Tengah Fikir ni......
Menjelangnya Tahun 2o1o banyak benar memori indah ,sedih suka duka cerita ceriti yang telah aku tinggalkan pada tahun 2009...2o1o maka bertambahlah umur aku kepada satu angka...maka bertambahlah juga isu dan perkara2 yang perlu aku fikirkan.
1.Masa depan esok lusa minggu depan bulan depan tahun depan..Pelbagai perancangan yang perlu aku fikirkan...Apa yang aku harapkan moga tahun ini menyimpan seribu satu kegembiraan ,kecemerlangan dan kebahagiaan buat aku...Minta dijauhkan sebarang musibah kecelakaan dan aper2 aje perkara yang wat aku sedih...Kuatkan hati menghadapi dugaan yang mendatang.
2.Survive hidup di bandar besau macam ni,perlu ada simpanan tetap untuk jaminan di hari susah...disiplinkan diri untuk menyimpan...
3.Aku juga perlu fikir macamana aku nak teruskan amalan sunat yang pernah aku buat zaman sekolah dlu...puasa sunat isnin khamis.Rasa2nya habis bljau kt upm hari tu jarang benar aku amalkan posa sunat.Sombong benar aku pada Allah!!!Padahal Dia dah bg aku nikmat yang banyak..Lepas ni insyaAllah aku nk amal balik...Satu agi aku kena fikir kenapa sekarang ni jarang benar aku baca Surah WAQIAH???Padahal dh 7 tahun aku amal bc setiap malam.sejak berkerja ni jarang jer aku baca.x boleh jd ni kena berubah cepat2.aku x boleh kufur nikmat...
4.Terfikir jugak aku,kenapala aku ni manja sangat????????? sikit2 waaaaaaaaaaawaaaaaaaaaa teringat kt mak abah n adik2.Itu tandanya tautan kasih sayang dan mahabbah indah terjalin kukuh antara kami...Memang tak bolehla,mudah rindu terutama kat si kecil Damya Harleena...teringat sangat!!! tu bukan anak sendiri,lau anak sendiri tak taula.Ya Allah tolonglah daku menghadapi situasi mencabar ini....huhuhu....
5.Otak ini ligat gak berfikir,fobia nak balik kampung lantaran asyik di tanya: Bila nak kahwin????Eeeiiii benci aku ngan soklan cenggitu...yang ni memang aku malas nak fikir,biaula takdir dan waktu yang menentukan.Namun jauh disudut hati ingin sekali mempunyai anak sendiri cz aku memang minat dan suka sangat ngan budak2 especially yang baby2 ummmm geramnya....cak aaa cak aaaa...
6.Fikir punya fikir yang satu ni memang kena fikir kalau tak fikir nanti terfikir-fikir.Setiap bulan inilah yang perlu aku fikir.
RM750 Ansuran kereta
RM200 Sewa Rumah
RM100 Celcom Postpaid
RM 68 Celcom Broadband
RM100 Etiqa Insurans
RM 50 Bil api n air
Banyak lagi yang perlu dicatat untuk dibelanjakan ,namun ni jer yang leh ditulis..huhu banyak gak...
Moga apa ua yang difikirkan ketemu jalan penyelesaiannya...jangan tersalah fikir dahler!!!!
No comments:
Post a Comment