Pages

Monday, May 23, 2011

KENAPA ALLAH MURKA??

Assalamualaikum wbt..

Mahu berkongsi naskhah terbaru bacaan saya
bertajuk
"KENAPA ALLAH MURKA??"
Hasil tulisan
Mohammad Qayyum A. Badaruddin.

Saya sangat tertarik dengan isi
daripada muka surat 3
dibawah item
'Faktor atau punca berlaku bala'

antara yang masih saya ingat dan memang sangat
dekat dengan suasana dan environment yang kita
hadapi sekarang ini..

- Ummat islam terlalu banyak bergelumang dalam KESERONOKAN
- Bangunan pencakar langit
- Menghimpun harta sebanyak yang mungkin (hingga lupa
untuk menggarap ilmu agama)
- TIPU MENIPU dalam perkara dunia
- Tersebar luas HASAD DENGKI dan HASUT MENGHASUT
- Berleluasa amalan RASUAH
- Bermegah-megah dengan keindahan masjid
- Perlaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah
- Harta Negara bertukar tangan dalam kalangan pemimpin
- Anak-anak yang menderhaka kepada ibubapa
- Apabila orang yang rendah maruahnya diangkat menjadi ketua
- Artis-artis wanita diagungkan

Itu hanya sebahagian sahaja faktor
yang menjadi pencetus kemurkaan Allah..

Sedar atau tanpa disedari semua yang disenaraikan diatas
berlegar2 dalam rutin tipikal kehidupan kita
di era kontemporari ini.

Cuba menerobos ke ruang nyata kehidupan kita
banyak benar yang menyimpang daripada
landasan syariat yang ditetapkan

Kita seakan alpa
Kadang2 terasa bagaikan tiada apa2

Tiada langsung rasa bersalah dan berdosa dalam diri
padahal sejarah telah banyak membuktikan
namun kita bagai telah dibuta tulikan
dan menerima mehnah dan fitnah dunia ini
sebagai adat dunia..

"Kubur lain-lain..."
Katanya..

Terkadang saya juga sering bermonolog sendiri

"Kalaulah kita diberitahu
peratus penerimaan amalan kita disisiNYA,
Kalaulah juga kita dikhabarkan dengan dgn sgt jelas
seksanya AZAB KUBUR dan AZAB NERAKA
dan jika di 'tampal' pemberitahuan
di sudut minda kita tentang TARIKH KEMATIAN KITA"

Subhanallah..

Tak cukup waktu rasanya...
minta ditambah lagi jadi 30 jam sehari..

Ya Allah Ya Tuhanku Pimpinlah kami menuju
jalan redhaMu..
Berilah petunjuk hidayahMu
kepada golongan yang masih dalam kesesatan..
Ampunilah segala dosa kami ya Allah..

Sunday, May 22, 2011

Kesekian Kali...

Assalamualaikum...

Kesekian kalinya,
saya sebenarnya agak segan dan malu
nak expose gambar2 kat sini..

Namun,memandangkan
betapa indahnya kenangan2 yang pernah
kami cipta bersama
jadi terasa amat rugi andai tidak
dizahirkan sekelumit rasa
yang pernah wujud diruang hati ini..

Kak Asiah , Tulip Ungu , Kak Haslina , Kak Azira dan Herma.

Kawan susah senang saya, Puan Hermawarney..

Meja Pendaftaran..

Tulip Ungu bersama Kak Wani dan Herma..

Ok..Senyum...

Yang tidak pernah orang lain tahu
saya sebenarnya sangat takut dengan kaler
kuning dan hijau
takut muka nampak gelap...huhuhu...

Subhanallah, aku bersyukur
dengan apa yang aku ada...

~KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2011~

Saturday, May 21, 2011

Sebuah Karya Pendidik Berintegriti

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
TAJUK : INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN
TARIKH : 21 MEI 2011 (SABTU)
TEMPAT : INTERNATIONAL HOTEL,KUALA LUMPUR

Alhamdulillah,selesai sudah Kursus LADAP pada hari ini
Sangat best pengisiannya,saya sangat suka
dan gembira memperolehi ilmu baru mengenai integriti
dan nilai kebertanggungjawaban dalam perkhidmatan...

Dalam dok syiokk tu
saya sempatlah juga menterjemahkan
betapa ber'integriti'nya saya
saat panel bercakap kat depan
saya duk khusyuk melukis...

Nanti saya kongsikan apa dia input berguna yg saya perolehi..

La nie saya mahu tunjuk
apa yang saya lukih dulu..


Kalau mia ada masa saya melukis
mesti banyak benda yang dia suruh sy lukis..

