Pages

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan Kali Ke-53



Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara Tercinta Kali ke-53.Semoga kita lebih memahami akan signifikasi sebenar erti kemerdekaan negara dalam usaha mendidik jiwa bangsa agar tahu menilai betapa peritnya melalui konfrontasi dan polemik yang melanda demi memperjuangkan maruah negara...


Saat ditayangkan Filem "1957 Hati Malaya" semalam,saya begitu teringat akan kenangan berkursus BTN selama 4 hari setengah di FELDA Tebing Tinggi tahun lepas.Awalnya tiada apalah sangat nak di dipedulikan coz tersangatlah penat dengan aktiviti seharian...Jam 6 pagi setiap hari saya hanya ready nak dengar lagu intro filem yg dinyanyikan oleh my feberet singer Siti Nurhaliza lepas tu saya terus berada diawang-awangan..Dalam kepenatan itu,sempatlah jugak menonton filem tersebut dan ditambah dengan dokumentasi yang menceritakan tentang keperitan dan kesengsaraan generasi terdahulu begitu berjuang bagi mempertahankan tanah air tercinta ini..


Aduss, syahdu sekali tatkala melihat sukarnya melalui hidup ditanah sendiri ketika kita dijajah..Memang membuatkan saya insaf..dan mahu menyelami erti kemerdekaan dari perspektif yang lebih memberi makna yg mndalam pada diri saya.Syukur alhamdulillah kita diberi izin olehNYA untuk merasai nikmat yang tidak terhingga ini..


SEJARAH~ My feberet subjek...Untuk memperkukuhkan lagi nilai jati diri dalam diri kita,seharusnya kita kembali kepada sejarah..Terlakar 1001 penderitaan,pengorbanan,perit jerih jua air mata keringat pada kesinambungan sebuah hayat kemerdekaan..Analogi yang lebih jelas harus diterjemahkan kepada muda mudi hari ini,Merdeka..merdeka..merdeka..bukan hanya bebas dari cengkaman penjajah tapi lebih daripada itu.


Patriotik jelas pada kibaran bendera juga perlu jitu pada pengetahuan dan ilmu tentang sejarah..harus tahu akan perihal tentangnya..Siapa itu Tok Janggut,Datuk Maharajalela,Dol Said,Mat Kilau,,Datuk Bahaman,Tok Gajah,Abdul Rahman Limbong,Mat Salleh dan ramai lagi tokoh2 yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi menuntut kemerdekaan di bawah mercu tanda kebebasan melangkaui nilai mempertahankan maruah,memperjuangkan kemerdekaan,mendominasi kuasa dan memanifestasikan hak yang memang menjadi milik kita .

Friday, August 27, 2010

Rezeki 16 Ramadhan..

Setelah seringkali duk bertandang ke Bazar Ramadhan dekat skul.Terbit jugakk rasa muak di hati..Kehidupan perlu dinamik..perlu ada kepelbagaian merasai "operasi tunjuk2" dalam pesta bazar ramadhan..


" Saya rasa dah cemuihh la kat bazar ramadhan ni,kita g bazar lain lah pulak.." saya sekadar melontarkan pandangan.."Okey jugak tu.."..balas seorang teman..


Sesampainya di bazar ramadhan,duk terpikir2 nak makan apa ya??? Macam dah boring sangat makan nasikk..Okesslah hr ni nk mkn Char Kuey Tiau, jus carrot n kueh kasui..emm..yummy..yummyy..


Tapi,tiba2 saya disapa oleh seseorang yang tidak saya kenali..nak kata jiran sebelah menyebelah teramatlah tidak,mak cik lorong perumahan pun tidak..(kalau ya..bukannya kenaii pun..khilaf sndiri..!) Ditangannya ada terbimbit beg plastik berisi kueh mueh..Diberinya kepada saya...Aduss syahdunya terasa.."Dia kata sebab ngajar anak dia.."..Seganlah pulakk nak menerima pemberian..
Dalam duk segan terima jugakk,yalah orang dah bagikan..Terusik jiwa saya dengan pemberian tersebut..banyak pulak tu,ada agar2,karipap,batang buruk dan satu kueh yg saya x berapa kenaii nama dia...Alhamdulillah syukur tak terhingga dengan rezeki yang tak disangka2 ini..

Thursday, August 26, 2010

Spesifikasi MISKIN...

Beberapa hari kebelakangan ini sibuk para guru mengumpul nama2 murid yang dikategorikan layak menerima sumbangan zakat..Ianya melibatkan anak yatim,yatim piatu dan susah..Yang yatim tu agak mudah bila ditanya siapa yang kematian ayah atau mak..senang sahaja diisi namanya..Namun bila melibatkan yang susah tu,saya agak kurang jelas sedikit spesifikasi tentangnya..


