Memang tidak dapat dinafikan keseronokan dan kegembiraan menjalani ibadah berpuasa bersama mak abah dan keluarga tersayang merupakan detik dan saat terindah yang sering dinanti-nantikan...Namun demi kelestarian hidup semua itu harus dikorbankan...Timbul juga rasa syahdu bila mengenangkan petang2 ramadhan bila kat umah..Lepas asar sat g nak menyibuk ngan mak kat dapur,tolong apa yang patut..bakar ayam,ikan..pastu uli kuih..Bahagia menanti waktu berbuka puasa...
Namun semenjak tujuh tahun kebelakangan ini saya jarang sekali dapat menikmati suasana tersebut.Dapat rasa pun kejap je itupun seminggu sblum raya..Tidak mengapalah,kehidupan harus diteruskan..(ceaaceaa ayat manusia yang redha..)...Bila diamati saya rasa mahu memandang semua ini dari sudut hikmah dan bertuahnya saya.Pelbagai ilmu,budaya dan cara telah saya temui dalam menjalani ibadah puasa mengikut tempat yang saya mukimi..
Masa zaman belajar kat UPM dulu ,budayanya dikelilingi pelajar2 yang pelbagai latar belakangnya...sebaya dan sekepala,senang nak rancang "nk beli juadah kt mana ekk hr ni..??" Itu baru bab makan...dan yg paling melucukan gara2 terlampau excited nak p solat teraweh kat surau kolej 12,akibat terlampau ramai yg mahu merebut pahala sunat trsebut..rupa2 kami terpaksa solat atas tar..huhu sedey...Zaman maktab pulak taklah seadvance zaman U..dikelilingi mak2 orang yang sentiasa bergegas nak balik umah.Maklumlah student KPLI ni biasanya dah mak2 orang yg anak 2 3..
Latest,sy rasa begitu bertuah bila dapat mmpelajari budaya baru orang disini..Bukan nak cerita tentang amal ibadah kita..Itu semua antara kita dengan Tuhan.Tapi sekadar nak berkongsi pengalaman..Suka tengok suasana disini..budaya jemaah perempuan ialah memakai baju kurung sepasang dan jubah yang kelihatan begitu formal untuk solat teraweh selain disarungkan dengan telekung sembahyang.Bagi saya dikampung bila nak p solat teraweh cukuplah sekadar bert-shirt dan berkain batik..Tapi disini ianya sungguh berlainan sekali..Banyak yang sy perolehi tentang kepelbagaian budaya mengikut sesuatu tempat.Ini semua sebenarnya ilmu dan pengetahuan yang baru buat saya..
Bila dipandang dari sudut pengalaman ia sebenarnya sungguh menyeronokkan.Tidaklah kita dianggap stereotaip je duk melalui budaya dan cara kehidupan yang sama tanpa ada unsur2 dinamik dalam mengetahui kepelbagaian dan kekayaan budaya yang telah wujud..Oklah tu dah makin matang budak nihh..hua..hhaahaa..apa yg pnting sy rasa cukup bahagia bila menerima juadah berbuka daripada mak angkat..Terima kasih bebanyak..my feberet tu..
No comments:
Post a Comment