Pages

Friday, July 22, 2011

Drama Sebabak

Watak Utama : Mak Cik Juaii Nasik..

Pelakon Pembantu : ..............

Alkisahnya,
Rutin setiap kali bercuti dikampung,saya tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menghabiskan masa2 berharga ini dengan adik beradik kesayangan saya.Selalunya tempat sasaran kami pada waktu petang ialah belakang rumah.Setelah setel urusan bisnes abah dlm pukul 5.30 petang, kami akan sama2 berseronok dan membersihkan kawasan.Sambil menunggu my bro kait kelapa,abah bagi makan lembu dan siram sayur2annya saya akan bersantai2 menyapu sampah dan menemani sikecik ini bermain...(biasanya kejar ayam atau mencantas pokok, itulah kerjanya).

Suatu ketika si manja ini sangat khusyuk bermain pasir dan memasukkan dalam mangkuk serta mengacau-ngacau dengan sudu..Ralit saya melihatnya..Sekadar mahu mengulang tayang nostalgia saat her sis kecik2 dulu macam tu la jugak..Seronok dengan dunia kanak2,adanya kolaborasi antara seronok,girang dan bahagia..

Saya : Adik buat apa tu???

Mia : Adik tengah kacau pasir ni..
(kalau saya kecik2 dulu mesti jawab tengah masak ni,hurmm jujurnya dia)

Saya : Hahh,adik kacau dulu ya..kejap lagi kakak datang beli ngan adik.

Mia : Ehh,apalah kakak ni nak beli pasir pulak..!

Saya Terkaget...Saya ingatkan mereka(kanak2 sekarang) sama seperti kami dulu kala,bermain2 pasir kacau dan juaii dalam bungkusan daun pisang.Duit pulak daripada daun jambu..

Saya masih cuba untuk membawa Nur Damya Harleena kepada keseronokkan dunia kanak2 saya dahulu yang bukan hanya fantasi...

Saya : Adik, adik bungkus nasi kerabu ya..kakak nak beli.(sambil menghulurkan daun jambu sebagai duit)

Mia : Ya Allah kakak ni,mana ada orang makan pasir..Tak boleh makanlah pasir!! Bukan makanan ni...

Saya : Terkejut+Terkesima (semua sanak saudara Ter menerawang di ruang minda...sungguh tegar..)

Kritis sungguh pemikiran kanak-kanak sekarang.Telus,rasa tak terfikir dia nak cakap macam tu kat saya.Sebenarnya saya sekadar mahu menyerap keseronokan bermain yang ada unsur jual beli yang pernah kami (knk2 dulu) 'lakonkan' dalam episod hidup anak kecil seusia dia...

No comments:

Post a Comment