Bismillahirrahmanirrahim...
Selalu kita dengar tentang hasrat dan impian.Hasrat,impian dan cita2 sangat mudah dilafazkan tapi sangat sukar untuk direalisasikan dalam hidup kita kerana ianya bergantung mengikut iltizam dan usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa.
"Ku Ingin menggapai bintang",sangat sedap bunyinya kan??..analoginya nak menjelaskan tentang suatu usaha untuk mencapai sesuatu walau sukar walau payah,impian mesti dicapai jua.
Memasang impian,membina harapan atau dalam islam dipanggil juga dengan niat..Contoh niat sepanjang rejab dan syaaban nak puasa sunat isnin dan khamis.Nak khatam Quran sebelum masuknya Ramadhan 1432H dan nak buat itu ini dengan azam dan tekad yang tinggi.Maknanya "lautan api sanggup ku redah"..macam tu lah lebih kurang nak menunjukkan kesungguhan dan kemahuan yang jitu bagi mencapai sasaran.
Banyak sebenarnya yang mahu dicapai,sebahagiannya sudah tercapai dan sebahagian lagi masih dalam proses kearah itu..Pelajaran,kerjaya,hidup berkeluarga,gembirakan mak abah/keluarga/semua orang dan kepingin sepenuh hidup dalam redhaNya (pagi petang siang malam,hidup dan mati...seterusnya..)
Alhamdulillah,DIA maha mengetahui segala yang terbaik untuk saya..walaupun cita-cita saya dalam pelajaran agak tersasar sedikit daripada matlamat sebenar,namun saya nampak DIA tetap bukakan lorong kearah itu..nak jadi Pensyarah kena jadi Pendidik dulu,nak bergelar Motivator perlu jugak ilmu dan pengetahuan tentang selok belok manusia bermula dari kanak-kanak sebagai tahap pertama 'bahan ujikaji' tidak rasmi kamu.Disitu kamu akan menemui titik mula bagaimana kaitan proses biologi manusia dan kolaborasi antara psikologi seawal usia 6 tahun sehingga dewasa...(Saya cuba memujuk diri...ermmm, mungkin masanya belum tiba).
Berkeluarga??? Ya Tuhan berikan saya 'masa kecemasan' itu..Bukan tidak pernah memikirkan namun sukar untuk diterjemahkan dengan kata2..Bukan niat untuk buatkan sebahagian insan itu menunggu..Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diperhalusi...
Mahu bahagiakan semua orang.Bahagianya hidup bila sepanjang hari yang kita lalui sepanjang 24 jam itu satu pun makhluk Allah dimuka bumi ini tak terasa hati dan tercalar rasa dengan kita.Tapi,hari2 saya selalu gaduh dengan lipas...huhuhu...
Saya selalu menyimpan hasrat untuk tidak menyakitkan hati orang walau dalam senda gurau sekalipun,hatta untuk sesuatu yang serius..Saya tak nak!! Mengenangkan kekhilafan diri yang sangat banyak,takut tak terampun, saya harus sentiasa sedar bahawa bukan semua orang suka dengan cara kita..dan sebagaimana kita ada juga yang kita tidak suka dengan cara orang lain!
Namun,saya manusia biasa tidak dapat lari dari itu semua.Semoga Allah selalu kurniakan saya kesedaran.
Marah dan agak tegang.! Kadang-kadang keadaan memaksa kita bersikap demikian..Selalu saya beritahu pada anak didik saya bahawa saya seorang yang liberal..boleh bergurau dan ketawa bersama,sanggup mendengar celoteh awak dan sangat serius ketika mengajar..waktu belajar kita belajar,waktu bermain kita main.Senang ja,prinsip tipikal seorang pendidik rasa agak tercabar bila diri tidak dihormati(dalam erti kata kita bercakap dia bercakap dan tak hormat..!) maka unsur-unsur ketegangan itu akan diterjemahkan melalui bebelan manja atau sedikit 'hadiah saguhati' pada mereka yang bersifat kurang beradab itu..
Liberalisasi..saya mahu zahirkan bahawa saya seorang yang sangat penyayang pada kanak-kanak..Suka dan sangat menyayangi golongan ini dan sesiapa yang mengetahui sedikit latar belakang tentang saya pasti turut akur dengan keobsesan saya pada golongan ini..Saya punya Nur Damya Harleena yang berusia 3 Tahun dan 2 orang anak buah Ayraa Qaleesya 6 bulan dan Ahmad NaQeeb al-Faesy 1 bulan (Jangan tak tahu,nama ketiga2 insan ini saya yang patrikan dalam sijil kelahiran mereka)..ada ketikanya saya jadi tak keruan bila tak memandang insan-insan kecil ini.
Sebab itulah saya nak anak didik saya tahu bahawa keadaan saya boleh berubah serta merta bila ada yang cuba mencabar! Jangan jadi tunggul,wujudkan pendirian supaya mereka lebih hormat pada kita.Saya tidak suka jika mereka takut,saya lebih sukakan nilai hormat..Kerana dalam hormat ada sayang,ikhlas dan taat!
