Pages

Monday, September 14, 2009

Raya dulu Raya kini...

RAYA DULU...
Menjelang hari raya berakhirnya puasa...menjelma tabir senja menyambut syawal tiba...Terngiang2 dendangan lagu yang dinyanyikan oleh DJ Dave,rasa cepat2 nk balik kampung nk jumpa mak abah,adik2 tok nenek n sanak saudara yang dah lama tak jumpa...Teringat aku masa kecik2 dulu, selang sehari sebelum raya kami sekeluarga dah balik rumah tok kat Kota Bharu..Sumer kumpul rumah tok,mok cik ani dari Bachok,Ayah su dari KL ,Mak som dari Wakaf Che Yeh n we are satu family dari Tanah Merah akan berkumpul rumah tok untuk membuat persediaan raya..Meriah sungguh saat itu..malam raya,Geng2 mak memasak kt dapur,abah n bapa sedara yang len berborak..Aku ngan sepupu2 lak apa lagi pusing seluruh kampung p hantar makanan kt sanak sedara n jiran sekampung..Lepas tu kami buka baju raya,kasut raya n beg raya masing2,malam tu memang kami posing habisla..Biasala aku ngn sepupu aku Husna n Ida memang jenis yang suka bergaya,memang bestla..Kul 2 or 3 pagi baru kami tidur..Esoknya pagi2 lagi kami bangun mandi2 n pusing satu kampung kutip duit raya ,p kubur semata2 nk duit
raya...
KINI,
Kenangan itu terus segar dalam lipatan sejarah hidupku..Indah sungguh lakaran bahagia itu saat ia menjengah perjalanan kenangan seusia kanak2 ku ketika itu..Namun kenangan itu hanya kekal sebagai kenangan,melewati memori bahagia itu aku rasa cukup terhibur sekali..Kini sepupuku Husna akan mengakhiri zaman bujangnya pada tahun depan..Aku doakan moga husna bahagia bersama lelaki pilihanmu..Ida pulak skang keje kt N9,moga terus berjaya dalam kerjaya...Lima tahun kebelakangan ini kami sekeluarga tidak lagi pulang sebagaimana dulu.Selepas solat hari raya kendian ziarah di kejiranan FELDA barulah kami balik KB,itupun biasanya lepas zohor...Maybe sebab anak2 dah besar,jadi keterujaan balik kampung agak berkurangan sedikit.Namun nilai taat dan kasih pada yang tua di Kampung tetap menjadi kesinambungan hasil titipan tarbiah mak abah agar kami tidak melupakan datuk nenek di kampung walau dimana jua bumi kita berpijak...InsyaAllah ianya terus kekal diingati...Menghampiri saat itu,aku rasa cukup sedih kerana agak lama aku tak menziarahi tok di kampung,keterbatasan waktu membuatkan aku selalu tidak berkesempatan untuk balik kampung...InsyaAllah lebaran ini cucumu akan kembali menjengukmu...
SEBENARNYA...
Aku cukup bimbang saat melangkah kaki ke kampung,bukan apa aku memang dah tau soalan cepu mas itu pasti akan ditanya...Yalah dah berkumpul sanak saudara ,sepupu sepapat yang lama tak jumpa pasti persoalan itu akan timbul...Isshh apa aku nk bagi alasan lepaih ni,ni yang aku malas nak jumpa sedara mara ni,memikirkan benda ni aku jd serabut...Ya Allah tenangkanlah hatiku,damaikanlah jiwaku saat di aju soalan keramat itu...

No comments:

Post a Comment