Taubat Seorang Hamba
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x.....Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x...Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x....Taubatku ini...
Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x..Taubatku ini...
Ratapan seorang hamba ~ "Percutian" seminggu ini kurasakan cukup jauh denganMu,sangat sombong dengan zikir keramatMu,cukup asing dengan kalimah suciMu..Ya Allah Ya Tuhanku janganlah engkau lalaikan aku dengan permainan dunia..Aku tidak mahu terus menerus menerima habuan dariMu sedangkan dalam masa yang sama aku lupa untuk berterima kasih padaMu..Aku tidak mahu berkejar2 dlm ibadahku demi kerana kemewahan hidup,juga tidak mahu kufur nikmat dengan tidak selalu memberi...kerana setiap apa yang Kau kurniakan kepadaku telah tertulis hak orang lain keatasnya...
Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon padaMu,Tuntunilah aku menuju jalan redhaMu,Santunilah akhlakku bersama amalan seharianku,damaikanlah hatiku,titipkanlah kebahagiaan buatku..kerana kutahu anugerah tidak ternilai itu hanya ada padaMu...Jika dengan izinMu maka terdayalah aku mengecapi walau seketika cuma...Ketenangan,kedamaian,kasih sayang dari insan2 yang menyayangiku jua setulus doa kudus pengganti tarbiah diri dalam mencapai redhaMu Tuhan...
No comments:
Post a Comment