Kejap lagi...

Mia : Kak lukih kambiang (kambing)
kak lukih ayam..
Kakak..kakak tepi ni lukih itik ngan anak2 dia sekali..
Hah kat dalam semak ni kak lukih katak dehh..!

Kakak : ok2 kak lukih...

Mia : Kak..kak dekat pondok tu kak jangan lupa
lukih selipar...

Kakak : Ooo yeahh baby,untuk kamu semuanya
kakak sanggup..!!

Nahh..inilah hasilnya
betapa tak berjurusnya saya...

Jangan bimbang ilmu tentang itu (integriti)
masih melekat lagi..

Yang ni selingan ja,
lama benar dah tak melukis..

Sebenarnya...


Sebenarnya saya sudah tahu
Tapi sering buat2 tak tahu

Sebenarnya saya sudah tahu
Tapi selalu tak ingat

Sebenarnya saya sudah tahu
Tapi selalu alpa

Sebenarnya saya sudah tahu
Tapi kadang2 sering lalai

Sebenarnya saya sudah tahu
Tapi...tapi..tapi...

Saya sering beralas-alasan..

Apa sebenarnya yang saya tahu???

Saya tahu DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya..

Wednesday, May 18, 2011

Takdak Tajuk.!

Salam,

Entry kali ni tak dak tajuk,cuma rasa agak terdetik menulis frasa penting dalam ceramah yang baru je saya dengar sebentar tadi yang disampaikan oleh Tg Abdul Basit...

"Facebook telah menelanjangkan akhlak orang islam"

Saya bukanlah seorang yang memprotes kemajuan teknologi,juga bukanlah seorang yang begitu jumud untuk menolak mentah2 kemodenan dan anjakan transformasi.Namun,kita telah dikurniakan akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.Baik pada pada pandangan kita belum tentu baik pada perspektif agama dan budaya timur masyarakat kita..

Dua minggu lepas juga saya ada menonton dalam media arus perdana,yang mana tajuknya berbunyi...

"Laman Sosial penyumbang keruntuhan institusi rumahtangga"

Agak seriau,namun itulah realiti masa kini.Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi..Semuanya terletak pada iman seseorang.Sesuatu yang tidak perlu dikongsi,usahlah mendabik dada untuk dihebahkan kepada umum,kelak kita juga yang akan malu.Bukan mahu bersangka buruk,mengenangkan benarnya kata2 hikmah ini "orang yang banyak bercakap lebih banyak membuka aib dirinya" saya rasa lebih elok dan baiknya jika kurangkan publisiti murahan yang tak memberi apa2 faedah untuk kita.subhanallah kita tidak mahu bersikap sedemikian..

Saya antara manusia yang sangat teruja dan seronok dengan kemajuan teknologi ini,semua perkara ada baik dan buruknya.Ianya terletak pada bimbingan iman yang ada dalam diri kita.Saya akui kadang2 saya juga sering 'tergelincir' dan terlampau seronok bercerita,sehingga apa yang saya tulis menimbulkan rasa kurang senang dihati pembaca..Maaf dipinta,tiada niat menyakiti cuma mahu menzahir sedikit suara hati...

Tuesday, May 17, 2011

Mesej..

Assalamualaikum,

Tulip Ungu is watching Trilogi Maya "Nur Kasih" untuk kesekian kalinya..

Tabik Springgggg untuk Pengarah cerita ini iaitu Saudara Kabir Bhatia...

Kenapa???

1) Atas penerapan nilai agama dalam cerita ini,apa yang paling saya mahu highlightkan ialah tentang batasan dan penjagaan aurat antara ipar duai yang sering dipandang enteng.Namun garapan terbaik pengarah ini benar2 menjangkau nilai 'tabik' yg sangat sukar untuk sy berikan pd cerita2 lain..Bagus2,saat antara kita begitu tidak menjaga batas aurat antara ipar duai masih ada pengarah yang begitu "teliti" akan perihal ini..Syabas!

2) Yang terpenting adalah kuasa kasih sayang,sehingga sesama mereka tidak pernah lekang daripada mahu berkorban dan berusaha untuk kebahagiaan orang lain..Aidil,Adam,Nur dan Alyaa serta watak2 lain...

3) Saya mahu cerita baiknya saja,syok ceghita ni sebab saya ni sangat sukakan pandangan hijau2 (ehemm,ikut sunnah nabi sebenarnya).Drama "Nur Kasih" kan banyak background dan environment kampung yang ada sawah padi dan tali air,jadi saya rasa sangat tidak menyesal walaupun mengulang tayang banyak kali cerita ni...

