Pages

Saturday, May 07, 2011

TITIPAN KASIH UNTUKMU BUNDA...

Assalamualaikum WBT...
dan Selamat Petang...

Sempena Hari Ibu 2011
ini
ingin sekali saya menitipkan kata2 terindah buatmu bunda

Teruja,sangat teruja
biarpun 2 3 hari lepas teman2 laman sosial sudah mula
mengwish mothers day kat fb,
tapi saya sabarkan diri untuk mula wish pada 08 Mei 2011 (esok)

Namun,tidak salah agaknya N3 ini
ditulis awal sedikit kan..

Tiada Kata seindah bahasa untuk menterjemah
rasa kasih dan sayang serta pengorbanan seorang ibu pada anak2..
Mungkin ungkapan paling tertinggi nilai kasih seorang ibu boleh dimengertikan
melalui phrase ringkas ini
"Syurga dibawah tapak kaki ibu"

Saya tidak mahu berbicara panjang
cukuplah saya katakan
Saya sangat sayang mak saya,
Puan Noreha Binti Awang...

Terima Kasih diatas segala jasa dan pengorbanannya
membenarkan saya 'menumpang' di segenap ruang perkasihan
membesarkan saya dan memberi pendidikan terbaik untuk saya..


Terima Kasih mak kerana
sudi berkorban nyawa melahirkan saya
Besar sungguh jasamu padaku...
Menjaga dan membelai saya ketika saya demam
Memberikan kata-kata semangat untuk saya
ketika saya dilanda gundah..
Peniup motivasi terbaik saya...

Terima Kasih juga kerana memahami perasaan
seorang saya...

Sungguh saya sangat menyayangi beliau
dunia akhirat...

Ya Allah Ya Tuhanku
berilah kerahmatan dan kasih sayangmu
pada kedua ibu bapaku..
Kurniakanlah ketenangan dan kedamaian
serta permudahkanlah urusan
ibadah mereka berdua...

Selamat Hari Ibu juga untuk semua
sahabat2 saya yang baru jer bergelar ibu
Samsiah,Norlida,Norida.Nadhirah,Siti Fatimah dan Che Khamisah
tak lupa juga pada Mom's to be especially
Siti Munirah,Normadiha,Kak Salmah...

Semoga mahar dan darjat tertinggi
menjadi milik anda
selaku
mama,ummi,ibu,mak atau bonda
yang sanggup berkorban apa sahaja untuk zuriat tersayang...

~Banyak perkara yang berlaku depan mata saya
membuatkan saya sangat takjub dengan kasih seorang ibu~

Anak-anak sekalian hargailah jasa dan
pengorbanan ibu anda..

No comments:

Post a Comment