Pages

Saturday, July 11, 2009

Tiada lagi ertinya pengucapan,andai akhir nafas dihujung helaan..


Bicara Seorang Hamba…

Mak abah,huluran terima kasih yang tak terhingga diatas curahan kasih sayang serta selaut kasih sayang dan pengorbananmu pada kami adik beradik.Teristimewa sekali abah,sekalung penghargaan buat abah tersayang diatas segala jasa dan baktimu membesarkan kami… segala pengorbananmu akan ku kenang sepanjang hayatku,seterusnya akan mengajar aku erti sebuah kasih sayang.Buat mak tersayang,kaulah ibu yang tabah,apa jua halangan dan dugaan yang datang menerpa kau tetap tabah menghadapinya...Moga kalian berdua tergolong dikalangan insan yang
mendapat rahmatNya.InsyaAllah…

Seuntai kata penuh berhikmah…
Usiaku kini hampir menjengah keusia 24 tahun.Pelbagai suka duka telah aku tempuhi dan aku lalui…Bila dikenang kembali disebalik suka dan tawa riang serta limpah rahmat yang maha Esa kepada kita sekeluarga terselit jua seribu satu dugaan dan ujian yang kadang-kadang bisa menggugat kesabaran kita.Itulah hikmah diciptakan manusia adalah untuk terus berfikir dan seterusnya memuhasabah diri dengan setiap kejadian Tuhan.Dan bukti yang paling jelas sekali sesuatu ujian itu akan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai apa jua kurniaan Tuhan…Kini aku semakin matang dalam meneruskan hidup, ,setiap ujian yang mendatang dipandang dari sudut positif.Dalam al-Quran jua ada menyebut “Allah tidak akan membebankan seseorang hamba,selagi hamba itu mampu memikulnya…”Anggaplah segala ujian itu adalah tarbiah dan pendidikan dari Allah untuk mematangkan diri hambaNya seterusnya kita tidak terus kufur ni’mat…Nauzubillah,Ya Allah jauhkanlah aku dari sikap sedemikian…Aku tahu dan aku juga sedar setiap sedutan nafasku tak lain dan tak bukan semua datang dariMu yaAllah,aku jua sedar malah tahu bahawa hidupnya aku hari ini adalah berpunca dari rezeki dariMu,malah aku juga arif, sedikit ilmu yang ada padaku jua datang dariMu tak terbanding dengan ilmuMu yang terbentang luasnya..

Ya Allah, jika disorot kembali perjalanan usia banyak sungguh dosa dan kekhilafan telah dilakukan.Dari pancaindera yang lima dah berderet dosa yang aku lakukan ,itu belum dikira dengan tangan dan kaki lagi…Mata ini meliar saja melihat perkara-perkara mungkar dan melalaikan, mata inilah juga selalu menjeling kat orang lain…kenapa aku alpa? Mulut, ni yang paling takut nak tulis ni.Dah berpuluh kali baca dalam buku mengumpat umpama makan daging saudara sendiri tapi mulut ni degil nak juga mengumpat dan mengata orang.Makin ramai makin syokla dia megeluarkan butir bicara..Ya Allah, banyak sungguh dosaku yang sengaja dan tak disengajakan…Apakah masih terbuka pintu keampunanMu padaku?

Sedikit amalan bolehkah menampung timbunan dosaku ini?
Solat hajat sepanjang malam,Khatam al-Quran dua kali setahun, bersedekah yang jarang-jarang sekali,puasa sunat yang kadang-kadang bolehkah menghapuskan segala dosaku? InsyaAllah berpegang pada ayat, Allah maha Pengampun,akan kuterus memohon keampunan dan rahmat dariMu, moga dihapuskan dosaku yang terdahulu,ampunilah dosa kedua ibubapaku “kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil…
Ya Allah kuatkanlah imanku,kukuhkanlah peganganku.Jauhkanlah aku daripada perkara sia-sia dan melalaikan…peliharalah jiwa ini agar menjauhi perkara ysng lagha dan tidak memberi apa-apa faedah.Sematkan dalam hati setiap yang kita lakukan ikhlaskan diri niatkan kerana Allah Taala…Sunyikanlah aku dari sikap menyombong diri dan riya’.Sesungguhnya setiap apa jua yang aku kecapi hari ini adalah datang dariMu.Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran yang tak terhingga…Sehingga detik ini aku masih mampu bernafas, menghirup udaraMu, berdiri diatas bumi CiptaanMu…Ya Allah banyak sungguh limpah kurnia dan rahmatmu padaku…Moga aku terus tergolong di kalangan umatmu yang bersyukur.

Takut benar aku tatkala membaca buku 70 dosa besar, yang mana ada menyebut Allah tidak akan bercakap dengan tiga golongan iaitu orang tua yang berzina,pemimpin yang bercakap bohong dan si miskin yang sombong…Moga kita tidak tergolong dikalangan mereka…itu belum lagi disebut seksaan kepada orang yang berzina, meremang bulu roma aku.Takut sungguh dengan azab Allah…Tambahan pula dunia akhir zaman ini penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan.Nauzubillah moga aku adik beradik,sahabat handai dan saudara seislam denganku dijauhi daripada pelbagai ancaman dan anasir dari barat yang tak pernah sunyi untuk melalaikan umat islam seluruhnya…Sesungguhnya hanya dengan iman dan jati diri yang kukuh sahajalah yang dapat menangkis semua cabaran ini.



No comments:

Post a Comment