Pages

Saturday, July 09, 2011

Duhai lelaki..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Quu anfusikum wa ahlikum na raa"
Peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu daripada api neraka.

Mahu berkongsi genta rasa dengan semua..sensitifkah saya??sehingga sungguh beria2 mahu mengenengahkan isu ini dalam ruangan kesayangan saya. Awal2 sudah saya terangkan apa sahaja yang terzahir disini adalah cernaan daripada apa sahaja yang melewati perjalanan hidup saya seharian.Apa yang saya baca,saya lihat dan saya dengar benar2 telah banyak mengherdik kuasa minda untuk terus berfikir.

Semalam,saya meluangkan sedikit masa untuk melangsaikan pembayaran bulanan bil telefon dan broadband.Lebih kurang jam 1.15 hingga 1.45 tengahari saya menghabiskan masa dipusat membeli belah yang terdapat berhampiran rumah kami.

Pelik dan agak pelik bila memandang kiri kanan ada sahaja lelaki islam yang telah baligh berjalan dengan megahnya tanpa ada sedikit pun keralatan dan kebersalahan dalam diri.

Dalam satu keadaan lagi seorang bapa muda mengheret dua anak lelaki yang masih kecil dalam lingkungan 4 dan 6 tahun menaiki eskalator..

Di sudut lobi pasaraya sekumpulan anak muda lelaki sedang bergelak ketawa,berbual sambil bergurau senda.Kelihatan lengkap memakai pakaian sukan terpampang logo sekolah bersebelahan dengan sekolah tempat saya berkhidmat.

Tepat jam 1.47 tengahari saya ingin mengambil kereta saya diruang park,kelihatannya sepasang suami isteri yang baru tiba.

Pada satu lagi keadaan saya melihat sayang sungguh sang suami menunggu si isteri dalam kereta pada waktu2 begini..."Untung dia kan,demi cinta pada isteri.." getus hati saya.

Jauh disudut hati,kenapa Allah kurniakan saya genta rasa yang sebegini cuak.Mencebik, dalam masa yang sama gusar rasa turut bergabung serasi.Seingat saya masa saya kecik2 dulu kan,kalau sapa2 tak pergi masjid solat jumaat malu nak keluar rumah walhal ada alasan yang munasabah iaitu demam.

Sehinggalah saya meningkat dewasa abah saya sangat cukup pantang kalau anak2 lelaki dia tak pergi solat jumaat.Sekali sahaja seminggu,cukupkanlah sekali rukunnya,pergi awal2 iktikaf dengar khutbah dan solat jumaat.

Tapi,keadaan kini cukup berbeza.Saya fikirkan lelaki yang 'terlupa' solat jumaat ni malu bila berdepan dengan kami (kaum wanita),rupanya tidak.Ohh rupanya saya yang tersalah penafsiran..!

Saya berusaha untuk tidak memandang wajah2 insan yang dalam kekeliruan ini.Uhh rupanya sangkaan saya meleset seratus peratus,mereka dengan bangganya berjalan ditengah2 kerancakan legasi kehidupan hedonisme yang belum lagi menemui penghujungnya.Mungkinkah mereka beranggapan solat jumaat itu bukanlah tuntutan wajib untuk mereka.Padahal Allah telah ingatkan bahawa tinggal solat jumaat walaupun SEKALI adalah HARAM dan BERDOSA BESAR.Hukum haram ini berlaku jika tiada KEUZURAN..!

Firman Allah taala, ertinya: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat jumaat), dan tinggalkanlah jual beli.” (surah Al Jum’ah, ayat 9)

Subhanallah,saya punya abang dan beberapa orang adik lelaki.Bimbang dengan keadaan ini.Mereka kelak akan jadi pemimpin untuk isteri dan anak2 mereka kelak.Ya Allah jangan kau lalaikan mereka dengan mehnah akhir zaman ini.

Lantas hati ini masih jua mahu berfikir,ayah2 yang macam ni bagaimana pula dengan didikan dan bimbingan dia pada isteri dan anak2 dirumah?? Moga dijauhkan dari sifat tercela ya Allah,jangan biarkan mereka terus dengan kesesatan ini..

Teringat saya akan kisah perjalanan israk mikraj Rasulullah SAW.Dalam perjalanan israk, Nabi melihat suatu kaum yang menghentak-hentakkan kepala,bila sembuh hentak lagi sembuh hentak lagi.."Itulah kaum yang tidak menunaikan solat". Kata malaikat kepada Nabi.

Saya paling suka dengan suasana di Masjid India.Kira2 enam tahun dahulu,ketika masih menuntut saya sering ke premis membeli belah terkenal itu pada petang jumaat.Seakan takdirNya juga sering saya tidak melepaskan peluang melihat pekerja2 pejabat,jurujual dan ramai lagi kaum adam yang meletakkan sehelai sejadah dibahu.Kelihatan mereka semua bergegas ke masjid berdekatan untuk mendapatkan sedikit ruang ditengah kepadatan manusia.Namun dengan keluasan masjid yang tak seberapa tidak mampu untuk menampung kapasiti warga kota metropolitan yang sungguh ramai itu.Lantas ramai yang mengambil inisiatif untuk solat diatas jalan,bawah pokok dan dihadapan deretan kedai.Saya rasa sebahagian dari anda pun pernah melihat situasi sebegini?? Sejuk,tenang dan sangat bahagia bila dikalangan kita mendahului hak Allah dalam menjalani kehidupan seharian..Kalau hati dah terikat Cinta dan Kasih pada Rabb,walau apa pun halangan ibadah mesti dilakukan juga.

TulipUngu:: "Yang membezakan orang islam dengan orang kafir ialah solat"

2 comments:

  1. Agree and agree... Setuju, hehehe... baru kali pertama baca your blog, wahai sahabat lama... Terus tulis dan ambo akan terus baca.

    ReplyDelete
  2. TenQ Naj atas sokongan,hehe..saja suka2.

    ReplyDelete