Sukar menterjemahkan makna miskin jika persoalan itu hanya ditanya secara rawak.."Alahh awak ni miskin tu susahlah maknanya.." Kata seseorang kpd sy..Saya pun bukannya jahil sangat akan simily perkataan tersebut..Namun apa yang nak dirungkaikan disini cukupkah sekadar kita masuk ke setiap kelas dan tanya.."Siapa yang miskin kat sini??"


Kemiskinan sememangnya terzahir pada benda maujud yang dapat kita lihat,sentuh dan rasa..Usah dicerita pasal miskin hati..Kita nak cerita sekarang tentang miskin material..Susah jugak nak cari pelajar yang betul2 miskin mengikut spesifikasi yang jelas dan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah..


Sebaliknya,apa yang paling saya nak tergelak dan telah tergelak ialah bagi mengukur tahap kemiskinan dan kesusahan pelajar adalah melalui persoalan ini..."Rumah siapa tak de ASTRO???"..Sepatutnya SAYA lah orang itu sebab rumah kami takde astro...huhuhu miskinnya saya..Memang layaklah sesangat nak dapat bantuan tu..Bolehkah diukur tahap ketidakmampuan sesebuah keluarga hanya melalui langganan ASTRO...Saya merasakan pemasangan astro belum lagi dapat dijadikan reason yang jelas kepada penjustifikasian layaknya seseorang menerima bantuan Zakat..Huhhh diktatornya saya...!!


Saya berkata sedemikian kerna kenyataan ini, untuk pengetahuan anda semua..Tahun ini jer abah saya baru berlembut hati bagi pasang astro kat umah..dia tak bagi sbb takut his kiddos (anak2nya) 24 jam mengadap TV dan tak baca buku..bukan nak cerita tentang mampu tak mampu tapi ini melibatkan prinsip yang tak nak bagi anak2 terlampau meraja2kan hiburan..Mungkin juga ada parents kat sini yang tersangatlah berkemampuan tapi sanggup mempertahankan prinsip sebagaimana my dad..


Dari sudut mana sebenarnya cara nak mengukur tahap kemiskinan agar sumbangan ini disalurkan kepada pihak yang benar2 memerlukan..Awal2 saya tidak bercerita tentang data sebab kebanyakan form yang diisi tidak lengkap..terutamanya melibatkan alamat tempat tinggal dan pendapatan bulanan isi rumah..


Wahh,betapa berjuangnya saya..Bukan apa saya sebenarnya sedikit terpanggil dengan soalan pengukuran prestasi kemiskinan td tu jekk..yang saya rasa tersangatlah tidak relevan...(bukan nk condem punn tp sekadar sedikit suara hati..)..for the next time lehla kita pikir soalan2 yang lebih advance lg utk nk explore siapakah golongan yang benar2 tidak berkemampuan itu...

Tuesday, August 24, 2010

Puasa OHH Puasa..

Masih termanggu dihadapan My Lappy..duk pikir apa dia yang nak ditulis..Oleh kerana halwa pendengaran saya syahdu duk dengar lagu2 raya,jadi saya rasa amat teruja nak cerita tentang nostalgia raya dolu-dolu..Uhh tak mo ahhh lambat lagi nak raya,ari ni baru 14 Ramadhan...


Kita kongsi Fakta pasaii posa ahh,Tahukah anda?? Ummat islam mula berpuasa pada tahun ke 2 hijrah..dan Nabi Muhammad SAW sempat berpuasa sebanyak 8 kali Ramadhan sahaja.Tahun seterusnya Rasulullah telah mengadap illahi.Kita dah berapa kali ramadhan ekk??? diberi kesempatan dan peluang olehNYA untuk memperhambakan diri,menyucikan dosa2 dan mendidik jiwa..Seterusnya kembali kepada fitrah seolah2 insan yang tiada noda dan dosa bila menjengahnya eidul fitri...


Sepatutnya begitu,namun puasa sebenarnya belum lagi dijadikan momentum untuk meningkatkan amal ibadat..dan sebenarnya lebih enak digelar bulan ramadhan drpd bulan puasa kerana bulan ramadhan bukan sahaja skip kepada menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat tapi sebenarnya signifikasi ramadhan ialah lebih luas daripada itu.(pengertian ini saya ingat sampai la ni..saya hafal masa form 1 lg..huhuhu..)


Hakikat ramadhan ialah bulan pentarbiyahan diri.Menahan melakukan sesuatu yang menjadi "darah daging" kita selama ini..Segalanya harus di"puasa"kan.Bagi manusia yang kurang sabar digalakkan lebih banyak bersabar,kurangkan marah,sedikitkan bercakap kerna dibimbangi akan bercakap benda yang sia2..


