Pages

Thursday, April 28, 2011

Persis...

Kerumitan yang dialami
Persis
kita berjaya mengangkat sebuah batu besar
yang menghalang laluan kita selama ini..

Sukar sebenarnya,
dengan kudrat yang tak seberapa ini..

Namun,
dengan tekad yang jitu
dan berbekalkan semangat yang masih bersisa
saya gagahkan jua diri
untuk mengangkat batu besar itu..

Kini,
Saya boleh meneruskan perjalanan saya
dan
tiada lagi halangan dihadapan..

Kalau adapun
saya harap dengan halangan batu besar yang pertama
menjadi pengajaran dan pengalaman berguna
menempuhi onak ranjau pada perjalanan dihadapan sana..

Syukur,syukur dan syukur
tanpa kekuatan ini
saya tidak tahu bagaimana mungkin saya akan
sampai ke destinasi yang bakal dituju...

Disebalik batu besar itu
saya jumpai sebutir permata yang amat berharga
saya sukakan permata itu
namun ianya bukan milik saya
saya rasa mahu meletak semula permata itu...

TAPI
saya rasa saya sudah mula suka pada permata itu
saya mahu gilap permata itu agar ianya lebih bersinar
indah, terjaga rapi dan bercahaya..

Mujurlah
saya cepat2 tersedar
jika barang itu bukan hak milik saya
tidak sekali2 saya tegar mengambilnya..

Pada perkiraan saya,
Itulah jalan terbaik yang harus saya lakukan..

~ Lama sudah tidak mensasterakan diri~TU

No comments:

Post a Comment