Pages

Monday, December 28, 2009

Konvokesyen KPLI

Sekalung Terima Kasih pada Mak Abah dan sumer kawan2 yang menyokongku dari belakang.

Sempat lagi posing..hehe..


Ciuman kasih seorang anak.

Hari Konvokesyen KPLI 24 November 2009 ,Putrajaya.

Alhamdulillah,dah selesai diploma perguruan.Namun sedikit sedih tanpa kehadiran abah,cz abah kurang chat..Cik Faraa Degree dh diploma pun dh.InsyaAllah lau rajin sambung Master lak!!

Bersama ibu tersayang dan adik2 Tella n Sofea.

Tahniah mypren!!!

Tahniah pd my best pren yg sama2 menuntut d UPM dlu, Siti Syara Ismail n abe die kerana telah dianugerahkah cahaya mata lelaki pd awal disember hari tu..Camne perasaan dh jd ibu??Seronok kan? Tahniah sekali lagi,moga jd ibubapa yg penyayang ...

sorotan sepanjang cuti...

Aduss,sebulan lebih aku tak menulis...bukan malas tp memandangkan tenet very slow kt umah jd aku terpksa sabarkan jemariku drpd mengupdate blog ni.slow sgt sakit hati aku...Banyak sangat cerita yang nak dikongsi..Story demi story yg melingkari hidupku akan kulakarkan di blog usang ini...
Sebelum brcuti ke kampung ari tu,Tanggal 24 November 2009 aku n my family terlebih dahulu meraikan hari konvokesyenku di Putrajaya.
Esoknya kul 7 pg kami berkonvoi 2 buah keta balik T.Merah.Kul 3.30 Petang alhamdulillah selamat sampai...
ph2 byk gakla dpt walimatul urus.Kepada kawan2ku Yuesniza,Kak Halawati dan Cik Khamisah.Selamat penganti baru.Moga berbahagia hingga ke anak cucu n ke akhir hayat...
Seperti biasa lau balik bercuti,aku suke p belakang umah tengok kebun buah2an abah.Namun musim hujan ni membuatkan aku tak dpt p belakang umah cz mr pacat tersangatla banyak!!
Hari Raya Haji menjelma,kesibukan aku untuk konvo membuatkan aku lupa Raya Haji akan menjelma..Namun tiada apa sangatla yang disediakan tidak seperti keterujaan menyambut aidilfitri..ala kadar jer...
Sumernya beli..kemas umah ckit2 takut ada yang bertandang..
Namun seperti biasa raya haji,bebudak pun x dtg umah.p tgk org semelih lembu kot!
Pg raya aku xde nk p mana tp my dad suruh p tempat org sembelih lmbu,aku tanak p tp abh suruh p..Last2 aku amik jubah pkai ala kadar terus p...nk amik gmbo lembu korban sian lak...
Kenduri..kenduri..kenduri..sini sana ckp pasai 'bekwoh'...
memenuhi walimatulurus sedara di Kota Bharu n kenduri jiran d T.Merah.Ummm penat p mkn gulai...tp best leh tengok ore ramai n pesen bj yg pelik2...
Banyak gak nk citer..Sabau2.

Saturday, November 21, 2009

Selamat bercuti





Yea..Yeaaa Aaa,musim yang aku tunggu2 tiba jua akhirnya ..Happy Holiday!!!Tak sabar nak melepaskan rindu dendam pada keluarga tercinta..Sebelum tu insan2 kesayanganku akan datang KL dulu bagi meraikan Konvokesyenku di Putrajaya setelah setahun lebih berhempas pulas untuk mendapatkan Diploma Pendidikan.Terima Kasih pada sumer yang menyokongku dari belakang.Especially mak abah tersayang,kawan2 dan sumer yang sentiasa menitipkan kata2 semangat buatku...Syukran Jazilan atas segala jasa dan pengorbanan kalian.Wang ringgit usah dikira memang tak terbalas,Belaian kasih sayang jua kata2 keramat dari mak sememangnya terus utuh dan kukuh tersemat disanubariku...Semuanya akan ku jadikan azimat berguna sebagai benteng perjuangan episod hidupku yang masih panjang.

Ujian Mendatang...

Sabar cik faraa ya,Allah sedang mengujimu
Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang SABAR

Setelah beberapa hari sembuh dari terhiris akibat diguris aku masih diuji lagi...

Alhamdulillah aku semakin matang dan dewasa dalam membezakan antara kaca atau permata dan mengetahui tulus kudus kasih seorang sahabat yang boleh berkongsi susah senang ,tangis sendu dan duka syahdu yang menyapa hidupku...

Diriku amat arif akan apa jua ujian juga cubaan yang mendatang semuanya adalah untuk menguji kekuatan iman jua mempertingkatkan tahap kesabaran seseorang...Jika dipandang dari sudut positif semua ini akan menginsafkan kita,menilai erti kesusahan dalam sebuah kehidupan jua menyelami kesusahan orang lain...

Semalam aku terpilih lagi untuk di uji,Pagi2 lagi pergi maktab nak ambik jubah konvo.Sebelum tu aku pergi umah member kat gombak bawak keta persona dia.Pukul 11 pagi sampai maktab..Selesai ambik jubah kami bergegas balik gombak...Makan2 dlu kat sek.men teknik dekat UIA.Lebih kurang kul 2.15 ptg balik sg buloh.Sampai umah ujan bukan main lebat,p sekolah..Tak sampai 10 minit masuk bilik guru Ya Allah naper rasa berat je kepala??rasa nak pitam pun ada...Dorang buat pot luck pun aku x lalu nak makan,mkn anggur ngan pisang jer...Aduss sakit kepala Tuhan maha tau,aku diuji lagi...

Kul 6.10 abis waktu sekolah,akak2 ajak p Hospital Sg.Buloh melawat penyelia petang..dalam sakit2 kepala nak g gak.bimbang aku takut pitam kt hospital,nasib bekla tak de pe2..Balik hospital kul 7.50 malam.Tak buleh nk tahan basah2kan kepala solat maghrib ,ngaji solat isyak terus zzzzz...harap2 hilangla sakit kepala kena hujan tadi...

"Sabar itu ada empat jenis iaitu sabar menjalankan kewajipan2,sabar menanggung kemiskinan,musibah dan penganiayaan.Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat taufik dari Allah,Sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala dari Allah,Sabar menahan penganiayaan orang bererti dicintai Allah.Dan sabar menanggung kemiskinan bererti mendapat keredhaan Allah."

Wednesday, November 18, 2009

Aku Mohon PetunjukMu...Ya Rabbi.

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran,suburkan jiwaku dengan keimanan.Hanya padaMu Tuhan kusandarkan harapan.




dia,yang telah merosakkan mood aku hari ni




Hari ini kondisi diriku penuh dengan kekusutan.
Ya Allah hadirkanlah ketenangan dan keberlapangan dada padaku.Hanya padaMu jua tempat aku mengadu...Betapa aku ingin lari dari semua ini,namun aku harus menghadapi semua cabaran dan dugaan ini kerana aku merasakan derita buatku pasti ada hikmahnya.

Dan disini jua telah aku pertemukan satu pengajaran dalam meniti perjuangan sebuah kehidupan...Suka,duka,tawa riang.Ditatang bila diperlukan dan "ditongsampahkan" bila keringatku tidak diperlukan.Bukan darjat jua pangkat atau populariti yang aku mahukan cukuplah sekadar segala pengorbananku selama ini dihargai..Ucapan terima kasih juga tidak pernah aku impikan dari mulutmu..Jauh sekali mengharap pujian menggunung darimu.
Jika diriku tersalah landasan pimpinlah aku kelandasan yang betul,tegurlah secara berhikmah...Selamilah hati dan perasaan orang sekelilingmu,sedangkan kasih Illahi tidak pernah bersempadan.Inikan pula kasih kita sesama manusia...
"Harapan semoga segenggam tabah ini dapat dipertahankan,buat bekalan diperjalanan..."