~TU mahu mengisi hari dengan limpahan 'nur kasih' dariMU ya RABB...

Sunday, May 15, 2011

Lagu guru malaysia

Hari-hari duk nyanyi lagu ni
masa kat maktab KL dulu..2008-2009

Turut dinyanyikan ialah Lagu Tema Maktab Teknik
dan Lagu Wilayah Persekutuan K.Lumpur..

Tapi dalam banyak2,lagu Guru Malaysia lah
yang paling mengesankan jiwa dan Sanubari saya..ceawwah..!

Selamat Hari Guru

Kalau hari ini
kamu seorang Peguam

Jika hari ini
kamu seorang Doktor

Dan pada detik ini
kamu seorang Jurutera

Saat dan ketika ini
kalian bergelar Menteri

Bahkan disanjung sebagai insan berguna
dan bergelar pemangkin kemajuan negara...

Ingatlah asal didikmu
kenanglah detik tahumu..
hanyalah daripada pengenalan awal ABC,123 dan Alif Ba Ta..

yang dicurahkan oleh insan yang satu ini

CIKGU


Terima Kasih
kepada semua yang pernah bertindak sebagai
pendidik saya,
yang pernah memberi tunjuk ajar dan bimbingan terbaik
untuk saya..

Jasa dan pengorbanan kalian sangat
besar pada saya...

Guru Terbaik saya
Cikgu Rokiah Abdullah (Sejarah~my feveret subjek)
Terima Kasih atas paksaan beliau
agar kami lebih 'lekat' dengan masjid
dan sering mengambil kedatangan untuk solat Dhuha jam 11.00 pagi...

Syukur tak terhingga kerna DIA temukan
kami 'wali keramat' ini sering mendekatkan kami
dengan kitab suci al-Quran
dalam segenap bidang yang kami ceburi...

Alhamdulillah "al-Waqiah" mendekatkan kita..

Ketika ini saya menyandang profesion ini,
terasa sungguh berat tanggungjawab
yang bakal dilaksanakan
dengan dunia langit terbuka ini...

Namun,kerana mulianya kerja
pembawa amanah "ballighul auni wal ayat" ini,
saya bulatkan tekad dan kuatkan semangat
menyambung cita-cita insan tercinta saya ini...

Dari dulu saya amat maklum dan arif akan cita-cita murni my bunda
Jadi,dengan rezeki dan kelebihan yang sedikit ini
saya rasa begitu bangga bila dapat menzahirkan cinta pada bunda
melalui citanya yang satu ini...

Akhir sekali,
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..

Dengan Tema Hari Guru 2011

:: Guru Penjana Transformasi Pendididikan Negara ::

Kalau Purple...

Salam Hujung minggu,

Sempena Hari Guru
yang akan disambut pada keesokan hari
warga SKBBSB telah decide
memilih kaler merah sebagai tema hari guru

Jadi,
teman ni sangatlah renyuh kalau
warna merah
pasaii pa 2 pasang baju yang baru
dipos from Lumut
hari jumaat (13/mei/2011)
belum sampai2...

Saya ni kurang minat ngan kaler merah
jadi sangat beralasan ler
ngan this theme...

Bukannya xdak langsung baju kaler ni
tapi bila majlis camni
rasa nak berbaju baru jugakk ler

Apakan daya pagi isnin baru sampai...


Kalau tema purple kan sangat mudah
sayalah manusia yang paling akur dan taat akan perintah itu..

Haahahaha...

I LIKE UNGU FOREVER and EVER...

Maafler teman2,jika saya kelihatan
tidak sporting esok...

TU~Sangat menyesal atas kesulitan ini..

Saturday, May 14, 2011

Mata Hati

Salam,
Sedar atau tanpa disedari
kehidupan kita sebagai seorang insan
berdiri diantara dua
keadaan...

Bahagia dan Derita...

Bahagia
semua mendambakannya
mahu dan berhajat kepada
sebuah kebahagiaan yang hakiki...

Derita, sengsara dan mehnah
tetap mendatangi kita...
walau berkali2 diminta
agar terus jauh
dan jangan melewati hidup kita

Kerna tersisip
sebab dan musabab
terindah bagi hamba2nya yang mahu berfikir

Berfikir haruslah dengan mata hati
kerna
mata hati tidak pernah menipu
mata hati juga tidak pernah berdusta

Mata hati benar2 ikhlas
mahu memberi kamu petunjuk...

Sandaran mata hati adalah iman

carilah dalam sujudmu
duhai hati yang dilanda gundah..!

Monday, May 09, 2011

Coklat Cap Sedap...

