Assalamualaikum..WBT..
Banyak kali saya berkira-kira mahu menulis tentang ini,2 3 hari perkara ini bermain2 diminda saya.Namun saya tidak mahu kalian menganggap saya seorang yang sangat skeptikal tentang jodoh.
Saya juga tidak dapat menghalang sebarang interpretasi nakal pembaca terhadap tulisan saya ini.Dan mungkin juga anda menganggap 'perkara ini' yang sedang menghantui fikiran saya.Subhanallah telahan anda sangatlah tidak benar,kerana semua ini datang secara spontan sahaja melalui bacaan rutin saya setiap hari.
Saya merupakan penggemar nukilan,coretan dan bahan ilmiah yang berunsurkan ketuhanan,kerohanian,kasih sayang dan isu2 terkini..(Jangan tanya saya apa2,kadang2 saya sering lupa apa yang saya baca..ohhh lemahnya saya!),namun 'kealpaan' itulah yang sering terzahir pada ruang kesayangan saya ini..Mungkin inilah kelebihan disebalik 'kealpaan' itu.
Hahaha...saya tak mahu ulas panjanglah title kat atas..lain kali bila dikurniakan kudrat yang sangat aneh,insyaAllah saya panjang lebarkan isu ini..ceawwahh..
Naskhah terbaru saya bertajuk "Online dengan Tuhan" bukan tulisan saya,tapi yang telah berjaya mencuri perhatian saya semasa ke MPH Selayang bulan lepas, benar2 telah banyak menyedarkan saya tentang nikmat dan pemberian yang sangat banyak.
~Sangat kachewa kerana tidak menyempatkan diri ke Bukfair PWTC..hukhukk..
Antara isi yg sgt saya ingat..
Kalaulah Allah keluarkan BIL,tak termampu rasanya nak membayar..OKSIGEN,MATA,TELINGA dan KAKI serta segala macam lagi anugerah yang kita tak minta pun DIA bagi..Subhanallah pemurahnya DIA kan..
Satu perenggan yang benar2 menginsafkan saya ialah " Remuk hati saya terasa bagai ditumbuk setelah kesusahan demi kesusahan saya alami sehingga saya rasa sangat berputus asa..Namun saya tidak sedar rupanya keperitan yang saya alami tidaklah seteruk yang dialami oleh sahabat saya yang kehilangan semua ahli keluarga dalam sebuah kemalangan,kenalan saya yang kehilangan mak ayah adik abang dan kakak ketika Tsunami melanda Acheh beberapa tahun yang lalu.."
~ Maknanya nak cerita kat sini bila kita susah ada lagi orang yang lebih susah.
Tak tahulah saya, samaada ada getar rasa tak saat anda membacanya,mungkin saya yang terlebih emosi..Terima kasih Tuhan atas sensitiviti ini..
Saya syorkan anda semua dapatkanlah naskhah2 kerohanian macam ni sebab banyak manfaat dan faedah yang akan kita perolehi yang sangat menyedarkan kita.Bukannya apa kan dalam dok ralit dan khusyuk mengejar dunia ni apa salahnya isikan sekali 'kemahuan rohani' yang satu tu..Ya lah kan tak kemana kita ni,semuanya kembali kepadaNya..lambat cepat ja...(Hahaha..macam mak nenek pulak i ni..)
Okey..setakat ni saja dulu..
No comments:
Post a Comment