Pages

Sunday, August 22, 2010

Khayalan VS Kenyataan..!

Beberapa hari yang lalu..ketika sedang khusyuk mendengar tazkirah solat terawih saya termengelamun untuk melakukan sesuatu yang telah lama saya tinggalkan..Bukan aktif sangat pun tapi pernahlah tegar melakukannya bila keboringan datang bertamu..


Wahhh..sebenarnya terdetik hati nak mengarang novel..eehh..ehh tak boleh..tak boleh novel nanti nak membikinnya boleh makan bulan dan tahun..sekadar cerpen yang panjangnya lebih kurang 5000 patah perkataan udah ler..


Sempatla lagi berkhayal..orang tengah bertazkirah kt depan,bukan ape masa tu tajuknya tidaklah menyengat sangat jadi membuatkan saya lalai dan diburu fantasi cerpen yang bakal digarap..(mungkinkah..???)


Nama watak telah difikirkan..
Disebabkan nama saya mula ngan N dan F jd sy teruja nak letak nama heronya ialah NAUFAL FAZREEQ..Manakala heroinnya QASEH SALSABILA..Best tak nama tu..Nama SALSABILA bermakna "Mata air dari Syurga"..Saya pernah berhasrat nak letak nama ni untuk anak buah dulu..Huhhh jauhnya khayalan saya..!


Nak kata sinopsis takk boleh coz jalan cerita tak dak lagii..okey kita panggil kerangka cerita..


Rangka cerita mengisahkan seorang wanita bernama QASEH SALSABILA yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.Lantaran kesusahan yang dialami dia terpaksa dipisahkan dengan abang dan adik kandungnya..QASEH dipelihara oleh sebuah keluarga angkat yang kaya..Manakala abang dan adiknya melata entah kemana..Kehidupan QASEH yang sering diburu cinta abang angkatnya menyebabkan QASEH rimas dan begitu mendesak agar ibu dan bapa angkatnya membenarkan dia tinggal di Kampus.Padahal keluarga angkatnya mampu menyediakan kereta bagi memudahkannya berulang alik dari kampus ke rumah..


Dalam masa yang sama seorang pensyarah pusat pengajiannya turut memendam rindu dan mendamba cinta dari QASEH..Dek kerana kesantunan dan kemuliaan akhlak yang dimiliki QASEH,maka tidak hairanlah dia sering menjadi rebutan insan2 bernama lelaki..Perkenalan QASEH SALSABILA dengan DR. NAUFAL FAZREEQ mula mencambahkan bibit2 cinta..


Namun,halangan maha besar harus dilalui demi sebuah hubungan berlandaskan Syariat..Tiada siapa menduga setelah segala persiapan perkahwinan dilakukan terbongkarlah suatu hakikat harus ditelan...Hakikat dan kebenaran yang begitu pahit untuk diterima...Kuasa Allah mengatasi segalanya abang kandung yang selama ini di cari2 rupa2nya insan yang selama ini setia mendampingi QASEH..NAUFAL FAZREEQ BIN JOHARI adalah insan yang dilahirkan dari perut yang sama dengan QASEH SALSABILA..Perit menghadapi kepayahan setelah rasa cinta harus ditukar kepada rasa sayang seorang adik kepada si abang..


~ Hahh macamana?? itu baru ringkasan dan kerangkanya...nak mengarang perlu betul2 ada mood...EMMM jauhnya saya berkhayalkan..Yang mnjadi persoalan, cerita ini mungkin akan dicerpenkan atau khayalan sy pada malam itu sahaja..


Huiisshh x berapa baguslah orang tengah tazkirah,kita duk pikir benda lain..Kalau rajin mungkin khayalan tadi akan dijelmakan kenyataan melalui cerpen pendek..Kalau malas mungkin ianya akan berkubur begitu sahaja..!!


Okeylah,saya rasa nak buat Kuih Puteri Bersiramlah sat lagi..Ini bukan khayalan ya,ini kENYATAAN...!!

No comments:

Post a Comment