Dan apa yang penting harus ada kombinasi antara jiwa dan hati and mind setting dari awal2 ramadhan lagi "Ya Allah Ya Tuhanku semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya,Moga kau limpahkanlah kerahmatan dan kasih sayangmu padaku,dan harapan moga dikurniakan "kerajinan" dan kekuatan untuk memperhambakan diriku padaMu sebagai tanda syukurku padaMU setelah segala "pemberian demi pemberianMU" ku terima..Inilah jua tanda syukurku padaMU" dan "semoga roh2 beribadah dan pengabdianku padaMu bukan hanya dipersinggahan ramadhan sahaja tapi sebagai kelestarian hidupku sebelum berjumpaMU.."


Huhuhu dalam tak tau apa nak ditulis sempat agi membebel sendiri..Sebenarnya semua ini sebagai ingatan kepada diri saya sendiri..adik beradik dan keluarga saya..Selebihnya kalau para pembaca rasa saya dipihak yang benar..maka kebenaran itu haruslah dimenifestasikan dengan perbuatan sama..uhu..huhu..


Sampai la ni saya dok teringat isi dalam tazkirah beberapa hari lepas katanya
" berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.."...huhuhu tak mo macam tu..Moga kita sama2 memperoleh keberkatan dan menjadi dikalangan orang2 terpilih..

Sunday, August 22, 2010

Khayalan VS Kenyataan..!

Beberapa hari yang lalu..ketika sedang khusyuk mendengar tazkirah solat terawih saya termengelamun untuk melakukan sesuatu yang telah lama saya tinggalkan..Bukan aktif sangat pun tapi pernahlah tegar melakukannya bila keboringan datang bertamu..


Wahhh..sebenarnya terdetik hati nak mengarang novel..eehh..ehh tak boleh..tak boleh novel nanti nak membikinnya boleh makan bulan dan tahun..sekadar cerpen yang panjangnya lebih kurang 5000 patah perkataan udah ler..


Sempatla lagi berkhayal..orang tengah bertazkirah kt depan,bukan ape masa tu tajuknya tidaklah menyengat sangat jadi membuatkan saya lalai dan diburu fantasi cerpen yang bakal digarap..(mungkinkah..???)


Nama watak telah difikirkan..
Disebabkan nama saya mula ngan N dan F jd sy teruja nak letak nama heronya ialah NAUFAL FAZREEQ..Manakala heroinnya QASEH SALSABILA..Best tak nama tu..Nama SALSABILA bermakna "Mata air dari Syurga"..Saya pernah berhasrat nak letak nama ni untuk anak buah dulu..Huhhh jauhnya khayalan saya..!


Nak kata sinopsis takk boleh coz jalan cerita tak dak lagii..okey kita panggil kerangka cerita..


Rangka cerita mengisahkan seorang wanita bernama QASEH SALSABILA yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.Lantaran kesusahan yang dialami dia terpaksa dipisahkan dengan abang dan adik kandungnya..QASEH dipelihara oleh sebuah keluarga angkat yang kaya..Manakala abang dan adiknya melata entah kemana..Kehidupan QASEH yang sering diburu cinta abang angkatnya menyebabkan QASEH rimas dan begitu mendesak agar ibu dan bapa angkatnya membenarkan dia tinggal di Kampus.Padahal keluarga angkatnya mampu menyediakan kereta bagi memudahkannya berulang alik dari kampus ke rumah..


Dalam masa yang sama seorang pensyarah pusat pengajiannya turut memendam rindu dan mendamba cinta dari QASEH..Dek kerana kesantunan dan kemuliaan akhlak yang dimiliki QASEH,maka tidak hairanlah dia sering menjadi rebutan insan2 bernama lelaki..Perkenalan QASEH SALSABILA dengan DR. NAUFAL FAZREEQ mula mencambahkan bibit2 cinta..


Namun,halangan maha besar harus dilalui demi sebuah hubungan berlandaskan Syariat..Tiada siapa menduga setelah segala persiapan perkahwinan dilakukan terbongkarlah suatu hakikat harus ditelan...Hakikat dan kebenaran yang begitu pahit untuk diterima...Kuasa Allah mengatasi segalanya abang kandung yang selama ini di cari2 rupa2nya insan yang selama ini setia mendampingi QASEH..NAUFAL FAZREEQ BIN JOHARI adalah insan yang dilahirkan dari perut yang sama dengan QASEH SALSABILA..Perit menghadapi kepayahan setelah rasa cinta harus ditukar kepada rasa sayang seorang adik kepada si abang..


