Pages

Monday, July 04, 2011

Beringat-ingat..

Assalamualaikum...

Tiba2 nak berpesan pada
diri,

Beringat-ingat
kalaupun tak mampu nak menjadi sesempurna ummat
cubalah cari dan gapai sebahagian kesempurnaan itu..

Nak jadi baik memang cukup sukar
jalan kearahnya penuh duri dan ranjau
namun hasilnya semanis madu...

Ungkapan
"Kepimpinan melalui tauladan"
sangat mudah dizahirkan
namun amat sulit
dimanifestasikan dalam hidup kita..

Teringat pesanan Prof. Dr Muhaya Muhammad
"Kanak2 umpama span,menyerap dan
terus menyerap apa sahaja tanpa memerahnya"

Analoginya kanak2 menerima dan menerima
apa sahaja(ilmu/perkara) baru
yang mereka temui,
tanpa memikirkan baik buruknya..

Murid juga lebih percaya
guru2nya daripada parents dia sndiri...

Jadi,ingatan untuk saya sebenarnya
Duhai warga pendidik bertapis-tapislah
dan berwaspadalah atas apa sahaja komen
atau sebarang bentuk penulisan yang sangat mudah dicapai
anak2 kita..

Ada phrase dan sebahagian tatabahasa
yang tidak sesuai dengan mereka
mintak sangat dijauhkan...

Apa yang 'span' mereka
serap nanti 'basahnya' turut terpercik
pada kita...

Nanti kita yang akan rasa sakitnya...

TulipUngu:: saya manusia biasa,mahu kelihatan
sempurna.Walau hakikatnya agak sukar..
Maaf,anak2 saya tidak akan approve anda dalam friendlist saya..!

No comments:

Post a Comment