Pages

Saturday, November 21, 2009

Ujian Mendatang...

Sabar cik faraa ya,Allah sedang mengujimu
Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang SABAR

Setelah beberapa hari sembuh dari terhiris akibat diguris aku masih diuji lagi...

Alhamdulillah aku semakin matang dan dewasa dalam membezakan antara kaca atau permata dan mengetahui tulus kudus kasih seorang sahabat yang boleh berkongsi susah senang ,tangis sendu dan duka syahdu yang menyapa hidupku...

Diriku amat arif akan apa jua ujian juga cubaan yang mendatang semuanya adalah untuk menguji kekuatan iman jua mempertingkatkan tahap kesabaran seseorang...Jika dipandang dari sudut positif semua ini akan menginsafkan kita,menilai erti kesusahan dalam sebuah kehidupan jua menyelami kesusahan orang lain...

Semalam aku terpilih lagi untuk di uji,Pagi2 lagi pergi maktab nak ambik jubah konvo.Sebelum tu aku pergi umah member kat gombak bawak keta persona dia.Pukul 11 pagi sampai maktab..Selesai ambik jubah kami bergegas balik gombak...Makan2 dlu kat sek.men teknik dekat UIA.Lebih kurang kul 2.15 ptg balik sg buloh.Sampai umah ujan bukan main lebat,p sekolah..Tak sampai 10 minit masuk bilik guru Ya Allah naper rasa berat je kepala??rasa nak pitam pun ada...Dorang buat pot luck pun aku x lalu nak makan,mkn anggur ngan pisang jer...Aduss sakit kepala Tuhan maha tau,aku diuji lagi...

Kul 6.10 abis waktu sekolah,akak2 ajak p Hospital Sg.Buloh melawat penyelia petang..dalam sakit2 kepala nak g gak.bimbang aku takut pitam kt hospital,nasib bekla tak de pe2..Balik hospital kul 7.50 malam.Tak buleh nk tahan basah2kan kepala solat maghrib ,ngaji solat isyak terus zzzzz...harap2 hilangla sakit kepala kena hujan tadi...

"Sabar itu ada empat jenis iaitu sabar menjalankan kewajipan2,sabar menanggung kemiskinan,musibah dan penganiayaan.Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat taufik dari Allah,Sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala dari Allah,Sabar menahan penganiayaan orang bererti dicintai Allah.Dan sabar menanggung kemiskinan bererti mendapat keredhaan Allah."

No comments:

Post a Comment