~ Hahh macamana?? itu baru ringkasan dan kerangkanya...nak mengarang perlu betul2 ada mood...EMMM jauhnya saya berkhayalkan..Yang mnjadi persoalan, cerita ini mungkin akan dicerpenkan atau khayalan sy pada malam itu sahaja..


Huiisshh x berapa baguslah orang tengah tazkirah,kita duk pikir benda lain..Kalau rajin mungkin khayalan tadi akan dijelmakan kenyataan melalui cerpen pendek..Kalau malas mungkin ianya akan berkubur begitu sahaja..!!


Okeylah,saya rasa nak buat Kuih Puteri Bersiramlah sat lagi..Ini bukan khayalan ya,ini kENYATAAN...!!

Friday, August 20, 2010

Kasihnya IBU

Kasihnya IBU membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa...


Demikianlah ungkapan yang paling sesuai menyingkap luhurnya kasih insan bergelar IBU.Terdetik hati mengupas tentang cerita hati seorang ibu seusai perkenalan saya dengan seorang kenalan baru.Seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan empat orang anak yang masih kecil demi sebuah tugas pada agama ,bangsa dan negara.


Andai mampu ditransperensi hati seseorang,saya rasa saya juga mungkin turut bersedih dan mengalirkan air mata kerana turut bersimpati dengan insan ini.Mana mungkin,dia mampu menanggung rindu pada insan2 yang sering berdamping dengannya selama ini.Anak seawal usia 2 tahun sememangnya banyak membangkitkan suasana seronok..Pada usia itu banyak keletah dan ragamnya yang bisa mengundang rindu pada si ibu..


Namun apalah sangat yang mampu saya katakan,hanyalah sabar sebagai penguat semangat buatnya.Hanya dengan senjata sabar sahajalah yang mampu menuntun kita menghadapi hidup ini dengan penuh cekal dan tabah.Usah dicerita tentang emosi,riak wajah sudah jelas menggambarkan kesengsaraan yang dialami..OHH peritnya menanggung rindu..Saya,yang belum dapat merasai naluri sebenar seorang ibu,hanya mampu memandang dari jendela simpati..Sukar sebenarnya untuk menerobos ke dalam liang hati nurani seorang ibu.


Suatu ketika akibat penat mengejar MIA LEENA masa keluar shopping,pernah terkeluar dari mulut saya " Mak,macam mana lah kalau budak ni hilang???"..Lantas my mom jawab "Kalau dia hilang , mak umpama hilang nyawa..!"...Subhanallah sampai begitu sekali analogi ataupun perbandingan kasih sang ibu pada anaknya..


Huhu..nak jadi anak yang baik dan lagi baiklah selepas ini..Namun saya juga pernah terbaca pasaii hukum karma..Macam ni bunyinya " Walau baik macam manapun kamu melayan anak kamu,tapi pd kedua ibu bapamu kamu melayan dengan layanan yang buruk..Begitulah akan terjadi pada kamu kelak..!"..Ceritanya macam ni kalau kita bukan main sayang bukan kepalang pada anak kita,tapi pada ibu bapa kita tidak memberi layanan sebaiknya..Maka suatu hari kelak anak kamu juga akan melayan kamu sebagaiman kamu layan ibu bapa kamu..Hahh itu dia pasaii hukum karma..


TAPI..ibu yang melahirkan anak luar nikah tu yang sanggup membuang anaknya sendirikk ??? Telah dicabut rasa kasih dan sayangnya demi menutup sebuah keaiban...Ibu yang melahirkan anak luar nikah sebenarnya tidak melalui sakitnya proses melahirkan anak..Padahal sakit bersalin itulah sebenarnya yang telah menghapuskan dosa2 kita..


Pada semua yang bergelar ibu,terutama sahabat2ku yang terpaksa berjauhan dengan permata hati demi tuntutan tugas semoga dikurniakan ketabahan hati dan kecekalan jiwa dalam menghadapi ujian ini..Bermohonlah kepadaNYA moga dibekalkan rasa ketenangan emosi dalam menghadapi semua ini.

Monday, August 16, 2010

Pembuka selera lagi...@ PuDiNg rOTi

Kepudingan Kerotian..Siap untuk dimakan 7.32 Malam..

!!!...Gambar telah dipost..namun tidak berjaya dijelmakan setelah 2 kali mncuba..Awalnya dapat, tapi bila diview blog dia ghaib and empty...So sy mngambil langkah drastik untuk mendeletenya drpd dibiarkan kosong...


Proses pembikinan..


Memang terlebih vitamin Rajin minggu nihh..ingat nak buat kuih-muih pada hari minggu jjer..tapi hari ni walaupun hari berkerja virus kerajinan masih melekat dalam diri..ceawwahh..Maknanya selama ni  yang dok kata tak dan masa, x sempatla,hanya alasan semata2..padahaii sempat jekk..Balik skul pukuii 5.30 petang singgah kedai runcit jap beli susu cair dan esen vanilla..


Malaihh nak bertangguh2 coz pengukus tu ada orang yang bagi pinjam..(Terima Kasih Kak Wani ,kerna memahami perasaan mengidam adikmu ni yg nak sangat makan Puding Roti buatan sendiri..huhuhu..) So,untuk tidak berlama2 pinjam barang orang Cik Tulip Ungu terpaksa menyegerakan pemprosesan Puding Roti sebab esok dah nak hantar pengukus kak wani.


Bahan2nya...

Bahan A 

8 keping roti( Roti boleh dicarik @ diblander sekali..)

1 Tin susu cair

3 Cawan air

Bahan B

5 @ 6 biji telur

1 cawan gula

1 sudu esen vanilla

Bahan C

1 Cawan gula(hanguskan) + 1 cawan air

~ Perjalanan cerita sang puding roti~Setelah dihanguskan gula dan air,campurkan Bahan A dan B kemudian kacau sehingga serasi bersama dan tuangkan ke dalam loyang...Kukus selama 30-40 minit....

Sokongan padu kamu semua..Maka terlerailah kerinduan nak makan puding roti..

Nampak gayanya Laman Blog Cik Tulip Ungu akan bertukar kepada laman resepi pulak lepaihh nih..dah 3 ari dia dok menyengalkan diri mengapearance pelbagai resepi pembuka selera..Yalah daripada kita dok cerita benda yang tak berfaedah baiklah kita berkongsi2 resepi...huhuhu...Sempena ramadhan yang mulia ini ada baiknya juga kita isi bersama kesempatan yang ada dengan amalan2 sunat bulan ramadhan...bukan hanya melampiaskan nafsu serakah melayan selera makan yang tidak2...Ramadhan juga haruslah dijadikan medan tarbiyyah diri kearah kesempurnaan diri yang mana seterusnya akan menjelmakan kita kepada fitrah manusia yang sebenar..Justeru ayuhlah teman2 imarahkannya dengan bertadarrus al-Quran,bertarawih dan amalan2 sunat lain seperti bersedekah dan sebagainya....


Sunday, August 15, 2010

Selera Ramadhan...Biji Nangka @ Butir NakO


Wahhh..wahhh kerajinan begitu menyelubungi diri.Semenjak dua menjak nehh..Bukannya apa lagipun hari minggu kan..daripada duk mengadap benda ni baikla saya mengadaptasi semula ilmu yang pernah dipelajari sebelum ini..Menu hari ini biasa2 saja..yang sedang2 bagi orang bujang macam kami..huhuhu..okey sebagai pencuci mulut ataupun penghias meja makan, cik tulip ungu begitu terkinja nak buat Biji Nangka...Namun disebabkan halba takde,maka terpaksalah dia mengkeluarkan dirinya dari kepompong perumahan bagi mencari sang halba yang merupakan bahan penting di sebalik The Making Of Biji Nangka...Kebetulan pergi umah kawan kat Kampung Melayu Sungai Buloh,maka menyinggahlah ia membeli halba dikedai runcit adanya..kwang..kwang..


Disebabkan bahu jemala patik ini tidak terdaya lagi menahan kegiuran mahu menyantap santapan ini,selayaknya patik jugalah harus menyediakan juadah ini..maka segala perkakasan haruslah disediakan secukup adanya..Antara bahan-bahannya...

Tepung Beras Pulut

Pewarna(kuning)~ nampak sangat warna ni je ada..dr smalam duk gune kaler ni jjekk..

Secawan air

Gula melaka

Santan

Gula Pasir

Sesudu Halba

Daun Pandan..~sampai sudah tak bubuh cz malu nk mintak ngn jiran dpn umah..huhu




Cara2 Mmbuatnya...

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahimmm...Uli menguli tepung pulut tadi bersama air dan sedikit pewarna..Kendian dalam masa yang sama kita haruslah(bukan harus tp Wajib..!!) mmbuat kuahnya sekali..Untuk membuat kuah,Tuan-tuan dan Puan-puan dikehendaki memasak santan terlebih dahulu kemudian masukkan gula melaka barang sekeping adanya...kemudian kacau dan kacau...masukkan gula kacau kemudian masukkan halba...kacau tunggu ia mendidih kemudian masukkan daun pandan (Bukan pulau pandan ya..!)..Seterusnya mendidihlah kuah tadi..Masa tengah mendidih tu bolehlah kita masukkan Tepung yang telah diuli tadi...buat bentuk macam biji nangka ya..! kalau tidak markah anda akan dipotong sebab tak ikut spesifikasi yang telah ditetapkan....Okesss siap..Ini juga santapan kasih sayang...Puas hatiii...Kalau masa buat kuih manyak2 macam ni ada kawan yang sudi mengimarahkan majlis buka posa kat umah lagi puas hatiii..Okey kengkawan selamat mencuba!!

