Pages

Friday, July 29, 2011

Penutup Julai..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,mungkin ini N3 penutup Julai 2011

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah inayah serta kasih sayangnya kita masih mampu lagi menghirup harumnya wangian Ramadhan 1432H..Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan sebaiknya..Jadikanlah Ramadhan 1432H lebih baik daripada sebelumnya.Tingkatkanlah amal ibadah kita Perbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran,bersedekah dan solat2 sunat yang lain.

Di pagi yang mulia ini,saya ingin merafak sembah memohon ampun andai ada hati yang terasa,ada jiwa yang merana dan ada jiwa yang berduka atas apa jua kekhilafan dan ketelanjuran saya sama ada melalui ruang 'cetusan idea' ini atau dalam realiti kehidupan nyata.Seribu kemaafan dipinta pada lidah yang terlepas kata,pada janji yang tak dimungkiri dan pada tingkah yang tersalah laku...

Mengakui jauh daripada kesempurnaan diri,saya dengan rendah hati,membuka pintu kemaafan dan meredhai malah menghalalkan apa jua terlebih terkurang saat kita asyik mengatur langkah menjelajah dunia persaudaraan dan persahabatan.

Akhir sekali,semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment