aku BURU???

Rapatkan semula hubungan kita,moga kita sama2 mengecapi indah bersahabat sehingga akhir hayat..Semoga kita terus menjadi sahabat,rakan,teman,kawan yang selalu bersama dikala susah dan senang...

Saturday, January 09, 2010

Seminggu yang sibuk...

umur 2 tahun 26 disember 2009

Masa umur setahun..26 disember 2008.masam jer baru bangun tdoo...

Rumah member abah kt Pasir Mas

Bwk p shopping suke bebenor, jarang bwk mia cz letih nk kejar.

Minggu ni aku begitu sibuk dan teramat sibuk.Maklumla firstweek sekolah..sibuk sesangat nak makan nak solat pun terkejar..Apa2 hal pun utamakan Sang Pencipta dulu...Kerana Dialah aku mampu mengecapi semua ini pada hari ini.Alhamdulillah kesibukan begini membuatkan aku takla asyik duk pikir rindu kt mia n selalu duk pikir nk pindah sekolah...sekarang dh okey dah redha ckit kerinduan sumer tu...Seb bekla leh tengok video n picture ms befday bby mia ari tu...Huhu...x mau sedih lagi.

Wednesday, January 06, 2010

Banyak yang nak difikirkan...

Tengah Fikir ni......

Menjelangnya Tahun 2o1o banyak benar memori indah ,sedih suka duka cerita ceriti yang telah aku tinggalkan pada tahun 2009...2o1o maka bertambahlah umur aku kepada satu angka...maka bertambahlah juga isu dan perkara2 yang perlu aku fikirkan.

1.Masa depan esok lusa minggu depan bulan depan tahun depan..Pelbagai perancangan yang perlu aku fikirkan...Apa yang aku harapkan moga tahun ini menyimpan seribu satu kegembiraan ,kecemerlangan dan kebahagiaan buat aku...Minta dijauhkan sebarang musibah kecelakaan dan aper2 aje perkara yang wat aku sedih...Kuatkan hati menghadapi dugaan yang mendatang.

2.Survive hidup di bandar besau macam ni,perlu ada simpanan tetap untuk jaminan di hari susah...disiplinkan diri untuk menyimpan...

3.Aku juga perlu fikir macamana aku nak teruskan amalan sunat yang pernah aku buat zaman sekolah dlu...puasa sunat isnin khamis.Rasa2nya habis bljau kt upm hari tu jarang benar aku amalkan posa sunat.Sombong benar aku pada Allah!!!Padahal Dia dah bg aku nikmat yang banyak..Lepas ni insyaAllah aku nk amal balik...Satu agi aku kena fikir kenapa sekarang ni jarang benar aku baca Surah WAQIAH???Padahal dh 7 tahun aku amal bc setiap malam.sejak berkerja ni jarang jer aku baca.x boleh jd ni kena berubah cepat2.aku x boleh kufur nikmat...

4.Terfikir jugak aku,kenapala aku ni manja sangat????????? sikit2 waaaaaaaaaaawaaaaaaaaaa teringat kt mak abah n adik2.Itu tandanya tautan kasih sayang dan mahabbah indah terjalin kukuh antara kami...Memang tak bolehla,mudah rindu terutama kat si kecil Damya Harleena...teringat sangat!!! tu bukan anak sendiri,lau anak sendiri tak taula.Ya Allah tolonglah daku menghadapi situasi mencabar ini....huhuhu....

5.Otak ini ligat gak berfikir,fobia nak balik kampung lantaran asyik di tanya: Bila nak kahwin????Eeeiiii benci aku ngan soklan cenggitu...yang ni memang aku malas nak fikir,biaula takdir dan waktu yang menentukan.Namun jauh disudut hati ingin sekali mempunyai anak sendiri cz aku memang minat dan suka sangat ngan budak2 especially yang baby2 ummmm geramnya....cak aaa cak aaaa...

6.Fikir punya fikir yang satu ni memang kena fikir kalau tak fikir nanti terfikir-fikir.Setiap bulan inilah yang perlu aku fikir.

RM750 Ansuran kereta
RM200 Sewa Rumah
RM100 Celcom Postpaid
RM 68 Celcom Broadband
RM100 Etiqa Insurans
RM 50 Bil api n air

Banyak lagi yang perlu dicatat untuk dibelanjakan ,namun ni jer yang leh ditulis..huhu banyak gak...

Moga apa ua yang difikirkan ketemu jalan penyelesaiannya...jangan tersalah fikir dahler!!!!

SELAMAT HARI LAHIR ADIKKU


Selamat Hari Ulangtahun ke 8 buat adikku NUR ANIS SOFEA semoga menjadi anak solehah yang sentiasa membahagiakan mak dan abah.Kak harap adik belajar bersungguh2 lebih usaha untuk mendapat yang terbaik...Walaupun kak rasa agak terkilan dengan keputusan merosot adik tahun lepas namun akak sentiasa doakan agar adik lebih rajin dan mendoakan yang terbaik,lebih baik dan paling baik buat adik tersayang.Lepas ni tak nak lagi dpt no belas2,kak nak 1 hingga 5 je or no sa2 jer..

Friday, January 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2O1O

ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT...
Itulah kata2 pertama yang patut aku ucapkan di setiap kali menjengahnya tahun baru..Terima Kasih Allah Azzawajalla kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk menjadi insan yang terbaik dan terus menjadi lebih baik bagi menempuhi rona hidup yang mendatang.
SYUKUR..
Terima Kasih Tuhan atas apa jua kurniaanmu.
Kasih Sayang Mak Abah di kejauhan..
Tautan Mahabbah sesama saudaraku..
Jalinan ukhuwwah antara teman sedari kecil dan taulan se'mata pencarian'
Anugerahkan aku kerjaya impian bonda sedari dulu
Limpahan rezekimu memantap kudrat kami sekeluarga
Semua itu kurasakan cukup sempurna

Namun,
Perlu ada satu penambahbaikan di Tahun Baru 2010

AZAM TAHUN BARU

1.Menjadi hamba yang lebih bersyukur.
2.Tak nak boros2 lagi.
3.Menjadi lebih bersabar(dalam ape jua keadaan sekalipun)
4. Jangan cepat marah(nanti kena jual!!)
5.Menambahkan lagi amalan2 sunat dalam kehidupan seharian.
6.Jadi lebih cekal dan tabah(espclly time rindu kt abah n mak,kena kawal emosi jangan cepat nk nangis huhu..waaaaaaaaaaaaaaa)

Banyak sebenarnya azam tahun baru..Harap2 tercapailah yang 6 ni dlu..sama2 kte doakan ya..