Saturday, August 14, 2010

Buah Melaka @ Onde-Onde

Bila berkesempatan tu nak aje buat kuih-kuih dan pemanis mulut yang mnjadi kegemaran..Sepanjang ramadhan berlangsung selama 4 hari,hari ni barulah sy berkesempatan nak buat sume nih..huhu..menyempat lagi buat Buah Melaka @ Onde-Onde(nama yg kami sebut)..santapan kasih sayang buat teman tersayang...Awalnya macam nak beli aje,tapi bila ada tetamu kat umah,semangat nak mmbuatnya lebih berkobar2..Bukan ape bila 2 orang je mkn macam x hbs je , nak buat pun kena pikir 2 3 kali takut mmbazir sebenarnya...Tapi hari ni ditambah dengan kelapangan waktu apa salahnya manja2kan selera dengan kuih muih nostalgia nih...
5.30 ptg ~ Baru keluar p cari kelapa parut..
6.02 ptg ~ Sampai umah..
Hahh apa lagi menyinsing lenganlah..

Juadah kasih sayang ~Onde-Onde~

Bahan2nya:

Tepung pulut

Secawan air

Pewarna

Gula melaka

Kelapa parut..

Tarraa...dapatlah 2 pinggan Buah Melaka @ onde2

Okeylah ni...esok nak buat kuih lain plak..boring gak selalu beli aje..buat sndiri lebih puas hati... Wahh..wahh ni tengah pikir nak buat biji nangka (pemanis mulut jugakkk, daripada tepung beras pulut yang dibuat bentuk macam biji nangka enak dihidang bersama santan yg dimasak bercampur halba dan daun pandan)...juga tengah memikirkan pembikinan Puding ROti pada hari2 seterusnya...emm yumyy..yummyy..

Friday, August 13, 2010

Bertuahnya jadi anak rantau...

Memang tidak dapat dinafikan keseronokan dan kegembiraan menjalani ibadah berpuasa bersama mak abah dan keluarga tersayang merupakan detik dan saat terindah yang sering dinanti-nantikan...Namun demi kelestarian hidup semua itu harus dikorbankan...Timbul juga rasa syahdu bila mengenangkan petang2 ramadhan bila kat umah..Lepas asar sat g nak menyibuk ngan mak kat dapur,tolong apa yang patut..bakar ayam,ikan..pastu uli kuih..Bahagia menanti waktu berbuka puasa...
Namun semenjak tujuh tahun kebelakangan ini saya jarang sekali dapat menikmati suasana tersebut.Dapat rasa pun kejap je itupun seminggu sblum raya..Tidak mengapalah,kehidupan harus diteruskan..(ceaaceaa ayat manusia yang redha..)...Bila diamati saya rasa mahu memandang semua ini dari sudut hikmah dan bertuahnya saya.Pelbagai ilmu,budaya dan cara telah saya temui dalam menjalani ibadah puasa mengikut tempat yang saya mukimi..
Masa zaman belajar kat UPM dulu ,budayanya dikelilingi pelajar2 yang pelbagai latar belakangnya...sebaya dan sekepala,senang nak rancang "nk beli juadah kt mana ekk hr ni..??" Itu baru bab makan...dan yg paling melucukan gara2 terlampau excited nak p solat teraweh kat surau kolej 12,akibat terlampau ramai yg mahu merebut pahala sunat trsebut..rupa2 kami terpaksa solat atas tar..huhu sedey...Zaman maktab pulak taklah seadvance zaman U..dikelilingi mak2 orang yang sentiasa bergegas nak balik umah.Maklumlah student KPLI ni biasanya dah mak2 orang yg anak 2 3..
Latest,sy rasa begitu bertuah bila dapat mmpelajari budaya baru orang disini..Bukan nak cerita tentang amal ibadah kita..Itu semua antara kita dengan Tuhan.Tapi sekadar nak berkongsi pengalaman..Suka tengok suasana disini..budaya jemaah perempuan ialah memakai baju kurung sepasang dan jubah yang kelihatan begitu formal untuk solat teraweh selain disarungkan dengan telekung sembahyang.Bagi saya dikampung bila nak p solat teraweh cukuplah sekadar bert-shirt dan berkain batik..Tapi disini ianya sungguh berlainan sekali..Banyak yang sy perolehi tentang kepelbagaian budaya mengikut sesuatu tempat.Ini semua sebenarnya ilmu dan pengetahuan yang baru buat saya..
Bila dipandang dari sudut pengalaman ia sebenarnya sungguh menyeronokkan.Tidaklah kita dianggap stereotaip je duk melalui budaya dan cara kehidupan yang sama tanpa ada unsur2 dinamik dalam mengetahui kepelbagaian dan kekayaan budaya yang telah wujud..Oklah tu dah makin matang budak nihh..hua..hhaahaa..apa yg pnting sy rasa cukup bahagia bila menerima juadah berbuka daripada mak angkat..Terima kasih bebanyak..my feberet tu..

