Assalamualaikum..WBT..
Beberapa hari lepas saya ada menulis status mengenai perasaan dan keterujaan saya untuk makan makanan yang berasaskan jagung.Selain daripada air jagung,bubur kacang hijau campur jagung buatan mak yg paling best di alam maya, saya juga sangat mahu makan dadih jagung..
Hari ni puaihh saya keliling dalam Giant Selayang cari Serbuk Dadih perisa Jagung,namun saya sangat kecewa kerana yang ada hanyalah perisa coklat,cappucino,bandung,buah-buahan dan vanilla..Sesungguhnya perisa itu tidak saya mahukan saat ini,walaupun hakikatnya saya adalah peminat tegar Coklat..huhu..sungguh frust..!
Okey,tentang jagung ini juga wujud satu cerita kasih sayang sesama insan..
Beberapa hari lepas saya ada menulis status tentang jagung,
Esoknya sangat meriah kat kantin sekolah apabila sebahagian guru pakat dok order air jagung..
Tengah dok kalut,haishh ramainya order air jagung..
Rupa2nya ini semua gara2 status saya menyebabkan rakan-rakan saya turut terliur dan meraikan halwa rasa untuk sama2 mengecapi indahnya meneguk air jagung + ais yang dibuat kaw..kaww..untuk kita aje..
Apa yang membuatkan saya lebih terharu mereka sudi pula buat jamuan minum2 air jagung pada hari ini..
Beberapa hari sebelum,
"Ok Farah,apa kata kita pilih satu hari untuk kita minum air jagung yang kaw..kaw buatan kita sendiri yang siap ada jagung berkrim dalam tin ??" Kata Kak Yusliza pada saya..
"Nanti akak beli jagung dalam tin" Kak yus menambah.
"Saya Ok ja kak,nanti saya beli perisa jagung"
"Akak plak bawak susu.." Kata kak Maizatul Azira..
"Ok set hari jumaat ni" Kami semua decide hari untuk jamuan yang ala kasih sayang gitu...
Adusshh..rupanya kuatnya penangan jagung dalam erti kasih sayang sesama kami,terima kasih diatas kesportingan hampa semua kakak2ku...lain kali saya buat status Nasi Kerabu plak lepas ni kita set hari plak bila nak buat Pot Luck kat Sekolah..
No comments:
Post a Comment