Kepudingan Kerotian..Siap untuk dimakan 7.32 Malam..
!!!...Gambar telah dipost..namun tidak berjaya dijelmakan setelah 2 kali mncuba..Awalnya dapat, tapi bila diview blog dia ghaib and empty...So sy mngambil langkah drastik untuk mendeletenya drpd dibiarkan kosong...
Proses pembikinan..
Memang terlebih vitamin Rajin minggu nihh..ingat nak buat kuih-muih pada hari minggu jjer..tapi hari ni walaupun hari berkerja virus kerajinan masih melekat dalam diri..ceawwahh..Maknanya selama ni yang dok kata tak dan masa, x sempatla,hanya alasan semata2..padahaii sempat jekk..Balik skul pukuii 5.30 petang singgah kedai runcit jap beli susu cair dan esen vanilla..
Malaihh nak bertangguh2 coz pengukus tu ada orang yang bagi pinjam..(Terima Kasih Kak Wani ,kerna memahami perasaan mengidam adikmu ni yg nak sangat makan Puding Roti buatan sendiri..huhuhu..) So,untuk tidak berlama2 pinjam barang orang Cik Tulip Ungu terpaksa menyegerakan pemprosesan Puding Roti sebab esok dah nak hantar pengukus kak wani.
Bahan2nya...
Bahan A
8 keping roti( Roti boleh dicarik @ diblander sekali..)
1 Tin susu cair
3 Cawan air
Bahan B
5 @ 6 biji telur
1 cawan gula
1 sudu esen vanilla
Bahan C
1 Cawan gula(hanguskan) + 1 cawan air
~ Perjalanan cerita sang puding roti~Setelah dihanguskan gula dan air,campurkan Bahan A dan B kemudian kacau sehingga serasi bersama dan tuangkan ke dalam loyang...Kukus selama 30-40 minit....
Sokongan padu kamu semua..Maka terlerailah kerinduan nak makan puding roti..
Nampak gayanya Laman Blog Cik Tulip Ungu akan bertukar kepada laman resepi pulak lepaihh nih..dah 3 ari dia dok menyengalkan diri mengapearance pelbagai resepi pembuka selera..Yalah daripada kita dok cerita benda yang tak berfaedah baiklah kita berkongsi2 resepi...huhuhu...Sempena ramadhan yang mulia ini ada baiknya juga kita isi bersama kesempatan yang ada dengan amalan2 sunat bulan ramadhan...bukan hanya melampiaskan nafsu serakah melayan selera makan yang tidak2...Ramadhan juga haruslah dijadikan medan tarbiyyah diri kearah kesempurnaan diri yang mana seterusnya akan menjelmakan kita kepada fitrah manusia yang sebenar..Justeru ayuhlah teman2 imarahkannya dengan bertadarrus al-Quran,bertarawih dan amalan2 sunat lain seperti bersedekah dan sebagainya....
No comments:
Post a Comment