Wednesday, August 11, 2010

Bila dah terpikat..

Sebelum ni pun dah mula timbul bibit-bibit suka padanya,namun dipendamkan saja pasaii masa tu dia punye rege tersangatlah mahaii..P kat Butik Crocs kat Curve Damansara aduss dia punye rege RM300 ke bawah..dan pada ketika itu belum timbul lagi unsur2 yang bisa meragut sensitiviti ummat islam pada logo Crocs...Masih menguatkan iman untuk tidak membeli kasut ni sebab kalau harga macam tu just untuk letak dikaki, mintak maaflah yer..kalau baju Batik Terengganu tu ok lah jugak..

Namun kejelesan tetap jugak timbul,bila ada kawan yg beli kasut ni dgn harga hampir mencecah RM200 hengget tapi dia punya kualiti masih elok walau telah tiga tahun memakainya..nak jugak..nak jugakkk..Tapi masa itulah timbul isu hangat yang melibatkan logo Crocs yang persis kalimah Allah pada tapak kaki...Masa tu dah tutup pintu hati kemas2..tak nak ahh kasut Crocs..demi menjaga nilai sensitiviti muslim dalam diri..Biarlah orang lain nak beli banyak mana pun,saya tetap ngan pendirian tak nak beli..Bukan mahu dianggap racis...namun setidak2nya wujud juga rasa sensitif dan tersentap bila kalimah Allah yang kita sanjungi diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab..

Namun,kunjungan ke Jalan TAR lastweek membuatkan si tulip ungu mula terpikat balik pada kasut nihh..tanpa disedari my sister in law telah mensnap..snap gambar kasut nihh..Apa yg mnjadi persoalan adakah minat pada kasut atau mungkin juga hanya terpikat pada kalernya je kot..tilik punya tilik,harganya bukannya mahaii sangat pun,tapi tak beli jugak..Mungkin masih menghadapi dilema antara ability diri pada memilikinya dan juga demi mempertahankan prinsip diri selama ini..

Tuesday, August 10, 2010

Bawak MIA LEENA jenjalan Part 1

Oleh kerana kakaknya terlampau sibuk,maka tak sempatlah nak p jenjalan jauh2..lagipun bila hari kerja masa agak suntuk sedikit..huhuhu..cian mia leena..








Monday, August 09, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah....Kurang dari 48 jam lagi kita akan bersua jua dengan bulan yang ditunggu2..Saban tahun ia hadir membawa seribu satu rahmat dan dijadikan ruang dan platform yang paling bermanfaat buat kita dalam menjelmakan nilai kasih seorang hamba pada Sang Khaliq...Syukur tidak terhingga kerna DIA masih memberi peluang dan kesempatan serta keupayaan dalam menjalani rukun islam ke3 ini.Puasa mengajar erti kepayahan menghadap ujian berlandaskan iman,puasa juga merupakan perisai yang sangat maknawi penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi...Moga Ramadhan juga dapat dijadikan kesempatan dalam mendidik jiwa,menundukkan nafsu dan membersihkan rohani....



SALAM MUBARAK RAMADHAN...kepada semua sahabat sahabiah...Moga kita semua diterangkan dengan cahaya kerahmatan keampunan dan Barakah..Semoga kedatangannya dipenuhi dengan amalan dan ibadah yang berganda dan harapan moga segala apa yang dilakukan diterimaNYA...Kupohonkan DOA moga Allah redha....

Wednesday, August 04, 2010

Merasai BAHAGIA...


Yea..yeaa..yeaa
Mak dah nak sampai..
suke..suke.. hati..
hari ni mesti senyum smpai ke telinga..
biasa sampai pipi jer...
umm..yezzaa dh boleh menangkis
provokasi yg tidak2 drpd kengkwn...

Monday, August 02, 2010

Terapi Jiwa...

Hari ni..

Kul 10.00 pg ~ Update blog..

10.15 pg ~ tak dan siap mengetuk2 keyboard meluahkan apa yg terbuku d hati..kelaparan
menyelubungi diri.....
masuk dapur sat..goreng nasi..kung kaang kung kanggg,alamak..cili tak dak plak..
macam tak best je nasi goreng hr ni kalau takde cili...

