JAWATAN KOSONG..
Tukang pasak tiang..
Bismillahirrahmanirrahim...
Menelusuri perjalanan hidup sehari2 seakan ralat andai tiada jejak ditinggalkan disini.Walau hanya sepotong ayat dan sebaris kata,hati seakan lega dan terasa begitu damai..
Keluh sang hati,bimbang dan cuak memikirkan masalah yang satu ini.Bagaimana mahu dihias dan diperelokkan sebuah rumah andai tiangnya pun belum mampu tertegak???
Tanpa tiang mana mampu rumah itu tegak berdiri,untuk mendapatkan struktur yang kukuh apatah lagi...5 tiang itu harus dipasakkan dalam hati nurani anak2 seawal usia tujuh tahun..
Simpati di benak sanubari mengetahui dikalangan kenalan ada yang masih 'mencari2' tiang itu.Sebenarnya 'mencari' bukanlah kata2 yang paling tepat kerana ramai dikalangan kami boleh tunjukkan tempat dimana tiang itu berada.
'Tersasar di jalanMU' mungkin itulah istilah yang paling sesuai.Lara jiwa sang hamba meratap melihat tapi tidak mampu menegur.Tuhan,berikanlah saya kekuatan itu.Subhanallah..dari sudut mana kita mahu menunjukkan syukur?? bagaimanakah jalan dan ruang terbaik mengucap terima kasih atas segala nikmat rezeki yang DIA berikan?? Tidak terfikirkah kamu bahawa dunia ini akan berakhir,dan kamu semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu lakukan didunia dahulu??
Teringat ketika diusia remaja dahulu,saya selalu begitu takjub dengan kemurahan hati dan sifat dermawan artis2 barat yang begitu pemurah menyumbangkan dana berjuta2 dolar untuk rumah kebajikan..
Namun,pujian saya sering disangkal oleh bunda dengan kata2 ini "Amalan mereka umpama debu2 yang berterbangan"ujar bunda.Sungguh dalam maksudnya.Konotasinya nak menjelaskan bahawa walau banyak manapun kebaikan yang mereka lakukan tiada nilainya disisi Allah kerana mereka tidak beriman kepada Allah.
Demikianlah juga amalan baik orang islam,walau dipuji melambung-lambung oleh masyarakat kerana kemurahan dan sifat dermawan yang dimiliki bahkan berpuluh-puluh kali menunaikan haji dan umrah,demikianlah juga jika tinggi darjatnya dari kalangan mereka jika dia tidak menunaikan solat segala amalan baiknya yang lain tidak akan dikira.
Sesungguhnya,amalan pertama yang akan dihitung ialah SOLAT..!
Pernah dengar ungkapan "La Ikroha Fi ddin" yang membawa pengertian "Tiada Paksaan dalam beragama.."
Awalnya,tanpa kematangan usia dan ilmu yang sedikit saya pernah juga 'membela' diri dengan mengungkapkan ayat ini jika terasa unsur2 keterpaksaan dalam melakukan sesuatu..
Namun,saya rasa Allah mahu beri petunjuk pada saya melalui apa yang saya dengar.
Rupanya,ungkapan ini tidak sesuai digunakan kepada orang islam.
Ungkapan "Tiada Paksaan dalam beragama" signifikan dilontarkan untuk orang kafir agar kita tidak mendesak dan memaksa mereka memeluk islam,biarlah ianya berlaku dengan kerelaan hati mereka tanpa desakan mana2 pihak.
Subhanallah,saya masih dahagakan ilmu..Subjek Ulum Quran mengingatkan saya tentang sesuatu ayat yang diturunkan ada sebab musabab penurunannya dan yang lebih istimewa ianya masih relevan dengan permasalahan ummat islam kontemporari walaupun ianya berlaku beribu2 tahun yang lampau.Sungguh Maha Bijaksana Allah Azza Wajalla.
Jangan tak tahu, jika tersalah fahaman boleh membawa kepada kesesatan Sebab itulah selain merujuk buku kita perlukan juga guru sebagai pembimbing.Apa yang lebih tepat lagi Ilmu Tafsir Quran kerana disini akan ada penghuraian mengapa ayat ini diturunkan,apa cerita disebaliknya dan harus difahami dengan lebih jelas agar kita tidak tersalah dalam meletakkan hukum.
Sebab itulah harus diingat untuk berpegang kepada sesuatu ayat,hendaklah disemak sama sebab penurunan ayat,apa kisah yang berlaku agar ianya tidak menyeleweng daripada teori penjustifikasian nilai islam yang menegaskan agar bimbingan dan pemupukan nilai taat pada Allah harus bermula seawal usia kanak2 lagi...Dalam bab ini kita perlu paksa,paksa dan paksa.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya,kelak bila dah jadi buluh parents jugak yang akan merasa peritnya saat baru tersedar untuk melentur,sebab buluh sudah keras dan tepu.
Pendidikan dalam islam lebih bersifat hikmah dan penghujungnya kebaikan.Perlembagaan ilahi bukan untuk menyusahkan tapi sebagai laluan mudah kesyurga abadi.Beruntunglah golongan yang mahu terus berusaha untuk mengecap 'manisnya' iman.
Islam menuntut agar ibubapa menyuruh anak2 diusia tujuh tahun supaya solat kalau engkar harus dirotan,pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan,menyuruh anak perempuan menutup aurat.Paksaan harus juga ada kolaborasi antara diplomasi dan toleransi..
"Kalau along tak sembahyang,diakhirat kelak abah yang kena seksa..along nak ke abah kena seksa???"
"Kakak,kakak tahu tak kakak sebenarnya mampu mengheret abah ke neraka??? jadi kalau tak mahu abah kena bakar api neraka kakak pakai tudung dan jangan tinggal solat ya..!"
Penyerapan imaginasi implikasi mungkin mampu meraih simpati jiwa anak2 pada orang yang disayangi lantas cuba mahu berbuat baik dalam masa yang sama tanamkan dalam hati apa sahaja kebaikan yang dilakukan bertujuan mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
1. Sembahyang Subuh - Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).
2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).
5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.
No comments:
Post a Comment