Terima Kasih
Kak Maizatul Azira
untuk cicipan rasa
Coklat yang Sedap....

Yummy...yummy..
Dunia Coklat Yang mengasyikkan...

Memukau,terpukau dipukau
oleh rasa lemak manis...
dan mempersonakan itu.



Sangat Sedappp...

TenQ.. Sis!

Saturday, May 07, 2011

TITIPAN KASIH UNTUKMU BUNDA...

Assalamualaikum WBT...
dan Selamat Petang...

Sempena Hari Ibu 2011
ini
ingin sekali saya menitipkan kata2 terindah buatmu bunda

Teruja,sangat teruja
biarpun 2 3 hari lepas teman2 laman sosial sudah mula
mengwish mothers day kat fb,
tapi saya sabarkan diri untuk mula wish pada 08 Mei 2011 (esok)

Namun,tidak salah agaknya N3 ini
ditulis awal sedikit kan..

Tiada Kata seindah bahasa untuk menterjemah
rasa kasih dan sayang serta pengorbanan seorang ibu pada anak2..
Mungkin ungkapan paling tertinggi nilai kasih seorang ibu boleh dimengertikan
melalui phrase ringkas ini
"Syurga dibawah tapak kaki ibu"

Saya tidak mahu berbicara panjang
cukuplah saya katakan
Saya sangat sayang mak saya,
Puan Noreha Binti Awang...

Terima Kasih diatas segala jasa dan pengorbanannya
membenarkan saya 'menumpang' di segenap ruang perkasihan
membesarkan saya dan memberi pendidikan terbaik untuk saya..


Terima Kasih mak kerana
sudi berkorban nyawa melahirkan saya
Besar sungguh jasamu padaku...
Menjaga dan membelai saya ketika saya demam
Memberikan kata-kata semangat untuk saya
ketika saya dilanda gundah..
Peniup motivasi terbaik saya...

Terima Kasih juga kerana memahami perasaan
seorang saya...

Sungguh saya sangat menyayangi beliau
dunia akhirat...

Ya Allah Ya Tuhanku
berilah kerahmatan dan kasih sayangmu
pada kedua ibu bapaku..
Kurniakanlah ketenangan dan kedamaian
serta permudahkanlah urusan
ibadah mereka berdua...

Selamat Hari Ibu juga untuk semua
sahabat2 saya yang baru jer bergelar ibu
Samsiah,Norlida,Norida.Nadhirah,Siti Fatimah dan Che Khamisah
tak lupa juga pada Mom's to be especially
Siti Munirah,Normadiha,Kak Salmah...

Semoga mahar dan darjat tertinggi
menjadi milik anda
selaku
mama,ummi,ibu,mak atau bonda
yang sanggup berkorban apa sahaja untuk zuriat tersayang...

~Banyak perkara yang berlaku depan mata saya
membuatkan saya sangat takjub dengan kasih seorang ibu~

Anak-anak sekalian hargailah jasa dan
pengorbanan ibu anda..

Merindui mereka...

Saya Rindukan Mereka...


Merekalah yang menceriakan hidup saya
sepanjang setahun setengah di IPGM Kampus Teknik,
Kuala Lumpur...

Wednesday, May 04, 2011

Terima Kasih untuk segalanya...

Assalamualaikum WBT...

Sungguh tak terduga murah sungguh rezeki
seminggu dua ni..

Minggu lepas my anak murid
Ain Myra Safia
bagi satu balang biskut
urmmm sgt best
like my feveret kukis
Famous Amous..
Thank You anak,lain kali bagi lagi ya...hahaha

(sayang sekali tak sempat nak snap gambo)


Coklat and buah tangan Bukfair PWTC..

Terima Kasih kepada Nur Syaza Sulaiman
atas pemberian cenderahati Bukfair 2011 ni..
Alhamdulillah bagus
saya dah baca isinya...Thank You Very Much...

Syukran Jazilan...
berbanyak2 terima kasih
buat sahabat tersayang
Noordiyanah Kusnin atas pemberian ini...

I LIKE CHOCOLATE
dulu kini dan selamanya...

Chocolate homemade...urmm rajin betui
my pren membikinnya
sangat sedapppp
terbaik dari ladang...

~Seronok menerima pemberian demi pemberian,
lagi syok kalau tiba2 menerima
Sejambak bunga dan sebakul coklat Van Houten,Barryls,Toblerone...ahemmm
buka2 pintu rumah tengok ada coklat...Syiokkkkk~
Hurmmm Fantasi...

Terima Kasih Semua.
Saya hargai pemberian anda...

Tuesday, May 03, 2011

Kenapa kita perlu selektif tentang JODOH??