Moral of the story: Belajar dan terus belajar dari pengalaman,pengalaman hari ni pengajaran hari esok...dia,terima kasih untuk kata2mu hari ini.InsyaAllah akan aku ingat sampai bila2.Bukan berdendam jauh sekali membenci tapi sebagai didikan yang amat berguna buatku setelah 1 tahun 5 bulan aku mengenalimu..

Tuesday, November 17, 2009

IKIM.FM

Hari ni seperti biasa pergi mengajar....Rileks je..sebagaimana biasa menjelang hari2 akhir persekolahan bebudak tidakla ramai datang sekolah.Jadi ,memandangkan aku free aku pun pergi ke surau lebih awal ckit tuk solat asar..Baru je siap ambik wudhuk,aku terdengarla bual bicara geng2 cikgu yang lebih veteran kat surau...Si kakak tu bagitau " Tiey,bukala radio tue.akak dah tak buka channel lain dah.Akak memang dah terpikat dengan stesyen radio tu.." Aku rasa minat aje ngan topik ni n nk tau radio mana...Kakak tue menyambung lagi " Akak sekarang pegi mana2 buka channel tu je,banyak manfaat dan ilmu yang kita dapat,akak kan tak nampak nak membaca...Saluran macam ni la untuk akak tau pasai hukum hakam...lagu dia pun best2...ada in-team...Haa seluruh malaysia leh dengar..Apa frekuensinya 91.5."dengar tiey ya..."Sambung kakak tue lagi...Kakak yang sorang lagi menjawab " Yala kak kan cuti2 ni ada gak faedahnya dengar radio macam tu,leh tambah ilmu"
Rupa2nya radio IKIM yang dorang duk kecoh2...Alhamdulillah hidayah dan petunjuk Allah sampai gak pada sesiapa yang terpilih....moga2 radio IKIM menjadi alternatif bagi kakak tue menambah ilmu keagamaan dalam dirinya...Aku yang sememangnya peminat setia IKIM masa belajar sekolah menengah (2000) lagi tersipu sendirian...

GOOD LUCK!!!

Buat yang terbaik,InsyaAllah berjaya!!



Jangan stress,Allah ada.Mohonlah petunjuk dariNya..


Esok Start exam..


Hari ni 17 Nov bermakna besok farah akan memulakan pertempuran yang amat besar dalam hidupnya.Apa2 pun kakakmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik dan segala yang terbaik untukmu adikku...Satu dua petua yang kakakmu amalkan insyaAllah akan diperturunkan:
1. Jangan miss baca al-Quran dalam sehari.Yassin terutamanya..
2. Solat hajat sepanjang malam especially musim2 exam ni.InsyaAllah petunjuk Allah itu akan hadir pada hamba2Nya yang meminta.
3. Sentiasa bersangka baik,elakkan pergaduhan dengan kawan2 terdekat (bisa mengganggu emosi).
4. Study group disaat akhir penting bagi menampung keciciran pemahaman dlm satu2 subjek.
5. Restu ibu ayah memang perlu dipohon.Tapi mak bapak ni selalu merestui apa2 je bnda baik yang anak dia buat.percayalah...
6. Musim exam ni memang n sure kita stress punyalah tapi apa2 hal carila al-Quran..Percayalah satu miracle(keajaiban) ketenangan yang akan kita dapat jika selalu baca al-Quran...
7. Japp jap,doa jangan lupa ya..

Monday, November 16, 2009

Tazkirah ringkas

Tazkirah bersama Panel jemputan Si Kecik Nur Damyaa Harleena Bt Din
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..."
(surah al-Baqarah ayat 45)

Rindu saat itu...

Jauh di sudut hati,diri ini amat merindui saat dan detik indah yang pernah kita lakar bersama teman..Moga persahabatan yang terbina terus utuh selamanya biarpun kita terpisah jarak dan tuntutan tugas masing2...

Possing sakan...



Saat manis bersama my best friend di Cameron Highlands

Saturday, November 14, 2009

Mohon maaf...


Terlebih dahulu kumohon seribu kemaafan kepada sahabat baikku Ermy Shahida kerana kukira sudah kesekian kalinya temujanji kita terpaksa dibatalkan..Kurasa hampir 5 kali,sejak diriku masih menuntut di UPM lagi pertemuan terpaksa ditangguhkan.Bukan diriku yang sibuk tapi dua orang sahabat lagi terpaksa memenuhi tuntutan tugas masing2.Nira pergi majlis Hi Tea sekolah,Muni lak ada program transisi tuk bebudak tahun 1 2010..Maka yang free hanyalah diriku dan ermy,justeru diriku mengambil keputusan untuk menangguhkan perjumpaan pada tarikh lain yang masih belum ditentukan.Maaf mie ya...

Thursday, November 12, 2009

Doa seorang kakak

NurFarahiah Din
04 Julai 1992
Assalamualaikum adikku Farah,
Ketika entry ini di tulis rasanya tak kurang dari 6 hari lagi adikku akan menduduki peperiksaan besar SPM.Tiada apa yang ingin kakakmu pesan selain mengingatkan kamu agar belajar bersungguh2,usaha dan terus usaha.Kejayaan pasti berada di tanganmu.Apa yang paling penting jangan lupa berdoa padaNya kerana Allah tidak akan ingat kita kalau kita x ingat Dia.Maksudnya apa-apa aje yang kita nak buat jangan lupa bermohon padaNya moga di permudahkan jalan kearah kejayaan...Buat yang terbaik,Kakakmu ini juga mengidamkan agar dirimu juga menjadi pendidik kerana pendidik adalah kerja yang paling mulia.
Adikku,
Semoga dirimu akan terus berubah kearah sikap yang lebih baik,berlembut bicara dengan semua orang di sekelilingmu,menghormati orang yang lebih tua dan jangan selalu bermasam muka walaupun dirimu berada dalam kemarahan.Bahagiakanlah insan disekelilingmu selagi mereka masih disisimu...Kurangkan sikit sikap "kasar" yang ada pada dirimu...Kakakmu tiada lain hanya mendokan yang terbaik buat semua adik2...
Adikku Farah,
Allah tidak akan menghampakan hamba2nya yang berusaha.Kejayaanmu insyaAllah akan dibalas setimpal dengan usahamu.Berusahalah selagi terdaya,berusaha membahagiakan mak dan abah,berusaha membuang sikap buruk yang ada pada dirimu dan berusaha membuktikan yang dirimu juga mampu berjaya dan terus berjaya seperti orang lain dan berusaha untuk terus menebus kesilapan yang lau agar masa depanmu akan terus gemilang dan berjaya di dunia dan diakhirat...
"Titipan doa Kecemerlangan buat kalian senantiasa meniti dibibirku seusia sujudku"

25 Tahun 9 Hari

Seusia 25 tahun 9 hari kelahiranku yang lalu,aku bermimpi..diriku sememangnya mengetahui mimpi adalah mainan tidur namun mimpi yang satu ini ku rasakan sangatlah pelik bin ajaib!!!

Hari tue biasa je,sebagaimana rutin2 biasa.Balik kerja solat maghrib nak tunggu isyak baca quran dulu lepas tu solat isyak then buka laptop update blog sampai kul 2 pg baru tdoo...

Masa ngah syok2 tido,diriku bermimpi..aku menerima satu pesanan ringkas tidak bernombor melalui enset.Diriku mengamati pesanan yang di hantar,ayatnya sungguh padat dan ringkas.Nak tau apa dia tulis?? Pesanannya berbunyi " Carilah Pasangan Hidupmu".Cukup padat dan membuatkan aku berfikir 2 3 jenak..Inikah yang dikatakan seruan??Sukar untuk aku tafsirkan.
Adakah sudah tiba masanya untuk aku memikirkan masa depanku dari sudut yang lain,selain daripada kecemerlangan dalam kerjaya...Entahla...

