Salam,
Meminjam tagline Mazidul Akmal sidik "Perkongsian Hitam Putih Kehidupan",rasa sungguh terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang baru saya lalui minggu lepas.
Untuk tidak menyalahi niat,saya tidak akan sebutkan nama suspek..Tujuan dan agenda sebenar penulisan ini ialah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman kepada semua agar berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Rasanya tidak perlu saya ceritakan kronologi dan rentetan penceritaan.Cukuplah saya katakan hamba Allah ini tidak pernah belajar daripada kesilapan!! 3 kali melakukan kesalahan yang sama tanpa sedikit pun rasa keinsafan..
Saya merasakan ini lebih hina daripada orang yang melakukan kesalahan yang sama berjuta kali tanpa mengetahui ianya suatu kesalahan.
Orang yang melakukan kesalahan dan telah ditegur serta dikenakan tindakan tapi tetap melakukan kesalahan yang sama seolah2 orang yang berjalan ke suatu laluan yang dia sudah tahu ada 3 gaung di hadapan tapi mahu juga meneruskan perjalanan melalui jalan itu,walaupun dia ada kuasa memilih jalan lain.
"Kamu dah lakukan kesalahan dan telah pun dikenakan hukuman dan peringatan,tapi masih melakukan kesalahan yang sama..!!" Oh,saya rasa sungguh tercabar..Subhanallah kurniakan saya kesabaran..Tangan saya seakan kapas lembut yang bersedia bila2 masa untuk dihayun kepipi hamba Allah ini..Sungguh,dia meletakkan maruahnya serendah2 kedudukan..
Apalah yang dia tahu tentang maruah???
Proses perbicaraan tidak rasmi antara saya dan dia diadakan dalam keadaan tertutup bagi menjaga aibnya..Namun saya rasa masih dicabar buat kali kedua..!! hampir 20 minit ditanya hamba Allah ini masih setia menipu dan terus menipu...
Saya tatap wajah insan ini,cuba menyelami hati seorang adik..
"kenapa awak masih mencuri?? awak nak beli apa sebenarnya???" saya bertanya
diam..tanpa sepatah kata..
"tak cukupkah duit yang mak awak bagi hari2??" saya masih berlembut..
dia pandang mata saya..
Dalam masa yang sama hamba Allah ini,masih tidak mahu berkata jujur.
Saya yang sudah hampir berputus asa,mengangkat handbag saya dan mencapai tangannya agar mengikut saya..
"Ikut saya,saya nak bagi awak minum air jampi..kalau jadi apa2 awak jangan salahkan saya.." saya cuba menggertak..
"Ya,saya ambil duit tu" dia menjawab pendek..
Saya dah agak dah,sebenarnya jawapan daripada awak hanyalah penguat sahaja kerana saksi yang melihat sudah memberitahu saya..saya hanya mahukan kebenaran berkata2 daripada awak walaupun ianya amat pahit..!!
Rupanya,untuk awak berkata benar saya harus 'membelinya' dengan gertakan ini..
Walaupun dari awal lagi,saya sudah nampak bias2 penipuan awak berdasarkan alur mata awak!
Psikologi~ mata tidak pernah menipu..Mata orang yang menipu tidak akan berjaya menembusi mata orang yang ditipu..Betul,mata tidak pernah menipu! Mata orang yang menipu biasanya tak tentu arah dan tidak akan wujud panahan..
Bukan itu yang saya mahu highlightkan sebenarnya,meniti usia kanak2 sebegini mungkin dia masih tidak dapat membezakan baik buruk perkara yang dilakukan dan belum sempat juga menduga implikasi yang bakal diterima kelak.Justeru,kita sebagai ibu bapa,pendidik dan masyarakat harus sama2 menggembeling tenaga menanam kesedaran kepada anak2 tentang kesalahan mengambil hak orang lain,menjaga sikap dan tutur kata dan apa yang paling penting berkata benar dan jangan menipu..
Melalui apa yang diceritakan kepada saya,dia kata dia miskin.Ramai lagi orang miskin yang saya temui,mereka tidak punya mak ayah dan tinggal dirumah anak yatim..Mereka tidak punya wang belanja seperti kamu,tidak ada baju baru seperti kamu dan apa yang lebih menghibakan mereka tidak memiliki dua insan keramat itu untuk membelai dan menyayangi mereka sebagaimana yang kamu kecapi kini..
Tapi,
Mereka tidak menghina diri mereka dengan mencuri,mereka tidak meletakkan kedudukan mereka serendah2 martabat..Mereka sabar dengan ujian Tuhan yang telah ditentukan untuk mereka.Ikutkan mereka lebih susah dan serba kekurangan daripada kamu..tapi mereka tidak tegar menyakitkan roh ibu dan ayah mereka..
Duhai anak,belajarlah dan sedarlah suatu golongan yang tidak akan Allah pandang ialah orang miskin yang sombong..!! Tahukah kamu siapa orang miskin yang sombong?? Orang miskin yang sombong ialah orang susah yang tidak pernah mahu mendekatkan diri dan sujud kepada Allah..Tidak pernah mahu belajar daripada musibah dan kekurangan diri..Nauzubillah..(saya menangis saat ayat ini cuba saya azimatkan padanya..haissshhh..emosi betul mak cik..)
Saya memalingkan muka kebelakang,cuba menahan tangis..
Saya mahu dia ingat kata2 saya ini sampai bila2.Saya juga mahu dia tekadkan dalam hati kejujuran dia hari ini menjadi titik mula padanya untuk tidak mencipta tipu muslihat lagi agar tangan yang seringan kapas tadi tidaklah bertukar menjadi sederas angin untuk hinggap ke pipinya jika dia masih tak ubah sikap..Betullah pendidikan ni bukan setakat kata2 sebenarnya tapi perbuatan sama..Setelah ditegur dan diberitahu tapi masih tak endah kita harus gunakan pendekatan 'hayunan' rotan panjang untuk tujuan menggertak...
Tapi kini,semuanya tidak boleh dilakukan..Kami akur jika ini yang digariskan untuk kami..
Namun,saya sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang pernah mendidik saya.Walaupun tak pernah dirotan namun denda dan hukuman daripada kalian menjadikan saya orang..Terima Kasih Cikgu..
TulipUngu:: Penulisan saya juga bertujuan mendidik.
No comments:
Post a Comment