Assalamualaikum..WBT..

Banyak kali saya berkira-kira mahu menulis tentang ini,2 3 hari perkara ini bermain2 diminda saya.Namun saya tidak mahu kalian menganggap saya seorang yang sangat skeptikal tentang jodoh.

Saya juga tidak dapat menghalang sebarang interpretasi nakal pembaca terhadap tulisan saya ini.Dan mungkin juga anda menganggap 'perkara ini' yang sedang menghantui fikiran saya.Subhanallah telahan anda sangatlah tidak benar,kerana semua ini datang secara spontan sahaja melalui bacaan rutin saya setiap hari.

Saya merupakan penggemar nukilan,coretan dan bahan ilmiah yang berunsurkan ketuhanan,kerohanian,kasih sayang dan isu2 terkini..(Jangan tanya saya apa2,kadang2 saya sering lupa apa yang saya baca..ohhh lemahnya saya!),namun 'kealpaan' itulah yang sering terzahir pada ruang kesayangan saya ini..Mungkin inilah kelebihan disebalik 'kealpaan' itu.

Hahaha...saya tak mahu ulas panjanglah title kat atas..lain kali bila dikurniakan kudrat yang sangat aneh,insyaAllah saya panjang lebarkan isu ini..ceawwahh..

Naskhah terbaru saya bertajuk "Online dengan Tuhan" bukan tulisan saya,tapi yang telah berjaya mencuri perhatian saya semasa ke MPH Selayang bulan lepas, benar2 telah banyak menyedarkan saya tentang nikmat dan pemberian yang sangat banyak.

~Sangat kachewa kerana tidak menyempatkan diri ke Bukfair PWTC..hukhukk..

Antara isi yg sgt saya ingat..

Kalaulah Allah keluarkan BIL,tak termampu rasanya nak membayar..OKSIGEN,MATA,TELINGA dan KAKI serta segala macam lagi anugerah yang kita tak minta pun DIA bagi..Subhanallah pemurahnya DIA kan..

Satu perenggan yang benar2 menginsafkan saya ialah " Remuk hati saya terasa bagai ditumbuk setelah kesusahan demi kesusahan saya alami sehingga saya rasa sangat berputus asa..Namun saya tidak sedar rupanya keperitan yang saya alami tidaklah seteruk yang dialami oleh sahabat saya yang kehilangan semua ahli keluarga dalam sebuah kemalangan,kenalan saya yang kehilangan mak ayah adik abang dan kakak ketika Tsunami melanda Acheh beberapa tahun yang lalu.."

~ Maknanya nak cerita kat sini bila kita susah ada lagi orang yang lebih susah.

Tak tahulah saya, samaada ada getar rasa tak saat anda membacanya,mungkin saya yang terlebih emosi..Terima kasih Tuhan atas sensitiviti ini..

Saya syorkan anda semua dapatkanlah naskhah2 kerohanian macam ni sebab banyak manfaat dan faedah yang akan kita perolehi yang sangat menyedarkan kita.Bukannya apa kan dalam dok ralit dan khusyuk mengejar dunia ni apa salahnya isikan sekali 'kemahuan rohani' yang satu tu..Ya lah kan tak kemana kita ni,semuanya kembali kepadaNya..lambat cepat ja...(Hahaha..macam mak nenek pulak i ni..)

Okey..setakat ni saja dulu..

Sunday, May 01, 2011

Selamat Hari Pekerja..

Salam,
selamat berhujung minggu..

Selamat Hari Pekerja
diucapkan kepada semua pekerja tak kiralah
pekerja kerajaan,swasta dan berkerja sendiri...

Andalah penggerak transformasi negara
pencetus ledakan kemodenan tanah air tercinta

Jadi
seharusnya
AMANAH,TANGGUNGJAWAB DAN INTEGRITI
berada pada pundak teratas perjuangan anda...

IKHLAS dalam bekerja
anggapnya sebagai suatu IBADAH

INGAT..!!
" DIA tidak pernah tidur"
Kelak kamu akan dipertanggungjawab atas apa jua yang kamu lakukan..

Hasil haram yang anda perolehi
akan menggelapkan hati anda,isteri dan anak2 anda

Bertitik tolak dari itu ianya akan berdarah daging
dan menyebabkan doa tidak diterima
dan anak2 sukar mendengar kata
ayah ibu...
Nauzubillah...

Ingatan untuk saya
dan untuk anda juga...

Mari kita sama2 ikhlaskan hati
KERJA KERANA ALLAH
dan untuk KELESTARIAN HIDUP..
kelak KEBERKATAN juga kita perolehi..