Assalamualaikum wbt..
Mahu berkongsi naskhah terbaru bacaan saya
bertajuk
"KENAPA ALLAH MURKA??"
Hasil tulisan
Mohammad Qayyum A. Badaruddin.
Saya sangat tertarik dengan isi
daripada muka surat 3
dibawah item
'Faktor atau punca berlaku bala'
antara yang masih saya ingat dan memang sangat
dekat dengan suasana dan environment yang kita
hadapi sekarang ini..
- Ummat islam terlalu banyak bergelumang dalam KESERONOKAN
- Bangunan pencakar langit
- Menghimpun harta sebanyak yang mungkin (hingga lupa
untuk menggarap ilmu agama)
- TIPU MENIPU dalam perkara dunia
- Tersebar luas HASAD DENGKI dan HASUT MENGHASUT
- Berleluasa amalan RASUAH
- Bermegah-megah dengan keindahan masjid
- Perlaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah
- Harta Negara bertukar tangan dalam kalangan pemimpin
- Anak-anak yang menderhaka kepada ibubapa
- Apabila orang yang rendah maruahnya diangkat menjadi ketua
- Artis-artis wanita diagungkan
Itu hanya sebahagian sahaja faktor
yang menjadi pencetus kemurkaan Allah..
Sedar atau tanpa disedari semua yang disenaraikan diatas
berlegar2 dalam rutin tipikal kehidupan kita
di era kontemporari ini.
Cuba menerobos ke ruang nyata kehidupan kita
banyak benar yang menyimpang daripada
landasan syariat yang ditetapkan
Kita seakan alpa
Kadang2 terasa bagaikan tiada apa2
Tiada langsung rasa bersalah dan berdosa dalam diri
padahal sejarah telah banyak membuktikan
namun kita bagai telah dibuta tulikan
dan menerima mehnah dan fitnah dunia ini
sebagai adat dunia..
"Kubur lain-lain..."
Katanya..
Terkadang saya juga sering bermonolog sendiri
"Kalaulah kita diberitahu
peratus penerimaan amalan kita disisiNYA,
Kalaulah juga kita dikhabarkan dengan dgn sgt jelas
seksanya AZAB KUBUR dan AZAB NERAKA
dan jika di 'tampal' pemberitahuan
di sudut minda kita tentang TARIKH KEMATIAN KITA"
Subhanallah..
Tak cukup waktu rasanya...
minta ditambah lagi jadi 30 jam sehari..
Ya Allah Ya Tuhanku Pimpinlah kami menuju
jalan redhaMu..
Berilah petunjuk hidayahMu
kepada golongan yang masih dalam kesesatan..
Ampunilah segala dosa kami ya Allah..
No comments:
Post a Comment