10.50 pg ~ sambung lagi menulis..menulis dan menulis...


Sebenarnya tengah sonok ni..menghabiskan seharian bersama kengkawan..shopping tudung raya,pastu dah mula jatuh cinta pada Tudung Syria lah pulakkkk.Uummm syiokkk puaihhh hati beli tudung ni..Pastu jjeng..jeng..jeng..tak lengkap kalau p KL lau tak tawaf kat SOGO...wahhh lagi syiokkk beli handbag hensemmm...hitam menawan dan memikat..suke..suke..arghhh lega setelah melalui terapi jiwa dengan membeli belah..lepas tu amik gambar pulak...snap2...
Tapi,bila nk copy picture dr hp ke laptop tak boleh plak,..knapalah jd camni??? tak sabar nak tunjuk kt mypren peragaan tudung syria yg baru di beli...mesti lepaih ni dia pun terpikat sama nak beli..huhuhu..mypren nnti sy send ke hp lah ya..memory card ada poblem sikit...
!!!! Sesiapa yang membaca entry ini mesti tertanya2..Cik Tulip Ungu ni kata balik kampung lastweekend..tapi bila masa yg duk p terkinja kat Jalan TAR dan SOGO plak ni..huhuhu.....

Mencari Damai...

Sejak pemergian anak kawan abah 2 hari lepas,saya sering saja terfikir..entahlah kenapa masa dalam kereta lancar aje ungkapan ni hadir dalam benak fikiran sy "Meratapi sebuah kehilangan lebih perit daripada menangisi suatu kekurangan.."..Saya pun kurang mengerti kenapalah ungkapan ini kerap hadir...
Menyimpul cerita ini, Sebagaimana kisah sepasang suami isteri yang melalui tempoh perkahwinan yang mencecah 12 tahun tapi tidak dikurniakan cahaya mata...Puas sudah meratap menangis dan berdoa..Memohon pada Yang Maha Kuasa moga diisi kekurangan ini dengan kehadiran cahayamata dambaan.Sesungguhnya amat perit melalui kehidupan dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawan2,saudara mara dan kenalan2 baru...Melalui fasa pertama perkahwinan agaknya soalan ini tidaklah begitu menikam hati...namun setelah mencecah lima tahun, persoalan2 tentang anak agak menusuk jantung.Terasa bagaikan ditikam-tikam dengan sembilu yang tajam...Perit pedih tak tertahan menghadapinya..
Namun,Allah itu maha mendengar...Diperkenankan doa pasangan tadi..Gembira bukan kepalang,ada degup permata dambaan dalam rahimmu .Membawa bersama seribu satu rahmat dan kegembiraan berganda kepada pasangan tadi..Dipanjatkan kesyukuran pada Yang Esa..terlerai sudah kekusutan dijiwa,pertanyaan tentang anak bukan lagi pedang yang menikam sebaliknya menjadi kuntuman bunga2 indah dipagi hari..Lengkap 9 purnama 10 hari..Maka menjengah kedunialah benih kasih sayang antara dua hati...Alhamdulillah syukur atas pemberianMu..
Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalunya cerah,kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..Kuasa Allah mengatasi segalanya..Lantaran cahayamata dambaan mengalami komplikasi jantung tahap kritikal...Bagai direntap ulu hati,sukar menduga..Rupanya ujian maha berat masih menunggu pasangan suami isteri tadi...Genap seminggu,Dia mengambil semula cahaya mata pasangan tadi...Subhanallah...perit menatap sebuah kehilangan....Bisik si isteri pada sang suami " Perit saya menanggung malu dan sedih bila ditanya tentang anak sepanjang 12 tahun lamanya,suatu kekurangan yang mahu sangat dipenuhi,Namun kini saya merasa lebih pedih menghadapi kehilangan apa yang pernah saya kecapi walau seketika cuma kerana telah bercambah sejuta kasih sayang sejak hari pertama anak kita menumpang dalam rahim saya"..si isteri menambah "Saya baru nak merasa syurga dunia dengan dikelilingi suami dan anak2 penyejuk mata..namun kuasa Allah tak siapa dapat menghalangnya,saya redha..."
Begitulah kita sering saja merungut dan marah2 dalam hati bila kekurangan yang ada sukar dipenuhi..Padahal Dia telah menjanjikan kerahmatan dan kasih sayang berganda serta hikmah yang tersembunyi disebalik kekurangan yang ada pada diri kita..Sifir ujian ada menyebut "Allah tidak akan menguji seseorang hamba,selagi hamba itu mampu memikulnya"....Hargailah sebuah kenikmatan yang sedang engkau kecapi sebelum engkau diduga dengan kehilangan yang bisa meruntun hati dan perasaan....