Bagaimana mahu memulakan cerita ya?? Tapi,jujur saya katakan untuk menjadi seorang pencerita yang baik orang yang mahu bercerita itu perlu ada ditempat kejadian dan orang yang mahu bercerita itu juga harus mengetahui fakta dan kenyataan mengenai sesuatu perkara menerusi pembacaan..!
Namun,itu sahaja saya rasa belum mencukupi..! Keyakinan untuk mengenengahkan sesuatu isu itu juga lebih penting.Walaupun cerita itu hentah macam ape hentahh,tapi keyakinan perlu ada.
Jauh saja saya melangkah ada sahaja perkara-perkara atau kejadian yang berlaku didepan mata saya.Saya sebenarnya bukan jenis suka jaga tepi kain orang tapi semacam anugerahNYA saja perkara itu berlaku didepan mata saya..Seolah-olah DIA mahu memberi gambaran yang jelas kebenaran beberapa artikel yang pernah saya baca.Owwhh realiti,kadang-kadang sukar dimengerti..
Sebelah kiri saya Orang Itu sedang duduk tunduk di bawah terik mentari hanya sedikit sahaja dilindungi oleh Billboard yang gah dengan iklan komersial.Menadah tangan memohon simpati,andai dapat sedikit rezeki dapatlah diisi kekosongan perut.Jika tidak, maka redha sahajalah jalannya..
Manakala disebelah kanan saya pula,diadakan sebuah majlis hari raya gilang gemilang dengan makanan yang pelbagai.Dihadiri oleh Orang-Orang itu yang begitu megah dengan pakaian dan penampilan yang penuh glamor.Gemerlapan dan menawan sekali dan diserikan lagi dengan nyayian.Owwhh cukup terhibur sekali Orang-Orang Itu.Beruntung mereka.. bisik Itu Orang..!
Sayang sekali,kedaifan dan kelemahan Orang Itu tidak pernah di sedari oleh Orang-Orang Itu.Entahlah tidak disedari ataupun buat-buat tak sedar.Tempat yang sama tapi keadaan yang berbeza,nasib juga berbeza..Ohh sungguh kita memang benar-benar berbeza..! Suasana kiri dan kanan telah menzahirkan kehidupan antara dua darjat dan ketika itu juga Itu Orang mula mengingati bait kata-kata sebuah artikel yang pernah Itu Orang baca..Yupps benar sekali tidak perlu disangkal lagi..!
Sambil Itu Orang meneruskan perjalanan yang masih bersisa,Itu Orang masih ralit memandang Orang Itu walau hanya dari jendela simpati.Itu Orang juga turut tidak lupa memandang Orang-Orang Itu yang sedang asyik dan leka dengan majlis penuh kemewahan dan kegembiraan.
Orang Itu,Orang-Orang Itu dan Itu Orang,dunia kita memang berbeza namun disisiNya kita sama sahaja..Hanya amalan membawa kita ke syurga.
P/S: Itu Orang adalah Penulis..
Orang Itu dan Orang-Orang Itu ialah Pendokong Cerita.
No comments:
Post a Comment