Pages

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan Kali Ke-53



Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara Tercinta Kali ke-53.Semoga kita lebih memahami akan signifikasi sebenar erti kemerdekaan negara dalam usaha mendidik jiwa bangsa agar tahu menilai betapa peritnya melalui konfrontasi dan polemik yang melanda demi memperjuangkan maruah negara...


Saat ditayangkan Filem "1957 Hati Malaya" semalam,saya begitu teringat akan kenangan berkursus BTN selama 4 hari setengah di FELDA Tebing Tinggi tahun lepas.Awalnya tiada apalah sangat nak di dipedulikan coz tersangatlah penat dengan aktiviti seharian...Jam 6 pagi setiap hari saya hanya ready nak dengar lagu intro filem yg dinyanyikan oleh my feberet singer Siti Nurhaliza lepas tu saya terus berada diawang-awangan..Dalam kepenatan itu,sempatlah jugak menonton filem tersebut dan ditambah dengan dokumentasi yang menceritakan tentang keperitan dan kesengsaraan generasi terdahulu begitu berjuang bagi mempertahankan tanah air tercinta ini..


Aduss, syahdu sekali tatkala melihat sukarnya melalui hidup ditanah sendiri ketika kita dijajah..Memang membuatkan saya insaf..dan mahu menyelami erti kemerdekaan dari perspektif yang lebih memberi makna yg mndalam pada diri saya.Syukur alhamdulillah kita diberi izin olehNYA untuk merasai nikmat yang tidak terhingga ini..


SEJARAH~ My feberet subjek...Untuk memperkukuhkan lagi nilai jati diri dalam diri kita,seharusnya kita kembali kepada sejarah..Terlakar 1001 penderitaan,pengorbanan,perit jerih jua air mata keringat pada kesinambungan sebuah hayat kemerdekaan..Analogi yang lebih jelas harus diterjemahkan kepada muda mudi hari ini,Merdeka..merdeka..merdeka..bukan hanya bebas dari cengkaman penjajah tapi lebih daripada itu.


Patriotik jelas pada kibaran bendera juga perlu jitu pada pengetahuan dan ilmu tentang sejarah..harus tahu akan perihal tentangnya..Siapa itu Tok Janggut,Datuk Maharajalela,Dol Said,Mat Kilau,,Datuk Bahaman,Tok Gajah,Abdul Rahman Limbong,Mat Salleh dan ramai lagi tokoh2 yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi menuntut kemerdekaan di bawah mercu tanda kebebasan melangkaui nilai mempertahankan maruah,memperjuangkan kemerdekaan,mendominasi kuasa dan memanifestasikan hak yang memang menjadi milik kita .

No comments:

Post a Comment