Saturday, November 07, 2009

Salam takziah...

Tepat jam 3.30 ptg tadi call mak, saje rindu pada si kecik Nur Damyaa Harleena.Tapi budak kecik tu tido cz penat main basikal...Namun diriku dipagut sayu setelah sampainya satu perkhabaran hiba daripada mak.

Mak : Kak, Amin dah takde...

Diriku : Amin mana lak mak?

Mak : Amin jiran kita, anak pak cik Lah...

Diriku : Ya Allah,hari tu mak kata ok dah,tup2 dah xde...InnalillahiWainnailaihiRaji'uun..

Mak : Ya la kak,hari tu ok dah cikit duk kt umah jer pahtu dia baru je p hospital pahtu kul 2.30 pagi tadi Allah telah mengambilnya kembali...

Diriku : Aku terkedu...(x leh nak cakap aper2)

Mak : Kak try call abang sebab mak call x dapat...

Diriku : ok jap lagi...

Aku meletakkan gagang,namun rasa hiba terus menyelubungi diriku dengan pemergian Abdul Rahman, putera kepada pasangan Abdullah dan Khadijah setelah 2 tahun menderita sakit...Rasa terkilan lak cuti deepavali hari tu tak pergi melawat dia.Salam takziah buat keluarga arwah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2mu yang soleh..

Demam Bola...

Walaupun aku berada dalam mood yang kurang baik hari ni , namun aku gagahkan diri untuk melayani hobiku yang suka menulis ni..Yalaa hari ni pagi2 lagi p Gombak hantar budak2 pertandingan.Habis jer majlis tu kami pun bergegas balik ke sungai buloh..Namun aku jangkakan bertolak kul 2, 2.30 dah leh sampai..Namun sangkaanku meleset.Jem dari Greenwood n sepanjang MRR2 sampaila ke simpang LDP...Stress aku dibuatnya,namun apakan daya kerana kesesakan hari ini berpunca daripada anak2 negeriku yang berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil.Abang iparku pun terkinja2 nak turun KLMalam ni penentu segalanya, pertempuran antara kelantan dan Negeri Sembilan bagi merebut PIALA MALAYSIA yang diidam2kan..Memang awal2 lagi aku malaih nak tengok cz kalau kelantan kalah aku jadi tertekan 2 minggu tak lalu makan,macam kelantan lawan selangor hari tu aku memang tertekan sangat2...Aper2 pun nak pesan pada sumer warga senegeriku buat perangai elok2,jangan malukan tok guru dengan sikap kita.Bawa barakah negeri serambi Mekah walau dimana jua kita berada..Kalah menang adat pertandingan.Apa yang penting sokongan padu daripada 70% penonton di Bukit Jalil datangnya dari Negeri Cik Siti Wan Kembang...

Sunday, November 01, 2009

Permata Yang Dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatikuDengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Saturday, October 31, 2009

31 OKTOBER 1984...

Detik itu tiba jua akhirnya.Syukur alhamdulillah diriku masih diberi kesempatan mengecapi nikmatnya berada di bumimu,menghirup segarnya udara di tanah keramatmu...31 oktober tiba jua,usiaku genap 25 Tahun kini... Terima Kasih buat mak tersayang yang bersusah payah melahirkanku..Apa yang aku tau akulah antara anak mak yang paling berat timbangannya sewaktu dilahirkan..Nak tau berapa beratku masa mula2 lahir?? Jangan terkejut ya beratku mengatasi 9 adik beradikku yang lain iaitu 4.6kg.Yang lain sumer 3kg lebih jer..Tapi kini akula yang paling kecik berbanding yang lain...

Di usia ini,aku rasa amat bahagia sekali atas apa jua nikmat dan rahmat pemberianMu..
Tiada titipan indah yang mampu aku kalungkan,hanyalah secebis impian dan permohonan tulus dari sanubari seorang hamba...

Ya Allah ya Tuhanku,kurniakanlah aku ketenangan dan kedamaian dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.Hambamu ini pasrah andai ini takdirMu bagi menambahkan kekuatan diriku.

Hambamu ini juga bermohon moga dihadirkan kekuatan dan keteguhan iman dalam menghadapinya.Ya Allah diri ini sering alpa dan leka dengan nikmat kurniaanMu...Sehingga bibir ini gersang sekali mengucapkan syukur kehadratMu..Segala nikmat kurniaanMu dipandang bagai angin lalu sahaja...

Ku tahu rahmatmu menggunung tinggi,kasih sayangmu seluas lautan,pintu pengampunanMu sentiasa terbuka untukku.Apa yang amat kuharapkan dariMu ya Allah,Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku,guru2ku dan saudara seislamku...

HADIRKANLAH KETENANGAN JIWA UNTUKKU...

Friday, October 30, 2009

Yang jauh dekat2kan...

KELUARGA BAHAGIAKU 1 SYAWAL 1430H
kenali diriku melalui sesawang...
noorfarawahida.blogspot.com
facebook pun ada...hehe..
Buat teman seperjuangan yang pernah sama2 mewarnai kanvas perjalanan hidupku sama ada masa kt SRA al-Ansoriah,SMA al-Ansoriah,SMA (Maahad Ahmadi)Tanah Merah,Universiti Putra Malaysia (UPM) dan IPGM Kampus Teknik Cheras..Ayuhla sama2 kita meneruskan kesinambungan ukhuwwah bersama hingga akhir hayat...

Nasi Minyak Orang Dulu...





SelamatPenganti Baru kepada sahabat yang berkongsi tarikh lahir denganku...

SEMOGA KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DARI ALLAH TERUS MEMAYUNGI KEHIDUPAN RUMAHTANGGA PASANGAN MOHD AZWI CHE KAR DAN NOR AZIMAH IBRAHIM...





Lebaran Yang Lalu...

Bersama adikku Nur Anis Sofea dan Nur Damyaa Harleena.Si baju biru lak anak buahku Mohd Aliff Amsyar.Jaga dorangla cz tak p sembahyang raya...Huhu..aa cepat minta maaf ngan kak..







Sebulan berlalu aku sering alpa,beribadah tapi leka...
Bersuakah lagi ajal ku tak pasti...
Amalanku oh Tuhan terimalah
Ku insafi dosa pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Ku pohonkan doa moga Allah redha
Hamba ini oh Tuhan Restukanlah...

Thursday, October 29, 2009

6 hari..

Alahai minggu ni diriku keje 6 hari cz ganti masa deepavali hari tue..xpe gak hilangla ckit keboringan ku di hari minggu..Lagipun hujung minggu ni ada kakak satu sekolah wt makan2 ,abis ngajar ari tue lehla p umah dia..This week aku rasa penat ckit cz dak2 exam so ari2 la kena terpekik terlolong bc soalan.Ingatkan lau exam lehla relaks ckit,tp enggak...

Sunday, October 25, 2009

selamat ulangtahun...

Hari ini merupakan hari ulangtahun 2 orang yang dekat dengan aku...

Nordiyanah Kusnin
Teman sekerja yang sama-sama mengajar di SK Bandar Baru Sungai Buloh
Semoga terus matang dan dewasa dalam menempuhi onak duri kehidupan.
Moga terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan..
Usia 25 tahun membuatkan diey lebih kakak daripada Fara.Okla kak diey semoga berbahagia selalu dan cepat2la invite me tuk makan nasi minyak..hehe..

