Pages

Friday, April 22, 2011

"Mak ,adik nak tolong boleh??"

My love saya ni kan,
seringkali ada saja perkara dan celoteh manja beliau
yang membuatkan saya
bahagia dan seronok
dan rasa tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya..

alkisahnya...

Pada suatu tengahari yang tenang,
Sedang my bunda sibuk memasak didapur basah
rumah kami
tiba-tiba datang seorang budak kecil yang
sangat petah berkata-kata

"Mak,adik nak tolong boleh??"

(Saya yang dikejauhan mendengar dialog seumpama itu
rasa tak sabar nak cium orang kecik
yang menuturkan kata2 sedemikian...)

Dek kerana kesibukan my
bunda menyiapkan
makanan
maka my bunda tidak mengendahkan permintaan si kecil tadi...

Lalu setelah selesai
proses kung kang kung kang didapur
my bunda pun melangkah naik ke dapur kering kami..

Alangkah terkejutnya my bunda
apabila melihat baju yang telah dikeringkan dan tunggu untuk
disidai je, telah dibasuh semula oleh 'bibik kecil' kami...

Sungguh terharu bercampur nak tergelaks
mengingatkan bantuan ikhlas 'sang bibik' yang begitu tulus
mahu meringankan beban si bunda...

"Nur Damya Harleena,kenapa cepat sangat membesar??
kakak belum puas bermain dengan kamu"

No comments:

Post a Comment