Lama benar rasanya saya tak memperhambakan diri depan TV.Entahlah kenapa,nak kata rancangan kat tv tak best tak jugakk.Aura rasa nak menengok tu agak menurun sikit meternya.Tapi bila time berita tu saya sehabis boleh tidak mahu ketinggalan dengan isu-isu semasa nasional dan global.Ini bermakna saya tengok tv masa berita sahaja..!
Namun kelapangan waktu hari ini,membuatkan saya benar-benar mahu meluangkan masa yang ada untuk memahami jalan cerita "Doa Ramadhan".Sebenarnya saya lebih suka menonton sesebuah cerita secara seorang diri kerana saya rasa pada ketika itu saya mampu meletakkan diri saya pada keadaan itu.( padahaii malu tengok ramai2,takut orang nampak kita nangis..huhuhu)
Hakikatnya sesebuah cerita atau drama yang diterbitkan memang sarat dengan mesej dan ilmu yang ingin disampaikan.Namun apabila cerita itu ditonton dengan suasana yang hingar bingar dan penonton yang tak reti nak berenti bercakap,jadi pembawaan mesej yang ingin disampaikan itu jadi kurang jelas malah tidak sampai langsung kepada penonton.(Salah siapaa??..habaq maii..)
"Doa Ramadhan" benar-benar berjaya membuatkan mutiara jernih itu mengalir dan membuatkan saya sebak.Sebuah trilogi maya yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya melalui hidup tanpa kehadiran seorang ayah.Isteri yang digantung tak bertali ini terus setia berkorban jiwa dan raga demi penghidupan dua anak yang gersang kasih seorang ayah.
Si ayah yang mempunyai seorang lagi isteri di Kuala Lumpur begitu bergelut dengan dilema antara tanggungjawab kepada anak dan isteri di kampung dan dalam masa yang sama mahu menjaga hati si isteri muda yang lebih urban dan moden ini.
Okey,sebenarnya bukan itu yang saya mahu highlight kan tentang "Doa Ramadhan".Yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan ialah mengenai scene ini.
Anak kedua kepada pasangan tadi tidak pernah merasa sedikit pun kasih sayang dari ayahnya.Jadi setelah dia mula bersekolah,dia sering menjadi ejekan kawan-kawannya yang mengatakan "Aiman takde ayah..Aiman takde ayah.." Jadi si bongsu ini merasa amat sedih dan sering membawa diri menangis dibawah gertak @ titi@ jambatan..Menangis tersedu sedan mengenang nasib diri yang "tidak berbapa" ini...
Esoknya ramadhan menjelma,petang sebelum 1 Ramadhan..si adik bertanya kakak..
Adik : Kakak pernah bagitahu adik gaji ayah kat Kuala Lumpur RM6000 sebulan,jadi sehari gaji ayah berapa ya kak???
Kakak : Ohh kalau sebulan RM6000 kita bahagilah 30 hari,jadi gaji ayah RM200 sehari..
Adik : RM200..banyak tue..
Sepanjang ramadhan si adik bersusah payah mengumpul duit,menolong menjual kuih dan menyusun selipar di masjid.Ini semua demi mencukupkan wang tabungan yang diinginkan iaitu sebanyak RM200 sebelum syawal menjelma.
Si adik juga sering diceritakan oleh maknya, bahawa mintalah apa sahaja dengan Allah pada bulan Ramadhan nescaya DIA akan perkenankan.Tanpa berlengah kerap kali jugaklah permohonan ini adik panjatkan "Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMU kau perkenankanlah doaku untuk berjumpa ayahku..sekali saja pun tak apelah..Ya Allah makbulkanlah doaku.."
Yang lebih mengesankan bila permintaan si adik yang mahu sangat ke Kuala Lumpur untuk bertemu ayahnya.Tatkala berjumpa berderailah air mata menyaksikan dakapan kasih penuh kasih sayang dan segunung rindu si anak yang benar2 mendambakan kasih ayah...
Adik : Ayah, ni Aiman ada bawak duit RM200 nak pinjam ayah untuk sama-sama beraya dengan kami pada kali ini.Gaji ayah sehari kan RM200?? jadi Aiman rasa duit ini dah cukup untuk membolehkan ayah bersama kami sehari..Sehari pun takpe,bolehkan ayah..
Ayah : (Terkedu menatap not-not RM1 yang tebal itu...)
Demikianlah sucinya hati seorang anak kecil itu kerana sudah puas meratap menangis menunggu kepulangan si ayah 10 tahun lamanya.Inisiatif sendiri yang diambil benar-benar mengusik hati saya dengan nilaian usaha yang ditunjukkan.
Umm,damaikah hati seorang bapa melepaskan tanggungjawab membesarkan anak-anak begitu sahaja ?? Ingat, Kekayaan tidak pernah sekali-kali dapat membeli kebahagiaan,namun makanan emosi pertama yang harus disuap ialah kasih sayang.Rencatlah kehidupan tanpa kasih dan sayang,bergelodaklah perasaan tanpa perhatian dan meranalah jiwa jika tiada kemaafan.Jangan cuba menyingkirkan fitrah dalam diri kita kerana fitrah kasih itu telah lama wujud sebelum adanya kita.
Sekadar beremosikah saya?? umm tidak sama sekali..Saya tidak mahu sebahagian masa saya dihabiskan dengan menonton cerita tadi begitu sahaja,saya mahu menggeledah konflik disebalik rapuhnya institusi kekeluargaan hari ini berpunca daripada mana,adakah berpunca daripada perempuan atau jugak bermula daripada lelaki itu sendiri.
No comments:
Post a Comment