Pages

Sunday, May 01, 2011

Selamat Hari Pekerja..

Salam,
selamat berhujung minggu..

Selamat Hari Pekerja
diucapkan kepada semua pekerja tak kiralah
pekerja kerajaan,swasta dan berkerja sendiri...

Andalah penggerak transformasi negara
pencetus ledakan kemodenan tanah air tercinta

Jadi
seharusnya
AMANAH,TANGGUNGJAWAB DAN INTEGRITI
berada pada pundak teratas perjuangan anda...

IKHLAS dalam bekerja
anggapnya sebagai suatu IBADAH

INGAT..!!
" DIA tidak pernah tidur"
Kelak kamu akan dipertanggungjawab atas apa jua yang kamu lakukan..

Hasil haram yang anda perolehi
akan menggelapkan hati anda,isteri dan anak2 anda

Bertitik tolak dari itu ianya akan berdarah daging
dan menyebabkan doa tidak diterima
dan anak2 sukar mendengar kata
ayah ibu...
Nauzubillah...

Ingatan untuk saya
dan untuk anda juga...

Mari kita sama2 ikhlaskan hati
KERJA KERANA ALLAH
dan untuk KELESTARIAN HIDUP..
kelak KEBERKATAN juga kita perolehi..

2 comments:

  1. Slamat hari pekerja.... smoga kita mendapat rezki yang halal utk diri dan keluarga...amin

    ReplyDelete
  2. Begitulah hendaknya,moga keberkatan Allah mengiringi setiap kerja yang kita lakukan..

    ReplyDelete