Pages

Sunday, August 02, 2009

Rileks hujung minggu..

Tak de apa yang nak di crite hari ni,boring sesangat x tau nak wt pe kat umah..nak kuar KL xde mood...ari ni duk ngadap benda alah ni then mop lantai kat ruang tamu ngan dapur..pas2 borak ngan housemate kat taman...

Camni la manusia tak pernah nk bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan,diberikan keterluangan masa tak tau nak wat ape...tadi dah kemas bilik,ruang tamu smpai ke dapur dh tak tau nk wtpe..

Susah2,bila diingat masa study dulu time tu nk wt assignment,masa tu nk exam n waktu tu la bertimbun2 kerja pengurusan sekolah yang tak setel then masa tu gak ada kursus2 kt PPD n waktu tu gak nk htr laporan program pada Guru Besar.

Time2 boring cenggini tak tau nk buat ape lak,lau duk kt umah mak abah lehla aku p blakang umah sapu sampah n kutip hasil kebun abah.Paling tidak aku leh p shoping ngan mak..
Tak pun bwk baby mia p jln2 ke taman or borak ngan jiran sebelah..

TETAPI hakikatnya aku berada di Sungai Buloh,yang masyarakatnya lebih dimomokkan dengan gaya kehidupan bandar yanga angkuh dan sombong..Tiada senyum salam apatah lagi sapaan andai ketemu tetangga...Sedangkan kita selalu diingatkan " "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

Sememangnya ku akui corak kehidupan bandar dengan desa sangat berbeza.Tetapi apa salahnya andai kita menghancurkan tembok pemisah itu,kita bina peradaban budaya mesra dan rendah diri dikalangan warga kota.Agar selepas ini warga kota tidak dianggap golongan yang tinggi IQnya tetapi ziro EQnya.Seimbangkan keduanya agar kita tidak dipandang sebagai manusia yang tidak melihat bumi setelah berada dilangit sehingga sanggup mengorbankan nilai2 ketimuran yang selama ini datuk dan nenek kita warisi dan jagai sejak zaman berzaman.

Fikir2kanla.."Kesalahan yang menyebabkan engkau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan engkau takbur"..

No comments:

Post a Comment