Adzleen Natasha
Anak buahku yang kedua, Selamat hari lahir buat alin sikecik cili api,kalau bergaduh nescaya berapi...Cik daa doakan semoga alin menjadi anak yang solehah yang dapat membahagiakan umi dan abah alin.Semoga alin menjadi murid yang bijak pahtu dapat masuk universiti leh jadi orang yang berguna.apa yang paling penting jangan lupa cik daa..Nanti cik daa balik kita p makan KFC ramai2...

Saturday, October 17, 2009

aku kembali

Lama benar aku tak update aku punya blog...saboo ajela dua bulan aku punya lap top rosak...muahaha..nasib baikla leh repair lau tak terbang gak rm2000...Aku kini berada di kampung halamanku di FELDA Kemahang 1...cuti 4 hari lau tak balik sasau aku dibuatnya...yala ngadap muka housemate aku pahtu sembang2 kosong,so lepas aje kursus hari khamis aku pun bergegas pulang.nasib baikla ada tiket hehe...best sangat duk kt umah jumpa adik-beradik,makan2 ronda2...memang itulah aktiviti aku apbla balik kampung...

Wednesday, September 16, 2009

aku kembali...

Esok aku akan kembali ke kampung halaman..maybe aku mintak kuar awai,tak pun aku tunggu habis ngajar kul 5.30 baru leh balik...x sabar rasanya nk balik kampung hehehe...InsyaAllah aku akan menghabiskan seminggu cuti raya di kampung kendian 28 sept aku kembali bertugas...

Monday, September 14, 2009

Raya dulu Raya kini...

RAYA DULU...
Menjelang hari raya berakhirnya puasa...menjelma tabir senja menyambut syawal tiba...Terngiang2 dendangan lagu yang dinyanyikan oleh DJ Dave,rasa cepat2 nk balik kampung nk jumpa mak abah,adik2 tok nenek n sanak saudara yang dah lama tak jumpa...Teringat aku masa kecik2 dulu, selang sehari sebelum raya kami sekeluarga dah balik rumah tok kat Kota Bharu..Sumer kumpul rumah tok,mok cik ani dari Bachok,Ayah su dari KL ,Mak som dari Wakaf Che Yeh n we are satu family dari Tanah Merah akan berkumpul rumah tok untuk membuat persediaan raya..Meriah sungguh saat itu..malam raya,Geng2 mak memasak kt dapur,abah n bapa sedara yang len berborak..Aku ngan sepupu2 lak apa lagi pusing seluruh kampung p hantar makanan kt sanak sedara n jiran sekampung..Lepas tu kami buka baju raya,kasut raya n beg raya masing2,malam tu memang kami posing habisla..Biasala aku ngn sepupu aku Husna n Ida memang jenis yang suka bergaya,memang bestla..Kul 2 or 3 pagi baru kami tidur..Esoknya pagi2 lagi kami bangun mandi2 n pusing satu kampung kutip duit raya ,p kubur semata2 nk duit
raya...
KINI,
Kenangan itu terus segar dalam lipatan sejarah hidupku..Indah sungguh lakaran bahagia itu saat ia menjengah perjalanan kenangan seusia kanak2 ku ketika itu..Namun kenangan itu hanya kekal sebagai kenangan,melewati memori bahagia itu aku rasa cukup terhibur sekali..Kini sepupuku Husna akan mengakhiri zaman bujangnya pada tahun depan..Aku doakan moga husna bahagia bersama lelaki pilihanmu..Ida pulak skang keje kt N9,moga terus berjaya dalam kerjaya...Lima tahun kebelakangan ini kami sekeluarga tidak lagi pulang sebagaimana dulu.Selepas solat hari raya kendian ziarah di kejiranan FELDA barulah kami balik KB,itupun biasanya lepas zohor...Maybe sebab anak2 dah besar,jadi keterujaan balik kampung agak berkurangan sedikit.Namun nilai taat dan kasih pada yang tua di Kampung tetap menjadi kesinambungan hasil titipan tarbiah mak abah agar kami tidak melupakan datuk nenek di kampung walau dimana jua bumi kita berpijak...InsyaAllah ianya terus kekal diingati...Menghampiri saat itu,aku rasa cukup sedih kerana agak lama aku tak menziarahi tok di kampung,keterbatasan waktu membuatkan aku selalu tidak berkesempatan untuk balik kampung...InsyaAllah lebaran ini cucumu akan kembali menjengukmu...
SEBENARNYA...
Aku cukup bimbang saat melangkah kaki ke kampung,bukan apa aku memang dah tau soalan cepu mas itu pasti akan ditanya...Yalah dah berkumpul sanak saudara ,sepupu sepapat yang lama tak jumpa pasti persoalan itu akan timbul...Isshh apa aku nk bagi alasan lepaih ni,ni yang aku malas nak jumpa sedara mara ni,memikirkan benda ni aku jd serabut...Ya Allah tenangkanlah hatiku,damaikanlah jiwaku saat di aju soalan keramat itu...

Friday, September 11, 2009

Menunggu detik keramat itu..

InsyaAllah detik keramat itu akan mempertemukan insan2 yang pernah sama2 melakar memori indah dalam hidupku suatu ketika dahulu..Singkap kembali jendela usang itu,aku rasa cukup bahagia sekali menitip kalungan kenangan bahagia yang pernah kita cipta bersama..
Satu persatu kenangan itu menerjah ruang ingatanku..sama2 berjuang belajar dan terus belajar aku rasa cukup bahagia sekali dipertemukan dengan kalian semua..Disitulah jua aku mengenali erti persahabatan , suka duka menempuhi kehidupan dan pengorbanan serta erti sebuah kasih sayang...tak sabar rasanya nk bertemu dieha,ermy,midah,nira,liza,nida,maz dan ramai lagi...Rupa2nya dah ramai member2 aku dah mengakhiri zaman solo...Firah dah 3 anak,dilah 2 anak, nida sorang...Alhamdulillah aku doakan moga kalian bahagia dengan keluarga masing2 dan moga terus mendapat rahmat dan barakah dariNya...Kebahagiaan kalian semua kebahagiaan aku jua..Syawal ini insyaAllah akan mempertemukan beberapa jiwa yang terpisah ini..

Thursday, September 10, 2009

JALAN TAR KE BUKIT TAR???

Suasana dalam bilik guru dalam seminggu dua ni memang kecoh ngalahkan Jalan TAR.Ape taknya yang tu meniaga pinggan Vantage Corelle ,yang ni meniaga kain..hujung sana lak hand bag kasut.dekat kerusi staff room lak meniaga biskut..Aduss pening kepala aku,memang bingit sangat memang ngalahkan jalan TAR..Lebih kalut this week cz bdk2 tahun 1,2 and 3 selang seli diberi cuti,Jadi we are byk relaksla so remukla catalog pinggan mangkuk kena tinjau kt depa sumer ni.nasib baikla aku tak tersangkut kt set cawan Vantage yang hrga RM300 lebih lau tak frust gak x leh nk wat balik cz tumpang orang x lehla nk bwk byk barang...Macam nila pompuan,nasib baikla berkerjaya..Lau tak menderita gak sang suami nak memenuhi tuntutan nafsu membeli si isteri.Lau keje nak beli ape2 pakai duit sndiri tp kena bincang gak ngan husband,tak gitu..Apa2 hal dulukan keizinan suami, walau duit tu hasil titik peluh sendiri pun agar terbit kesinambungan dalam keharmonian hidup berumahtangga...

Pindah ke tak pindah..

Pagi2 lagi mesej kt kawan yang ngajar kat Pulau Tioman,ingatkan dia pasai borang tukar inter negeri dah leh isi..takut dia tak tau..Harap2 dia lehla kuar dari pulau tu..Aku memangla tak leh nak tukar cz GB tak nak sokong lau belum kawin and tk de strong reason utk tukar..jd aku pun ambik keputusan tk nak mintak tukar lagi..Xpela dudukla Selangor dlu,tggu 2 3 tahun lagi lau abah suruh tukar aku tukarla..kan ape seronok gak duk tempat orang ni,byk gak dapat pengalaman..Nanti dh kawin n bli umah kt kelantan lagi terkinja aku nk pindah.

