Pages

Monday, July 18, 2011

Rezeki Syaaban Yang Indah

Awal kalam pembuka bicara..

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada sahabat dari utara atas kesudian beliau menyedekahkan durian dan rambutan buat cicipan berbuka puasa kami seisi rumah.

Seulas dua sudah mencukupi buat mengubati rindu dendam pada raja buah ini,juga rambutan gading(erkk,tak tau betui ke tak)..manis,sungguh memukau..

Terima Kasih ya..Semoga Allah merahmati kehidupan kamu..


Durian tak de belakang rumah,nak makan kena beli..!

Rambutan sangat banyak belakang rumah..(tapi dulu,la nie dh x byk dah..)

Pisang mendahului carta teratas keterujaan abah mengisi ruang kebunnya..

Manggis ada satu ja pokok,umpama melukut ditepian gantang..

Kelapa tak sampai 10 batang pokoknya.

Langsat,duku dan dokong..Seolah2 hidup segan mati tak mau..

Betik..Urrmm menumpang kasih di sudut hati sebab ada dua je..

Nam-nam @ Katak Puru,1 je pokok.berbuah lebat..Namun,sekarang tidak lagi kerana kami sudah lama tidak memungut hasilnya..macam merajuk jerkk..

Selebihnya,dipenuhi dengan keasyikkan hobi baru abah iaitu Menanam Sayur-sayauran

So,Cili,Bayam,kangkung,kacang panjang,terung,peria dan tebu pasti akan menghiasi ruang lihat kami saat kami berpergian ke belakang rumah selain daripada kesejukkan rimbunan pelepah pisang yang memayung bagai peneduh mentari siang..

TulipUngu:: Saya anak Kampung..(baca dengan nada bangga..)

No comments:

Post a Comment