Pages

Sunday, April 03, 2011

Sehabis Boleh..

Assalamualaikum WBT..

Sering saya perlu spend sebahagian masa saya untuk melontar sebahagian hujjah,cetusan rasa dan pendapat pada ruangan ini.Kekangan masa dan tugasan yang perlu dihantar on the dot membuatkan saya tidak berkesempatan 'mengintai' dan mengupdate something kat sini..(tak da orang paksa pun kann..!) Hakikatnya banyak sangat benda yang mahu dikongsi..

Untuk waktu ini ingin saya jelaskan disini bahawa saya tidak sekali-kali akan memaparkan hasil kerja orang lain tanpa menulis dari sumber mana saya perolehi atau kredit from someone2..Sehabis boleh saya mahu menonjolkan nama sumber tersebut,kerana hakikat yang paling jelas walaupun kita tidak kesempatan meminta izin bertulis untuk share, sekurang-kurangnya kita tidak mengeksploitasi hasil kerja orang lain sewenang-wenangnya.

Selain itu ianya juga menggambarkan ketulusan dan kejujuran kita bahawa apa yang kita copy paste itu bukan hak cipta kita dan sebagai penghargaan kepada hasil tulisan tersebut apa salahnya kita paparkan nama dan dari sumber mana kita perolehi agar cara kerja kita kelihatan lebih beretika.

Untuk rekod,sehabis boleh saya mahu tegaskan pada diri saya sendiri apa sahaja hasil ciptaan,pandangan dan sumbangan dari orang lain akan dicatatkan namanya disini.

Sekian,Khidmat Masyarakat ini dibawakan Oleh Tulip Ungu @ Hunaa.

No comments:

Post a Comment