Alahai....

Dari semalam lagi aku dapat berita ni,kakak2 kaunseling cakap cuti hari jumaat ditarik balik..so sape2 pun x yah la nak berangan nak balik hari jumaat or nk p mintak CRK ngan GB..GB dh ckp awai2 dia x nak bagi cuti x kirala awk org ganu ke kelate,cz lau dia bagi nnti akan ramaila yg mintak...Aduss frustla,ingat nk balik awai pagi jumaat ke..lehla nak kemas rumah nak shoping apa yang patut.. lau hari jumaat masih x cuti, cuba imagine keadaan di highway karak, mula dari tol gombak , tol bentong n sepanjang jln bentong tu memang sesak sesangat cz dalam satu hari itu shj jutaan ank kelate,ganu n pahang berpusu-pusu balik...memang x boleh nk bayang situation that day...Huhuhu ingatkan lehla mcm tahun2 yang sudah balik awai ph2 kemas umah,iron baju,cuci balang kuih,bawak keluar set pinggan mangkuk mak ph2 masuk duit dalam sampul.Tahun ni aku memang tak berpeluang nk wat sumer tu...Dahla tukar plan,ingat nk balik sndiri tapi x jd..last2 tumpang kak ayu,nasib baikla keta dia masih kosong lehla tumpang.Sampai Machang pun xpe...Thanks a lot Kak Ayu..

Wednesday, September 09, 2009

Hari Bahagia Itu...

Tak lama lagi kita sume nak sambut 1 syawal..12 hari lagi hari itu bakal menjelma,rasa macam dah x sabar nak balik kampung nk prepared tuk sume2..kuih muih,baju raya n apa yang penting hias rumah cntik2..paling kureng pun lehla basuh2 langsir n ubah suai letak duduk perabot kat ruang tamu utama..Sebenarnya aku tengah pikir ni ruang tamu kedua aku nak tukar warna cat..macam dah lusuh benar kaler purple yang aku cat 2 tahun lepas..Bincang ngan abah dulu la nak kaler apa...Tapi,tapi,tapi sempat lagi ke aku nk cat ruang tamu tu??? eeiii geram sungguh,sehari sebelum raya baru balik manala sempat nk wat sumer tu..Sejak bekerja ni aku memang tak sempat nk wat apa yang selalu aku wat selama ni...Takpela apa yang penting,pada detik dan saat bahagia 1 syawal itu aku dapat bersama berkumpul ngan adik beradik n dapat mengucup hangatnya tangan mak n abah then dapat terus mengecapi anugerah kasih sayang yang tak terhingga ini.

Gembira dan Sedih...

Hari ini tepat jam 9.20 pagi aku menerima dua berita..jengjeng berita gembira dulu ke berita sedih dulu...huhu camni salesman yang aku beli kereta tu bagitau,alhamdulillah no kereta yang aku tender dapat WTA 2216.alhamdulillah syukur yang tak terhingga penantianku dari WSX,WSY berbaloi gak akhirnya...Namun disebalik kegembiraan terselit juga kesedihan...Apa yang menyedihkanku kaler keta yang aku nak lak xde,maybe lepas raya baru dapat..huhuhu sedih ingatkan dapatla sebelum raya..maybe nextweek or after raya baru dapat...lepas dapat je berita dari salesman tu,cepat2 aku bagitau abah,nak tau apa abah cakap " ala kak keta tak takpe bila2 pun, apa yang penting no WTA 2216"..Itula abahku betapa berjuangnya untuk mendapatkan no 2216..tender punya tender ni baru dapat...

Ramadhanku

Hari ni genap 18 ramadhan,aku rasa cukup bahagia sekali dengan kehidupan yang aku lalui..Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki walau kadang2 ada gak ujian dan dugaan yang menguji kesabaranki...Namun ku sedar ini semualah yang akan menambahkan keimananku padaNya..Semoga kita terus memperbanyakkan amal ibadah didalam bulan yang penuh Barakah ini...Buat temanku Nira,Liza ,Maznah, Ema dan Kak za..Hayatilah Ramadhan dengan penuh keinsafan...

Tuesday, September 08, 2009

aku muncul kembali..

setelah sebulan tak meng update blog,hari ni baru aku berkesempatan up date blog...huhuhu sedih lap top rosak masuk bengkel..bila la agaknya nak elok my laptop?harap2 cepatla baik aku punya laptop..boringboring..

Sunday, August 02, 2009

Rileks hujung minggu..

Tak de apa yang nak di crite hari ni,boring sesangat x tau nak wt pe kat umah..nak kuar KL xde mood...ari ni duk ngadap benda alah ni then mop lantai kat ruang tamu ngan dapur..pas2 borak ngan housemate kat taman...

Camni la manusia tak pernah nk bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan,diberikan keterluangan masa tak tau nak wat ape...tadi dah kemas bilik,ruang tamu smpai ke dapur dh tak tau nk wtpe..

Susah2,bila diingat masa study dulu time tu nk wt assignment,masa tu nk exam n waktu tu la bertimbun2 kerja pengurusan sekolah yang tak setel then masa tu gak ada kursus2 kt PPD n waktu tu gak nk htr laporan program pada Guru Besar.

Time2 boring cenggini tak tau nk buat ape lak,lau duk kt umah mak abah lehla aku p blakang umah sapu sampah n kutip hasil kebun abah.Paling tidak aku leh p shoping ngan mak..
Tak pun bwk baby mia p jln2 ke taman or borak ngan jiran sebelah..

TETAPI hakikatnya aku berada di Sungai Buloh,yang masyarakatnya lebih dimomokkan dengan gaya kehidupan bandar yanga angkuh dan sombong..Tiada senyum salam apatah lagi sapaan andai ketemu tetangga...Sedangkan kita selalu diingatkan " "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

Sememangnya ku akui corak kehidupan bandar dengan desa sangat berbeza.Tetapi apa salahnya andai kita menghancurkan tembok pemisah itu,kita bina peradaban budaya mesra dan rendah diri dikalangan warga kota.Agar selepas ini warga kota tidak dianggap golongan yang tinggi IQnya tetapi ziro EQnya.Seimbangkan keduanya agar kita tidak dipandang sebagai manusia yang tidak melihat bumi setelah berada dilangit sehingga sanggup mengorbankan nilai2 ketimuran yang selama ini datuk dan nenek kita warisi dan jagai sejak zaman berzaman.

Fikir2kanla.."Kesalahan yang menyebabkan engkau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan engkau takbur"..

Saturday, August 01, 2009

Kena nulis gak...

Hari ni penat sangat baru balik dari Kem Motivasi UPSR di "Rebutia de Perkasa" kt Bentong.2 hari 1 malam kt sana best gak,tapi yang x bestnya kami sesat di jalan bentong lama,dekat 40 minit gak "makan langsat",aku memang dah nak termuntah sebab jalan kt sana bersimpang siur ngalahkan nk p cameron.Aku rasa lau tambah 5 minit lg perjalanan memang aku termuntah dalam keta kawan tu,dahla keta baru..nasib baik kami smpai gak kt tempat yg dicari2.

Pengisian selama di sana lebih kepada pendedahan teknik menjawab soalan UPSR yang dikendalikan oleh guru2 yang brpengalaman luas dalam subjek masing2.Then bdk2 ni didedahkan dengan semangat kerja berpasukan.Sebagaimana yang diwar2kan oleh Wonderpets,"Apa yang penting??" KERJASAMA!!!