Itu juga sebahagian daripada hasrat,didikan harus berdiplomasi dan penuh dengan kasih sayang.Satu lagi,bila saya tak suka bercakap "kau aku" maknanya secara automatik saya juga sangat pedih telinga bila orang bercakap "kau aku" dengan saya..Maaf,ini saya punya prinsip..! Kalau rasa macam nak berdarah mulut nak cakap "saya awak" baik diam..Ini semua telah saya trainkan pada Mia Leena seawal dia mula2 pandai bercakap..
Alhamdulillah,saya sukakan hasilnya..bila dia tidak menggunakan perkataan "aku" dengan saya tapi kadang2 pernah jugak terdengar perkataan itu dengan abang dan kakaknya yang lain.Tapi,bila dia perasan saya dengar,dia akan betulkan cepat2 atau menunjukkan muka bersalah..saya mahu dia belajar dari kesilapan!
Terkadang saya terfikir juga kenapa segala hasrat ini cuba digembar gemburkan disini,kalau ianya tersorok mungkin lebih baik persis mutiara yang disimpan didalam bekas berkaca lebih elok kilauannya daripada yang dibiarkan tanpa penutup.Suka saya menjelaskan letak duduk ayat tersebut mengikut apa yang pernah 'diazimatkan' pada saya..Konotasinya Wanita yang menutup aurat dan kehormatannya lebih mulia daripada yang mendedahkannya pada pandangan umum..
Namun,saya belum huraikan mengenai kronologi hebahan ini terutamanya hasrat dan impian.Kenapa perlu diwar-warkan..Okey saya mahu membawa pembaca kepada persoalan ini,Bagaimana kita nak mengajak orang lain untuk sama2 berbuat baik?? bagaimana pula cara yang terbaik untuk mengajak sebahagian golongan yang 'tersasar' kepada amar makruf nahi munkar dan bagaimanakah pula cara yang paling berhemah untuk memberitahu orang lain bahawa manisnya melalui hidup jika mengamalkan ajaran islam sebaiknya???
Selalu saya berfikir panjang,nak tulis ke tak nak..nak ke tak nak dalam masa yang sama tetap juga berdoa semoga Allah jauhkan saya daripada sifat takbur dan menunjuk2 kerana saya sangat takut dengan azab Allah..tapi bila saya ingat kembali jika dengan niat yang betul dan untuk kemaslahatan umum apa salahnya dikongsikan semuanya untuk kebaikan bersama.Semoga ianya menjadi salah satu daripada mekanisme terbaik sebagai menyahut seruan "ballighul auni wal ayat".
Bahagiakan semua orang,sebenarnya agak sukar namun kita harus berusaha kearah itu.Pada lidah yang selalu terlepas cakap,mata yang tersalah lihat,telinga yang 'tiada tapisan iso9002' dan hati yang selalu dimomok dengan bisikan syaitan seterusnya tercetuslah penjustifikasian sebuah episod amarah..Marah bertempat,betul! Subhanallah,sebenarnya kita sudah lupa diri..Itu semua dakyah makhluk bertanduk dua yang telah lama dulu pernah berjanji untuk memesongkan iman anak cucu adam..
Sebab itulah kita harus sentiasa sedar..
Melalui hari yang mendatang,cuba ingatkan pancaindera ini..
Mata,awak lihat benda yang baik2 aja ya!
Telinga, cubalah awak berkelakuan elok sikit..walaupun awak tak lepas piawaian iso9002,awak mungkin memenuhi kriteria SIRIM..! dengar perkara elok ja ya.
Mulut,sebab tu Allah bagi awak satu ja..Sebab yang satu ni pun rasanya tak tertanggung dosa! Basahkan dengan selawat dan zikir ya..! Opps,lupa nilai keburukan kita dulu, toksah cari keburukan orang..dalam erti kata lain.Perbaiki kesilapan diri kita...
Awasi semua pancaindera yang ada,nak senangkan dan bahagiakan makhluk dilangit dan dibumi bermula dari hati kita..hati yang sering direnjis dengan Nur Keimanan dan fitrah kasih sayang pada insan lain sama dengan sayang pada diri kita akan menghasilkan momentum seindah Cinta Rasul pada al-KhaliQ...
Nak tahu Key Performance Indeks (KPI) kasih sayang DIA pada kita cuba tengok dan nilai kasih makhluk dibumi pada kita..ramai tak yang sayang kita,demikianlah melimpah ruahnya kasih sayang Allah pada kita...
Konklusi yang terjangkau,jadikanlah Doktrin Ilahi sebagai Amalan Hidup Kita kerana indahnya hubungan kita dengan Pencipta,maka indahlah hubungan kita dengan makhluk yang diciptakanNya..Jaga Hak Allah,Allah akan jaga hak kita..Okey,Selamat Beramal...