Fuhhh indahya dikelilingi bunga..
Ronda2 tanah rata Brinchang
KELIRU
Sebenarnya aku berada dalam keadaan keliru sekarang..kerana apa??? kerana salahku jua...Aku terlampau sedih dan kesal dengan apa yang berlaku lalu aku ceritakan semuanya pada teman baikku..semuanya aku ceritakan padanya,aku memang amat percayakan temanku yang sorang ni.Memang apa2 jua yang melingkari hidupku sama ada cerita sedih atau gembira dialah orang pertama yang aku cari...
CELARU
Namun dari semalam hingga ke saat ini aku merasakan tidak patut aku ceritakan sumer kesedihan aku padanya..Sememangnya tidak patut,nanti apa pula telahannya pada aku..Namun percayalah teman aku bukannya suka2 nak ngadu cerita tapi mengenangkan perkara ini terlalu mengganggu hidupku lantas dikaulah sahabat yang kurasakan cukup sesuai untuk aku certikan sumer ini..Celaru fikiranku mengenangkan sumer ini.Temanku,aku harap kau tak salah sangka ngan aku..
HARU dan TERHARU
Terharu dengan kesetiaanmu menjadi pendengar setia...Tiada secebis niat pun membenci dia..perasaan itu tidak pernah hadir dari hati yang sebenar tapi keadaan yang mendesak dan terdesak merosakkan ukhuwah yang terjalin sejak sekelian lama ini..Temanku,aku sayang akan persahabatan tulus ini,aku rindu kemesraan kita dulu,aku damba hilai tawa yang pernah kita lalui bersama,aku kenang dan ingat segala jasamu padaku dan aku jua menyanjungi sikapmu yang suka menolong kawan2 yang dalam kesulitan..Teman baikku,sesungguhnya marilah kita sama2 bertekad menyuburkan semula tautan mahabbah kita bersama lewat usia itu,kerana kalianlah teman sedari kecil dan sahabatku dunia akhirat...
Apa yang aku BURU???
Rapatkan semula hubungan kita,moga kita sama2 mengecapi indah bersahabat sehingga akhir hayat..Semoga kita terus menjadi sahabat,rakan,teman,kawan yang selalu bersama dikala susah dan senang...
Macam mana nak jelaskan kesalahan yang sememangnya salah kita pada kawan sedangkan dia sudah tidak lagi menerima kita sebagai kawan ? saya perlu minta maaf pd dia.. tp, saya rasa saya sudah menjadi bahan ketawa kawan2 dia. saya malu untuk berjumpa dengannya. sampai sekarang, semua kesalahan yg saya buat pd dia masih terngiang di kepala saya. saya terasa sangat kesal..
ReplyDelete