Selesai sume slot,bdk2 bandar ni diberi mandi sungai mklumla org tk pernah jmpa sungai wlaupun tinggai kt Sungai Buloh.Lepaih mandi,solat dan makan depa sume ni dikerah bersegera berkumpul untuk balik..Cikgu dia yang x sabar2 nk balik sebenarnya..Bertolak balik kul 3.40 kendian 4.30 smpai Sungai Buloh.Jalan jem sesangat kt Greenwood..Dalam bas ngantuk sangat tapi x boleh tdo karang tergolek dlm bas cz kt sisi tmpat duduk xde penghadang..Lau tergolek jatuhla maruah, lalu aku ambik kptsan control mata jangan tertido..

Sampai je kt umah,apalagi rehat2 kan diri laa..

Friday, July 31, 2009

Rinduku terlerai gak akhirnya...

Lama bebenar aku tak up date blog ni,nak wat camne balik kampung.malas nak angkut benda alah ni balik kmpung walau ku tau aku memang tak boleh berpisah denganya..Apa yang au tahu aku nak balik kampung cz rindu sangat pada mak abah,adik beradik na ank buah..



3 hari balik kampung best giler2 rasa,sebenarnya cuti 2 hari je 1 hari lagi cuti sendirian berhad,demi family ku rela korbankan segalanya especially demi melepaskan rindu dendam buat baby mia leena.



Hari pertama makan buah2,rambutan durian lps tu p petik sayur2 kt belakang umah kt kebun abah.Rasa macam zaman kecik2 lak,dulu abah memang suka sangat nanam sayur pastu sibuk ngan bisnes abah tak sempat nak nanam2 sayur.



Lepas habis kursus haji bulan lepas abah kembali dengan hobi lamanya best sangat skang kt belakang umah.Tapi sory la x smpat nak candit2 kt kebun abh..balik len kali nk candit byk2 ngan pokok kacang,cili,terung ,kangkung.Rasa x saba nk balik 21 ogos ni.



Hari kedua sibuk p beli brg2 brtunang adik lak.Eeeii saat begini serabut lak,jiran2 duk tanya kakak bila lak nak kawin?? ni la soalan yang paling yang menyerabutkan minda dan nuraniku..Tapi aku selalu jawab tunggu masa dan saatnya akan saya invite sume,muaha...lantas aku meminta diri p ke dapur.macam tu la situasi aku apbla disoal dengan soalan sedemikian.



Hari ketiga lak,apa lagi "Dr saya sakit kepala,migrain.Buat MC untuk sy"..Emm dah tau dah nak mintak MC...muahaha,hari ke3 kan cuti sdn bhd,lpas ni x wat lagi.Tapi lau balik kg memang susah nk p KL balik sayang k tinggai umah.



Malamnya bertolak p KL ngan my bestfriend...huhuhu..demi tugas ku rela berkorban.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Hari Lahir...

Selamat hari jadi,selamat hari jadi,selamat hari jadi ra ra,selamat hari jadi…

Selamat hari lahir yang ke 26 tahun, Moga terus berada dibawah lembayung rahmatNya…Didoakan moga dimurahkan rezeki dan yang paling penting dicepatkan jodoh.Tak gitu? Maklumla dah 26 tahun.
Dikesempatan ini, diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat , rakan dan temanku yang sentiasa mewarnai dan menyinari perjalanan hidupku.

Terima kasih juga kerana sabar melayani karenahku sepanjang kita bersama…

Nira,sahabatku dunia akhirat,

Indahnya saat itu, saat kita sama-sama berjuang untuk sama-sama ke menara gading. Bermula dari SMU (A) al-Ansoriah , Maahad Ahmadi.Disinilah kita mengenal erti sebuah pengorbanan dan keikhlasan dalam persahabatan.

Alhamdulillah kita sama-sama berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan terus lagi bertungkus lumus menelaah pelajaran.Apa yang pasti , aku lebih bersemangat untuk terus berjuang kerana adanya dirimu teman…

Memang kau terlalu istimewa buatku, kerana dikala aku dalam kesedihan kau datang menenangkan aku.Adakala semangatku hilang, kau datang meniupkan semangat buat diriku…Kadang-kadang aku sukar mengawal kemarahan kau menyabarkan aku.

Apa yang paling penting , apa-apa saja rahsia atau masalah yang aku alami buat setakat ini kaulah orang pertama yang aku ceritakan…Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia…

InsyaAllah kita akan terus menghargai antara satu sama lain dan akan terus menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat…

My Best Friend…

Sahabat selamanya..
Noor Farawahida Bt Din

Dari Lubuk Hati...

Dikala ini ku termanggu sendirian mengenangkan nasib diri yang belum diketahui pasang surutnya.Namun jauh disudut hati ini aku rasa amat bersyukur dan bahagia dengan segala takdir dan ketentuan Tuhan dalam semua percaturan hidup yang telah Tuhan tentukan untukku.

Dikurniakan seorang mak yang amat penyayang dan tahap kesabaran yang amat tinggi,sehingga kadang-kadang aku sendiri rasa amat takjub dan sesekali dihati ini terdetik sememangnya Allah itu maha Adil kerana dalam masa yang sama aku juga dianugerahkan seorang abah yang garang dan bertanggungjawab.Mak ketahuilah anakmu ini amat menyayangi diri mu sepenuh hati,InsyaAllah selagi hayat dikandung badan akan aku balas segala jasamu walaupun ku tahu ianya tak mampu ku lakukan.Alhamdulillah segala didikanmu menjadikan aku seorang manusia…ya manusia yang akan membahagiakan mak dan abah hingga ke akhir hayat.Ku sedar selama membesarkan aku banyak benar perkara yang mengguris hati kalian,namun begitulah hati seorang yang bernama mak dan abah tetap jua sabar dan tabah menghadapinya..Walau aku belum lagi bergelar seorang ibu,aku merasakan perasaan keibuan itu amat dekat dengan diriku…

Ini semua lebih kurasakan,terutama sekali bila mengingatkan detik-detik indah yang pernah aku lalui bersama mak.Segala kasih sayang,jagaan,keprihatinan,didikanmu tentang agama.InsyaAllah terus tersemat dalam diriku.Mak,dalam tawa bahagia yang kita kecapi bersama,kadang-kadang keluarga kita jua pernah diragut sendu dengan pelbagai ujian dan dugaan dariNya.Namun mak sabar menghadapinya.Mak juga selalu mengingatkanku Allah memberikan kita Keni’matan dan Dia juga memberikan kita Kenikmatan untuk mengingatkan kita dari terus lupa padaNya.Maknanya Allah memberikan kita pelbagai ni’mat kurniaan,kebahagiaan,rezeki yang melimpah ruah dan dalam masa yag sama Dia menguji kita dengan musibah dan bala.Ini semua tidak lain dan tidak bukan mengandungi hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.Apabila berlaku sesuatu musibah barulah mencari sang Pencipta untuk mengadu nasib agar diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu.Ketika itu barulah manusia ini akan insaf dan merasakan hina dan kerdilnya diri.

