Pages

Thursday, July 21, 2011

Tersentuh hati...

Tersentuh hati baca artikel tulisan
Dr Asri Zainul Abidin
bertajuk "Dr Lo'Lo' sekadar yang saya kenali"

2 3 kali saya ulang baca..

Sungguh tinggi cita2 insan ini,
dalam tekad yang jitu serta istiqomah dalam
mengangkat martabat islam dan meletakkan
kemuliaan islam pada tempat yang sepatutnya...

Saya tak berkesempatan ke kantin sekolah
untuk membacanya
tapi saya baca melalui blogwalking..

Rasa nak sangat share kat sini
sebab ada beberapa phrase yang begitu syahdu dan
sangat mengesankan jiwa saya.

Namun,memikirkan ianya mengenai politik
baiklah saya copy paste n masuk dalam dokumen saya je..
sebab saya rasa pada suatu ketika saya perlukan
ayat-ayat dan tutur lembut serikandi ini
buat azimat sebuah perjuangan...

Tulisan dan pengisian pengalaman
Dr Asri dengan Dr Lo'Lo' buat saya terkesima
dan turut membawa bersama hati dan perasaan saya
untuk cuba merasai
betapa begitu mulia sekali perjuangan serta luhurnya
kasih dan sayang
'mutiara' ini pada perjuangan suci ini
sehingga ke saat terakhir kehidupannya..

Kita yang masih diizin bernafas ini
tidak merasa ralatkah atas kealpaan
dan kelalaian kita???

Fikirkan,bawa bersama hati dan iman
untuk mengembara ke perjalanan sana...
"Mengenai apa yang dipertanggungjawabkan kepada
kamu semasa didunia dahulu..."

Al-Fatihah,semoga Dr Lo'Lo' tergolong dalam golongan
hambanya yang soleh...

TulipUngu:: "Ohh,ada makna Lo'Lo' rupanya.."seorang sahabat bertanya.
"Ya,dalam ayat 22 surah ar-Rahman
yang membawa makna mutiara.." kata saya kepada seorang kenalan..

Subhanallah,hari ni hari khamis
saya lupa nak turun baca slot
"Dari Menara KL"

Dushh...!!!

Menyesal bila terlepas baca..!

No comments:

Post a Comment