Masih termanggu dihadapan My Lappy..duk pikir apa dia yang nak ditulis..Oleh kerana halwa pendengaran saya syahdu duk dengar lagu2 raya,jadi saya rasa amat teruja nak cerita tentang nostalgia raya dolu-dolu..Uhh tak mo ahhh lambat lagi nak raya,ari ni baru 14 Ramadhan...
Kita kongsi Fakta pasaii posa ahh,Tahukah anda?? Ummat islam mula berpuasa pada tahun ke 2 hijrah..dan Nabi Muhammad SAW sempat berpuasa sebanyak 8 kali Ramadhan sahaja.Tahun seterusnya Rasulullah telah mengadap illahi.Kita dah berapa kali ramadhan ekk??? diberi kesempatan dan peluang olehNYA untuk memperhambakan diri,menyucikan dosa2 dan mendidik jiwa..Seterusnya kembali kepada fitrah seolah2 insan yang tiada noda dan dosa bila menjengahnya eidul fitri...
Sepatutnya begitu,namun puasa sebenarnya belum lagi dijadikan momentum untuk meningkatkan amal ibadat..dan sebenarnya lebih enak digelar bulan ramadhan drpd bulan puasa kerana bulan ramadhan bukan sahaja skip kepada menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat tapi sebenarnya signifikasi ramadhan ialah lebih luas daripada itu.(pengertian ini saya ingat sampai la ni..saya hafal masa form 1 lg..huhuhu..)
Hakikat ramadhan ialah bulan pentarbiyahan diri.Menahan melakukan sesuatu yang menjadi "darah daging" kita selama ini..Segalanya harus di"puasa"kan.Bagi manusia yang kurang sabar digalakkan lebih banyak bersabar,kurangkan marah,sedikitkan bercakap kerna dibimbangi akan bercakap benda yang sia2..
Dan apa yang penting harus ada kombinasi antara jiwa dan hati and mind setting dari awal2 ramadhan lagi "Ya Allah Ya Tuhanku semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya,Moga kau limpahkanlah kerahmatan dan kasih sayangmu padaku,dan harapan moga dikurniakan "kerajinan" dan kekuatan untuk memperhambakan diriku padaMu sebagai tanda syukurku padaMU setelah segala "pemberian demi pemberianMU" ku terima..Inilah jua tanda syukurku padaMU" dan "semoga roh2 beribadah dan pengabdianku padaMu bukan hanya dipersinggahan ramadhan sahaja tapi sebagai kelestarian hidupku sebelum berjumpaMU.."
Huhuhu dalam tak tau apa nak ditulis sempat agi membebel sendiri..Sebenarnya semua ini sebagai ingatan kepada diri saya sendiri..adik beradik dan keluarga saya..Selebihnya kalau para pembaca rasa saya dipihak yang benar..maka kebenaran itu haruslah dimenifestasikan dengan perbuatan sama..uhu..huhu..
Sampai la ni saya dok teringat isi dalam tazkirah beberapa hari lepas katanya
" berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.."...huhuhu tak mo macam tu..Moga kita sama2 memperoleh keberkatan dan menjadi dikalangan orang2 terpilih..
No comments:
Post a Comment