Segala pesanan dan kata-kata azimat yang pernah mak tiupkan ditelingaku terus menjadi pendamping dikala susah dan senang..Apa yang masih lagi aku usahakan ialah untuk menjadi manusia yang lebih sabar dan terus mewarisi teladan yang terpuji dari dirimu mak.Kadang-kadang aku juga bimbang apabila mengingatkan satu hadis Nabi “Sabar itu separuh daripada Iman”risau juga kurang rasa sabar ni akan mengikis keimanan dalam diri..”Ya Allah,Kurniakanlah kesabaran dalam diriku dalam menghadapi apa jua ujian dariMu”

Tidak lupa sekalung doa kumohon kepadamu Ya Rabbi,moga abahku juga berubah menjadi seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.namun apa yang aku perhatikan semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini abah menjadi seorang yang sabar dan kurang marah,mungkin ini semua berkat doa dari mak di setiap kali penghujung solat.Kesyukuran yang tidak terhingga dianugerahkan abah yang amat penyayang kepada semua anak-anak.Bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan untuk kebahagiaan anak-anaknya..Terima kasih diatas segala jasa dan pengorbananmu abah.Apa yang ku perhatikan selama 24 tahun menjadi anak abah,abah ni sebenarnya seorang yang lembut hati dan amat mudah menitiskan air mata.Kasih sayang abah pada anak-anaknya sememangnya tidak berbelah bahagi..Begitulah kurniaan Tuhan pada hambanya tidak semuanya sempurna,Ini semua untuk melahirkan rasa syukur kita kepada si Pemberi.Terima kasih abah diatas setiap suapan rezeki,limpahan kesenangan dan selautan kasih sayang yang abah berikan kepada kami adik beradik..InsyaAllah sehingga ke detik ini tidak pernah sunyi diakhir solatku “ Ya Allah Ya Tuhanku Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil”.

Bertemu kembali pada tahun ni...

Alhamdulillah dia datang lagi,aku masih diberi kesempatan berjumpa dengannya.Sebelum tu aku harus melalui Rejab,Syaaban barulah bertemu dengan Ramadhan.Namun dalam tiga2 bulan ini telah Allah sediakan hikmah dan barakah yang hanya akan diperolehi oleh orang2 yang benar2 beriman dan beramal soleh.Pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk hamba2nya yang sentiasa bermohon akan hidayah Allah.
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Moga tercapai hasratmu TEMAN...









  • Moga termakbul apa jua yang dihasratkan:

    - Norida Mohamad Zafri,moga cepat2 timang anak.



  • - Norlida Mohammad,Harapan moga majlis pernikahan


  • kak da berjalan lancar pada 08 ogos nanti


  • - Normah Waris, Moga ketemu jodoh tahun ni le org p KKB..

























Monday, July 20, 2009

Kakak sayang abah...


Semenjak dua menjak ni rinduku pada family tak dapat nak bendung lagi.especially abah,kangen bangat kat abah...minggu lepas kul 7 pagi lagi abah tipon .Takde len abah tanya "kak nak balik bila nak makan buah-buahan ngan adik2? Terharu benar kak rasa,rindu sangat abah pada kak,kak pun macam tu bah rindu sangat pada abah,mak n adik2 lain.."Nantila bah kalau tak sibuk kak balikla" jawabku...

Lastweek aku memang sibuk sangat ngan kursus,program bdk2 thn 6 n mesyuarat AJK PIBG.Minggu ni aku tak kira nak balik sangat2,tak boleh nak tahan dah.Bagiku keluarga adalah segala-galanya..Walau dimana jua aku berada,tautan kasihku tetap utuh buat mak,abah n adik beradik nun jauh di bumi Tanah Merah Kelantan.


Abah,Seorang insan yang amat aku kagumi semangat juangnya..Walau kadang-kadang 'kebekengannya' bisa menakutkan kami anak2,namun sikap garangnya itulah menjadikan aku seorang manusia mengenal apa itu perjuangan dalam sebuah kehidupan..Abah memang seorang yang berjiwa kental,bersusah payah membangunkan perniagaannya berbekalkan semangat dan usaha membuatkan aku betul-betul kagum dan takjub dengan semangat yang ada pada abah.Alhamdulillah berkat usaha abah kami anak2 merasai kebercukupan rezeki dan sedikit kemewahan yang insyaAllah membuatkan kami lebih bersyukur.


Abah dulu,

Tetap sama,tapi dulu aku cukup takut dengan abah.tak tau la kenapa takut benar ngan abah.Sebab dia 'bekeng' sangat kot.Kami adik beradik memang kecut perut terutama masa abah tengah serabut,pantang buat salah mesti kena marah.Walau garang tapi abah memang penyayang dan bertanggungjawab.Masa kami kecik-kecik memang rapat giler la ngan abah ,mana ada abah disitu ada anak2 dia yang umur 2 or 3 tahun.Abah suka bawak p jln2 nek motor,p mkn2...Memang best gilerla wktu tu.Walau abah garang tapi kami anak2 mesra ngan abah..yang paling best setiap kali p bandar nak lintas jalan abah pimpin tangan n pegang kepala.Rasa kasih sayang abah pada kami amat melimpah2. Rindu sangat saat itu..


Abah kini,

Sekarang abah tidak segarang dulu,sporting giler la ngan anak2 tapi tetap tegas.aku rasa dulu pun bukannya garang sangat cuma masa tu kita kecik skema cikit.Sebab abah tak pernah pun pukul kami.Marah tu biasala nak mendidik,itula peranannya sebagai ketua keluarga.Apa yang pelik antara aku ngan abah ialah setiap kali aku yang kat KL ni demam,tang tu jugak abah demam.Selalu macam tu..aku je antara adk bradik len,mybe kami punya chemistry kuat..Apa yang aku perhatikan masa aku dok blajar kat UPM lg cam2 smpaila aku dah keje.lebih kurang 7 tahun kebelakangan ini..lau aku duk kt umah bolehla kata berjangkit,tp aku kt KL abh kt Kelate...Jeng je jeng,semua ni kuasa Allah...


Alhamdulillah,aku amat-amat bersyukur padaMu ya Allah kerna dikurniakan insan bernama DIN BIN ISMAIL yang lahir pada 15 JANUARI 1954, sebagai abahku...Pemimpinku dikala aku buntu memilih hala tuju hidupku,Pelindungku diwaktu kesusahan dan kegetiran melanda..Pendampingku disaat aku kebingungan dan keresahan,Penenang jiwaku ketika aku dilanda gundah gulana.Terima Kasih diatas curahan kasih sayangmu..Selaut pengorbananmu buat kami..


Monday, July 13, 2009

Happy Bufday...



Selamat Hari Lahir Buat sahabatku Syara Bt Ismail

Moga berbahagia dalam kehidupan berkeluarga.Jaga baby baik-baik ya.Moga jadi ibu yang mithali...harapan moga ukhuwah yang dibina berkekalan sampai akhir hayat.Ingat diriku selalu..
Ya,ni je hadiah yang
mampu ore bagi
tahun ni.Nak yang lebih grand
mintak ngan abe diey.
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Saturday, July 11, 2009

Rindu pada kalian...














Tika saat itu...









Kenangan indah bersama teman-teman di Institut Pendidikan Guru Malaysia , Kampus Teknik Kuala Lumpur.
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"






















































Tiada lagi ertinya pengucapan,andai akhir nafas dihujung helaan..


Bicara Seorang Hamba…

Mak abah,huluran terima kasih yang tak terhingga diatas curahan kasih sayang serta selaut kasih sayang dan pengorbananmu pada kami adik beradik.Teristimewa sekali abah,sekalung penghargaan buat abah tersayang diatas segala jasa dan baktimu membesarkan kami… segala pengorbananmu akan ku kenang sepanjang hayatku,seterusnya akan mengajar aku erti sebuah kasih sayang.Buat mak tersayang,kaulah ibu yang tabah,apa jua halangan dan dugaan yang datang menerpa kau tetap tabah menghadapinya...Moga kalian berdua tergolong dikalangan insan yang
mendapat rahmatNya.InsyaAllah…

Seuntai kata penuh berhikmah…
Usiaku kini hampir menjengah keusia 24 tahun.Pelbagai suka duka telah aku tempuhi dan aku lalui…Bila dikenang kembali disebalik suka dan tawa riang serta limpah rahmat yang maha Esa kepada kita sekeluarga terselit jua seribu satu dugaan dan ujian yang kadang-kadang bisa menggugat kesabaran kita.Itulah hikmah diciptakan manusia adalah untuk terus berfikir dan seterusnya memuhasabah diri dengan setiap kejadian Tuhan.Dan bukti yang paling jelas sekali sesuatu ujian itu akan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai apa jua kurniaan Tuhan…Kini aku semakin matang dalam meneruskan hidup, ,setiap ujian yang mendatang dipandang dari sudut positif.Dalam al-Quran jua ada menyebut “Allah tidak akan membebankan seseorang hamba,selagi hamba itu mampu memikulnya…”Anggaplah segala ujian itu adalah tarbiah dan pendidikan dari Allah untuk mematangkan diri hambaNya seterusnya kita tidak terus kufur ni’mat…Nauzubillah,Ya Allah jauhkanlah aku dari sikap sedemikian…Aku tahu dan aku juga sedar setiap sedutan nafasku tak lain dan tak bukan semua datang dariMu yaAllah,aku jua sedar malah tahu bahawa hidupnya aku hari ini adalah berpunca dari rezeki dariMu,malah aku juga arif, sedikit ilmu yang ada padaku jua datang dariMu tak terbanding dengan ilmuMu yang terbentang luasnya..

