Itulah kata2 pertama yang patut aku ucapkan di setiap kali menjengahnya tahun baru..Terima Kasih Allah Azzawajalla kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk menjadi insan yang terbaik dan terus menjadi lebih baik bagi menempuhi rona hidup yang mendatang.
Terima Kasih Tuhan atas apa jua kurniaanmu.
Kasih Sayang Mak Abah di kejauhan..
Tautan Mahabbah sesama saudaraku..
Jalinan ukhuwwah antara teman sedari kecil dan taulan se'mata pencarian'
Anugerahkan aku kerjaya impian bonda sedari dulu
Limpahan rezekimu memantap kudrat kami sekeluarga
Semua itu kurasakan cukup sempurna
Namun,
Perlu ada satu penambahbaikan di Tahun Baru 2010
AZAM TAHUN BARU
1.Menjadi hamba yang lebih bersyukur.
2.Tak nak boros2 lagi.
3.Menjadi lebih bersabar(dalam ape jua keadaan sekalipun)
4. Jangan cepat marah(nanti kena jual!!)
5.Menambahkan lagi amalan2 sunat dalam kehidupan seharian.
6.Jadi lebih cekal dan tabah(espclly time rindu kt abah n mak,kena kawal emosi jangan cepat nk nangis huhu..waaaaaaaaaaaaaaa)
Banyak sebenarnya azam tahun baru..Harap2 tercapailah yang 6 ni dlu..sama2 kte doakan ya..
No comments:
Post a Comment