Pages

Tuesday, July 19, 2011

Kesian pada yang menanti..

Salam,

Huluran salam bagi manusia yang sangat sibuk dua tiga menjak ini..Kesian pada yang menanti dan terus menanti...Tunggu ya,berikan saya ruang untuk saya selesaikan beberapa tugas yang masih menghimpit jiwa ini..

1) Selaku Setiausaha perlu selesaikan Program Latihan Kecemasan dan Kebakaran.Bab-bab belakang tabir surat menyurat,dokumentasi dan laporan,insyaAllah memang menjadi kerja saya.Nasib baiklah tugas pergi balai bomba dan bincang dengan Pegawai dibuat oleh orang lain..Allah maha mengetahui kecenderungan dan minat saya!

2) Menyiapkan tempahan kad raya,ini semua sebagai memenuhi permintaan 'beliau'..Saya buat 3 design ja..Esok akan dimulakan proses melobi di Perhimpunan.Dianggarkan 1000 lebih tempahan akan diterima..Yea..yea..kayo....(Untuk disalurkan kepada pembangunan sekolah).

3) Nak terima kunjungan tetamu..jadi kami perlu touch up touch up lah sikit kekurangan diri..Dijangkakan sepanjang Julai ini Nazir akan datang melawat sekolah.So,kami wajib mengindahkan lagi dekorasi laman landskap dan bilik-bilik khas agar kelihatan lebih cantik dan mempersona gitu!

4) Sempena Ihya' Ramadhan yang bakal diadakan sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai program telah dirancang dan disusun atur bagi memupuk minat dan kecintaan kepada amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat sempena Ramadhan al-Mubarak ini.

Saya sebenarnya sangat tidak sabar nak langsaikan semua kerja dengan jayanya agar saya boleh pulang bercuti ke kampung dengan tenang pada hujung bulan ni..First puasa dengan family,sapa tak seronok..!


Dalam kekalutan ini,mata sempat juga melirik manja pada si dia yang telah lama menunggu..

Minda mula mencanai azam.Tunggu,sampai masanya akan saya kotakan hasrat ini.Goyah jiwa menghitung detik, mujurlah keterujaan masih belum luntur..sabar..sabar,saya tengah sibuk ni...

Kamu tunggu dulu ya wahai..

"Seindah Warna Pelangi" Karya Yusrul Emiza Yusof
"Ayat-ayat Cinta" tulisan Habiburrahman El-Shirazy
"Sepi Tanpa Cinta" buah tangan Damya Hanna...(rasa macam dah baca sblum ni??)

Saya tahu kamu dah lama menunggu,saya akur dengan kesudian kalian untuk terus menanti..Namun apakan daya 'dunia masih mengejar saya' sehingga saya merasakan begitu penat untuk berlari.

TulipUngu:: Suatu ketika dulu,saya tidak dibelenggu apa2 beban kerja..sehingga saya begitu asyik menjadi hamba Novel..Zaman sudah berubah,saya hanya mampu menanam cita untuk bergelar Novelis..! (tanam ja,tumbuhnya tidak..huhuhu..):---->cita2 anakmu tak tercapai bunda..hukhuk..

No comments:

Post a Comment