Pages

Tuesday, July 21, 2009

Dari Lubuk Hati...

Dikala ini ku termanggu sendirian mengenangkan nasib diri yang belum diketahui pasang surutnya.Namun jauh disudut hati ini aku rasa amat bersyukur dan bahagia dengan segala takdir dan ketentuan Tuhan dalam semua percaturan hidup yang telah Tuhan tentukan untukku.

Dikurniakan seorang mak yang amat penyayang dan tahap kesabaran yang amat tinggi,sehingga kadang-kadang aku sendiri rasa amat takjub dan sesekali dihati ini terdetik sememangnya Allah itu maha Adil kerana dalam masa yang sama aku juga dianugerahkan seorang abah yang garang dan bertanggungjawab.Mak ketahuilah anakmu ini amat menyayangi diri mu sepenuh hati,InsyaAllah selagi hayat dikandung badan akan aku balas segala jasamu walaupun ku tahu ianya tak mampu ku lakukan.Alhamdulillah segala didikanmu menjadikan aku seorang manusia…ya manusia yang akan membahagiakan mak dan abah hingga ke akhir hayat.Ku sedar selama membesarkan aku banyak benar perkara yang mengguris hati kalian,namun begitulah hati seorang yang bernama mak dan abah tetap jua sabar dan tabah menghadapinya..Walau aku belum lagi bergelar seorang ibu,aku merasakan perasaan keibuan itu amat dekat dengan diriku…

Ini semua lebih kurasakan,terutama sekali bila mengingatkan detik-detik indah yang pernah aku lalui bersama mak.Segala kasih sayang,jagaan,keprihatinan,didikanmu tentang agama.InsyaAllah terus tersemat dalam diriku.Mak,dalam tawa bahagia yang kita kecapi bersama,kadang-kadang keluarga kita jua pernah diragut sendu dengan pelbagai ujian dan dugaan dariNya.Namun mak sabar menghadapinya.Mak juga selalu mengingatkanku Allah memberikan kita Keni’matan dan Dia juga memberikan kita Kenikmatan untuk mengingatkan kita dari terus lupa padaNya.Maknanya Allah memberikan kita pelbagai ni’mat kurniaan,kebahagiaan,rezeki yang melimpah ruah dan dalam masa yag sama Dia menguji kita dengan musibah dan bala.Ini semua tidak lain dan tidak bukan mengandungi hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.Apabila berlaku sesuatu musibah barulah mencari sang Pencipta untuk mengadu nasib agar diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu.Ketika itu barulah manusia ini akan insaf dan merasakan hina dan kerdilnya diri.

Segala pesanan dan kata-kata azimat yang pernah mak tiupkan ditelingaku terus menjadi pendamping dikala susah dan senang..Apa yang masih lagi aku usahakan ialah untuk menjadi manusia yang lebih sabar dan terus mewarisi teladan yang terpuji dari dirimu mak.Kadang-kadang aku juga bimbang apabila mengingatkan satu hadis Nabi “Sabar itu separuh daripada Iman”risau juga kurang rasa sabar ni akan mengikis keimanan dalam diri..”Ya Allah,Kurniakanlah kesabaran dalam diriku dalam menghadapi apa jua ujian dariMu”

Tidak lupa sekalung doa kumohon kepadamu Ya Rabbi,moga abahku juga berubah menjadi seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.namun apa yang aku perhatikan semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini abah menjadi seorang yang sabar dan kurang marah,mungkin ini semua berkat doa dari mak di setiap kali penghujung solat.Kesyukuran yang tidak terhingga dianugerahkan abah yang amat penyayang kepada semua anak-anak.Bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan untuk kebahagiaan anak-anaknya..Terima kasih diatas segala jasa dan pengorbananmu abah.Apa yang ku perhatikan selama 24 tahun menjadi anak abah,abah ni sebenarnya seorang yang lembut hati dan amat mudah menitiskan air mata.Kasih sayang abah pada anak-anaknya sememangnya tidak berbelah bahagi..Begitulah kurniaan Tuhan pada hambanya tidak semuanya sempurna,Ini semua untuk melahirkan rasa syukur kita kepada si Pemberi.Terima kasih abah diatas setiap suapan rezeki,limpahan kesenangan dan selautan kasih sayang yang abah berikan kepada kami adik beradik..InsyaAllah sehingga ke detik ini tidak pernah sunyi diakhir solatku “ Ya Allah Ya Tuhanku Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil”.

No comments:

Post a Comment