Pages

Wednesday, August 11, 2010

Bila dah terpikat..

Sebelum ni pun dah mula timbul bibit-bibit suka padanya,namun dipendamkan saja pasaii masa tu dia punye rege tersangatlah mahaii..P kat Butik Crocs kat Curve Damansara aduss dia punye rege RM300 ke bawah..dan pada ketika itu belum timbul lagi unsur2 yang bisa meragut sensitiviti ummat islam pada logo Crocs...Masih menguatkan iman untuk tidak membeli kasut ni sebab kalau harga macam tu just untuk letak dikaki, mintak maaflah yer..kalau baju Batik Terengganu tu ok lah jugak..

Namun kejelesan tetap jugak timbul,bila ada kawan yg beli kasut ni dgn harga hampir mencecah RM200 hengget tapi dia punya kualiti masih elok walau telah tiga tahun memakainya..nak jugak..nak jugakkk..Tapi masa itulah timbul isu hangat yang melibatkan logo Crocs yang persis kalimah Allah pada tapak kaki...Masa tu dah tutup pintu hati kemas2..tak nak ahh kasut Crocs..demi menjaga nilai sensitiviti muslim dalam diri..Biarlah orang lain nak beli banyak mana pun,saya tetap ngan pendirian tak nak beli..Bukan mahu dianggap racis...namun setidak2nya wujud juga rasa sensitif dan tersentap bila kalimah Allah yang kita sanjungi diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab..

Namun,kunjungan ke Jalan TAR lastweek membuatkan si tulip ungu mula terpikat balik pada kasut nihh..tanpa disedari my sister in law telah mensnap..snap gambar kasut nihh..Apa yg mnjadi persoalan adakah minat pada kasut atau mungkin juga hanya terpikat pada kalernya je kot..tilik punya tilik,harganya bukannya mahaii sangat pun,tapi tak beli jugak..Mungkin masih menghadapi dilema antara ability diri pada memilikinya dan juga demi mempertahankan prinsip diri selama ini..

No comments:

Post a Comment