Pages

Wednesday, May 18, 2011

Takdak Tajuk.!

Salam,

Entry kali ni tak dak tajuk,cuma rasa agak terdetik menulis frasa penting dalam ceramah yang baru je saya dengar sebentar tadi yang disampaikan oleh Tg Abdul Basit...

"Facebook telah menelanjangkan akhlak orang islam"

Saya bukanlah seorang yang memprotes kemajuan teknologi,juga bukanlah seorang yang begitu jumud untuk menolak mentah2 kemodenan dan anjakan transformasi.Namun,kita telah dikurniakan akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.Baik pada pada pandangan kita belum tentu baik pada perspektif agama dan budaya timur masyarakat kita..

Dua minggu lepas juga saya ada menonton dalam media arus perdana,yang mana tajuknya berbunyi...

"Laman Sosial penyumbang keruntuhan institusi rumahtangga"

Agak seriau,namun itulah realiti masa kini.Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi..Semuanya terletak pada iman seseorang.Sesuatu yang tidak perlu dikongsi,usahlah mendabik dada untuk dihebahkan kepada umum,kelak kita juga yang akan malu.Bukan mahu bersangka buruk,mengenangkan benarnya kata2 hikmah ini "orang yang banyak bercakap lebih banyak membuka aib dirinya" saya rasa lebih elok dan baiknya jika kurangkan publisiti murahan yang tak memberi apa2 faedah untuk kita.subhanallah kita tidak mahu bersikap sedemikian..

Saya antara manusia yang sangat teruja dan seronok dengan kemajuan teknologi ini,semua perkara ada baik dan buruknya.Ianya terletak pada bimbingan iman yang ada dalam diri kita.Saya akui kadang2 saya juga sering 'tergelincir' dan terlampau seronok bercerita,sehingga apa yang saya tulis menimbulkan rasa kurang senang dihati pembaca..Maaf dipinta,tiada niat menyakiti cuma mahu menzahir sedikit suara hati...

No comments:

Post a Comment