Ya Allah, jika disorot kembali perjalanan usia banyak sungguh dosa dan kekhilafan telah dilakukan.Dari pancaindera yang lima dah berderet dosa yang aku lakukan ,itu belum dikira dengan tangan dan kaki lagi…Mata ini meliar saja melihat perkara-perkara mungkar dan melalaikan, mata inilah juga selalu menjeling kat orang lain…kenapa aku alpa? Mulut, ni yang paling takut nak tulis ni.Dah berpuluh kali baca dalam buku mengumpat umpama makan daging saudara sendiri tapi mulut ni degil nak juga mengumpat dan mengata orang.Makin ramai makin syokla dia megeluarkan butir bicara..Ya Allah, banyak sungguh dosaku yang sengaja dan tak disengajakan…Apakah masih terbuka pintu keampunanMu padaku?

Sedikit amalan bolehkah menampung timbunan dosaku ini?
Solat hajat sepanjang malam,Khatam al-Quran dua kali setahun, bersedekah yang jarang-jarang sekali,puasa sunat yang kadang-kadang bolehkah menghapuskan segala dosaku? InsyaAllah berpegang pada ayat, Allah maha Pengampun,akan kuterus memohon keampunan dan rahmat dariMu, moga dihapuskan dosaku yang terdahulu,ampunilah dosa kedua ibubapaku “kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil…
Ya Allah kuatkanlah imanku,kukuhkanlah peganganku.Jauhkanlah aku daripada perkara sia-sia dan melalaikan…peliharalah jiwa ini agar menjauhi perkara ysng lagha dan tidak memberi apa-apa faedah.Sematkan dalam hati setiap yang kita lakukan ikhlaskan diri niatkan kerana Allah Taala…Sunyikanlah aku dari sikap menyombong diri dan riya’.Sesungguhnya setiap apa jua yang aku kecapi hari ini adalah datang dariMu.Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran yang tak terhingga…Sehingga detik ini aku masih mampu bernafas, menghirup udaraMu, berdiri diatas bumi CiptaanMu…Ya Allah banyak sungguh limpah kurnia dan rahmatmu padaku…Moga aku terus tergolong di kalangan umatmu yang bersyukur.

Takut benar aku tatkala membaca buku 70 dosa besar, yang mana ada menyebut Allah tidak akan bercakap dengan tiga golongan iaitu orang tua yang berzina,pemimpin yang bercakap bohong dan si miskin yang sombong…Moga kita tidak tergolong dikalangan mereka…itu belum lagi disebut seksaan kepada orang yang berzina, meremang bulu roma aku.Takut sungguh dengan azab Allah…Tambahan pula dunia akhir zaman ini penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan.Nauzubillah moga aku adik beradik,sahabat handai dan saudara seislam denganku dijauhi daripada pelbagai ancaman dan anasir dari barat yang tak pernah sunyi untuk melalaikan umat islam seluruhnya…Sesungguhnya hanya dengan iman dan jati diri yang kukuh sahajalah yang dapat menangkis semua cabaran ini.



Engkaulah Ratu Hatiku..






















10 Julai,Hari lahir mak tersayang.Selamat Hari Jadi mak...Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu dalam mendidik dan membesarkan kami anak2.Moga mak terus tabah menghadapi apa jua dugaan dan ranjau dalam hidup ini.Harapan moga mak dan abah terus diberi kekuatan untuk beramal ibadah seterusnya akan sentiasa dipayungi barakah dan rahmat dari Illahi." Ya Allah Ya Tuhanku kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil..." Alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih mampu menikmati nikmat teragung yang Engkau berikan padaku ini..Ya limpahan kasih sayang dari mak ngan abah merupakan kurniaanMu yang paling berharga yang pernah aku kecapi dalam hidup ini.Ketabahan dan kesabaran mak akan terus aku jadikan sumber inspirasi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan hidup yang mendatang...

Friday, July 10, 2009

Sepanjang musim lalu



Kenangan Makan Malam Restoran Santai
Tasik Permaisuri
04 Julai 2009
(Jumaat)
"Sahabat wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta sejuta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan Allah SWT..."

Thursday, July 09, 2009

Kenangan Yang Terindah..




Kenangan Kursus Biro Tatanegara di Felcra Tebing Tinggi,Segamat Johor.
(13 Jun-17 Jun 2009)


Kangen Bangat!!!





NUR DAMYA HARLEENA
Rinduku padamu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata..Tak sabar rasa nak balik tengok baby mia..

Terima Kasih Teman...

Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat yang sorang ni.Selama setahun setengah kita kenal, diriku telah banyak menyusahkan dirimu.Walaupun lambat lagi nak raya tapi diriku memang nak menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas apa jua kesalahan jua kekhilafan yang pernah berlaku antara kita...Alhamdulillah,dirimu sedikit sebanyak.eh,bukan sedikit memang banyak gak telah menolong diriku dikala aku amat memerlukan bantuan.Minta maaf sangat2 cz banyak nyusah di sepanjang musim pengajian bersama.Kawan, Sahabat,Rakan dan Teman.Perkataan berbeza namun mempunyai pengertian yang sama."Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doa" Moga ukhuwwah fillah ini terjalin buat selamanya dan moga dirimu terus berada dibawah lembayung RahmatNya...Kosong-Kosong antara kita.Minta halalkan apa yang terlebih dan terkurang.Terima Kasih sekali lagi..

Wednesday, July 08, 2009

Diriku yang lupa akan kalimah itu...

Jarang benar bibir mungil ini mengucapkan kalimah itu,kenapa angkuh benar diriku?? Padahal setiap detik dan setiap saat yang aku lalui , jua segala apa yang aku kecapi datang dariMu.Mak abah pun selalu pesan jangan lupa akan bait keramat itu.Setiap pagi mulakan dengan ucapan itu.Namun aku sering lupa.Betul ke lupa?? Atau aku buat-buat lupa...Yang pastinya aku betul-betul alpa.Ya Allah ampunilah dosa-dosaku.Jarang benar aku mengucapkan kalimah itu.Bukannya susah pun ALHAMDULILLAH..sebaris kalimah penuh keramat sebagai tanda syukur seorang hamba diatas apa jua nikmat yang Engkau berikan.Alhamdulillah syukur nikmat, masih diberikan keupayaan untuk berdiri di atas muka bumiMu, dikurniakan kudrat untuk menunaikan ibadah jua amalan semata-mata keranaMu.Apa yang penting anugerah agung yang pernah Engkau berikan padaku tidak lain tak bukan adalah seorang abah dan mak yang melimpah ruah kasih sayangnya pada kami anak-anak jua kebercukupan rezeki yang pernah kami nikmati.InsyaAllah, mulai detik ini lafaz keramat itu akan selalu aku ucapkan..ALHAMDULILLAH.

Lafaz Yang Tersimpan..

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku.
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan
kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan