Walaupun aku berada dalam mood yang kurang baik hari ni , namun aku gagahkan diri untuk melayani hobiku yang suka menulis ni..Yalaa hari ni pagi2 lagi p Gombak hantar budak2 pertandingan.Habis jer majlis tu kami pun bergegas balik ke sungai buloh..Namun aku jangkakan bertolak kul 2, 2.30 dah leh sampai..Namun sangkaanku meleset.Jem dari Greenwood n sepanjang MRR2 sampaila ke simpang LDP...Stress aku dibuatnya,namun apakan daya kerana kesesakan hari ini berpunca daripada anak2 negeriku yang berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil.Abang iparku pun terkinja2 nak turun KLMalam ni penentu segalanya, pertempuran antara kelantan dan Negeri Sembilan bagi merebut PIALA MALAYSIA yang diidam2kan..Memang awal2 lagi aku malaih nak tengok cz kalau kelantan kalah aku jadi tertekan 2 minggu tak lalu makan,macam kelantan lawan selangor hari tu aku memang tertekan sangat2...Aper2 pun nak pesan pada sumer warga senegeriku buat perangai elok2,jangan malukan tok guru dengan sikap kita.Bawa barakah negeri serambi Mekah walau dimana jua kita berada..Kalah menang adat pertandingan.Apa yang penting sokongan padu daripada 70% penonton di Bukit Jalil datangnya dari Negeri Cik Siti Wan Kembang...
No comments:
Post a Comment